Halaman

Khamis, 22 Disember 2011

Kita sedang hadapi Penyelamat Syaitan - kata wartawan EIR, Mike Billington


Awasi Senjata Terakhir Anwar
Published by AIDC on December 5, 2011


AIDCNews – 5/12/11 – Empat bulan selepas Pilihan Raya Umum ke -12, Anton Chaitkin, Editor di Executive Intelligence Review (EIR), sebuah majalah mingguan berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan satu maklumat berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Mahathir bin Mohamad, Malaysia’s Prime Minister from 1981 to 2003, attacked Soros as a menace to humanity. In the brawl between Mahathir and the Soros faction, Malaysia jailed its finance minister, Anwar Ibrahim, an ally of the IMF and of the Mont Pelerin Society, on charges of corruption and sodomy”, dedahnya dalam rencana bertajuk “The Zimbabwe Trust Gang In Other Capers“.

Bagi sesetengah pihak, pendedahan wartawan AS berkenaan penglibatan Anwar Ibrahim dengan IMF (International Monetary Fund) merupakan sesuatu yang biasa, namun pengesahan wartawan Barat berkenaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi ‘proksi’ kepada penyangak matawang Yahudi, George Soros adalah luar biasa.



Kerana sebelum ini, sangat jarang di kalangan wartawan sama ada tempatan atau luar negara, benar-benar yakin dan pasti untuk mengesahkan hubungan Anwar dengan Soros tersebut.

Sebaran maklumat pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia hanya menyebut hubungan Anwar dengan Al Gore, William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn dan Michel Camdessus dan nama Soros tidak disebut langsung.

Ketika itu tokoh-tokoh di atas adalah sangat penting kerana mereka adalah Naib Presiden AS, Setiausaha Pertahanan AS, Setiusaha Negara AS, Presiden Bank Dunia dan Pengarah Urusan IMF.

Berbeza dengan Chaitkin, wartawan EIR dalam rencananya Julai 2008 hanya memfokuskan kaitan Anwar dengan satu nama iaitu Soros.

Lebih luar biasa lagi, apabila wartawan itu menyebut satu maklumat yang asing kepada rakyat Malaysia iaitu penglibatan Anwar dalam satu badan bernama Mont Pelerin Society.

Apa itu Mont Pelerin Society dan kenapa wartawan AS itu begitu yakin Anwar termasuk dalam rangkaian organisasi tersebut ?

Sebenarnya pendedahan wartawan dari EIR, sebuah majalah berkaitan dengan gerakan politik Lyndon LaRouche di AS ini adalah di bawah kerangka besar bertajuk “The Dirty Operation Against Zimbabwe: Soros, Abramoff, and British Africa“.

Dalam rencana itu, Chaitkin yang bekas calon Mayor of New York City pada tahun 1973, mendedahkan bagaimana pakatan Soros, NED (National Endowment for Democracy), Abramoff dan tokoh British di Afrika beroperasi secara haram untuk menumbangkan sebuah kerajaan Zimbabwe.

Apakah Soros, NED, IMF, Mont Pelerin Society dan proksi tokoh tertentu berada dalam satu rangkaian dan merupakan resipi modus operandi untuk menumbangkan sesebuah kerajaan ?

Soros

Seorang lagi wartawan AS dari EIR yang mengesahkan hubungan Soros dengan Anwar adalah Mike Billington yang menulis secara lebih fokus dan menyeluruh berbeza dengan maklumat-maklumat wartawan lain sebelum ini.

Dalam rencananya, ‘Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back‘ (29 April 2005), wartawan itu mengesahkan Anwar menjadi proksi kepada Soros sejak 1997, zaman berlaku kegawatan ekonomi Malaysia, ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia.

Menurut maklumat Billington, sebagai Menteri Kewangan, Anwar menyokong polisi IMF dan Soros dan berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rencana Billington bertajuk “Anwar Ibrahim Defends Asia’s Colonial Masters” (29 April 2005), beliau mendedahkan bahawa falsafah yang dianuti Anwar, ‘Asian Renaissance‘ merupakan kunci utama Soros dan Wolfowitz menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dalam rencananya, “Gore’s Racist Assault Against Malaysia” (11 April 2008), wartawan itu mendedahkan ketika Anwar dipecat 1998, dipenjarakan dan dibebaskan pada tahun 2004, bekas Timbalan Perdana Menteri itu disokong dan dibantu oleh trio Zionis AS – Al Gore, Wolfowitz dan Soros.

“Dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata Soros dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, yang menyalahkan Dr Mahathir, apabila proksinya dipenjarakan dan menggesa agar proksinya dibebaskan segera.

Dan rencana terakhir Billington, “British Empire Tool To Recolonize Malaysia” (12 September 2008), wartawan itu mendedahkan bagaimana pakatan trio Zionis membantu Anwar dari segi memberi jawatan-jawatan selepas Anwar menetap di AS sebagai punca pendapatan dan membina semula karier politiknya.

Demokrasi

Tanpa pendedahan wartawan AS, rakyat Malaysia tidak mengetahui secara jelas, bagaimanakah Soros membantu Anwar.

Lebih menarik lagi satu laman fordemocracy.net mendedahkan bagaimanakah Soros membantu Anwar dan partinya, ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipenjarakan di Sungai Buloh kerana kesalahan rasuah dan liwat.



Pada Jun 2000, wakil Soros di Malaysia, Elizabeth Wong (seperti yang disebut Senator Ezam Mohd Noor) mengiringi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menghadiri World Forum on Democracy (WFD) di Warsaw, Poland.

Selain Elizabeth yang ketika itu terlibat aktif dalam NGO hak asasi manusia,Adlin Zabri, felo di Institut Kajian Dasar (IKD) juga turut hadir.

Wan Azizah yang ketika itu Presiden Parti Keadilan Nasional dijemput hadir sebagai salah seorang panel bertajuk “Culture and Democracy“.

Forum Wan Azizah bersama Kavi Chongkittavorn, Editor Eksekutif, The Nation (Thailand) dan Nasser Hadian, Pengarah Graduate Faculty of Law and Political Science, Universiti Tehran (Iran) dipengerusikan oleh Kenneth Adelman, Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah, Freedom House, sebuah yayasan yang berpengkalan di AS.

Kenneth Adelman adalah juga salah seorang rakan Anwar dalam ICG (International Crisis Group), satu lagi badan yang ditaja Soros.


Program itu dirasmikan oleh Madeleine K. Albright yang ketika itu Setiausaha Negara AS adalah tajaan the Stefan Batory Foundation (badan tajaan Soros) dan Freedom House. Maka tidak hairan Soros dan rangkaiannya disenaraikan penceramah utama dalam program tersebut.

Turut menjadi ahli panel adalah Aryeh Neier, Presiden Open Society Institute (OSI), Bette Bao Lord, Pengerusi Freedom House, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy(NDI), Peter Eigen, Pengerusi Transparency International, Thomas Melia, Naib Presiden National Democratic Insititute (NDI), Aleksander Smolar, Presiden Stefan Batory Foundation dan lain-lain.

Soros yang menjadi mastermind projek demokrasidalam ucap utamanya menyebut tentang agenda demokrasinya di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

“Forum ini adalah bertujuan untuk meraikan demokrasi di seluruh dunia…Empayar Soviet telah runtuh; banyak rejim autoritarian telah dihanyutkan; dan kebencian mula meningkat terhadap orang-orang yang tinggal di negara-negara seperti Iran, Peru, Malaysia dan Zimbabwe berkembang. Tetapi ia masih terlalu awal untuk mengisytiharkan sebagai kemenangan”, kata Soro


Michael Billington (right) being interviewed on Philippine Televison


Awasi Senjata Terakhir Anwar II
Published by AIDC on December 7, 2011




AIDCNews – 07/12/11 – Kenapa editor sebuah majalah mingguan yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Executive Intelligence Review (EIR), Anton Chaitkin mendedahkan penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan satu pertubuhan yang asing kepada masyarakat Malaysia, the Mont Pelerin Society selepas 4 bulan Pilihan Raya Umum Ke-12 ?


Kenapakah wartawan AS itu mencatatkan Anwar adalah proksi George Soros yang dikaitkan dengan IMF (International Monetary Fund) dan the Mont Pelerin Society.

Seolah-olah wartawan Barat itu ingin memberitahu bahawa pertubuhan the Mont Pelerin Society sama pentingnya dengan IMF yang kedua-duanya berada dalam lingkaran Soros.

Apa itu the Mont Pelerin Society dan apakah asas wartawan Barat itu begitu yakin bahawa Anwar terlibat dengan pertubuhan itu?

Persoalan-persoalan di atas adalah mukadimah sambungan pendedahan “Awasi Senjata Terakhir Anwar Siri I“.

Rangkaian Anwar

Seperti didedahkan seorang lagi wartawan EIR, Mike Billington dalam empat rencananya berkenaan Anwar Ibrahim ketika menetap dan bekerja di AS selama hampir dua tahun di bawah regim Presiden Bush, merumuskan bahawa Ketua Umum PKR itu adalah agen kepada oleh trio-Zionis; George Soros, Al Gore dan Paul Wolfowitz.

“Dalam kebanyakan negara di seluruh dunia, banyak di antaranya yang ditakluk kerana ketidakstabilan politik berpunca dari British dan aset mereka iaitu George Soros yang merupakan pencatur dan penaja kepada Pejabat Luar British yang bersembunyi di belakang topeng kuasa “demokrasi” pembangkang (hidden behind the facade of “democratic” opposition).


“Mereka meminta perubahan rejim (regime change) disebabkan isu tempatan, mengalih perhatian daripada kejatuhan kewangan global dan perang dunia merentasi muka bumi.

“Tidak seperti di Malaysia, bekas jajahan British,seorang agen yang mengaku dirinya sebagai agen dasar ekonomi dan strategik empayar baru British (agent of the economic, and strategic policies of the new British Empire), dan agen utama di dalam neo-konservatif Amerika (agents in the U.S. neoconservative) serta gerakan fasis-hijau (green-fascist movements), secara terbuka mengisytiharkan dirinya sebagai Penyelamat Baru Malaysia (the new savior of Malaysia).

“Penyelamat syaitan ini (satanic savior), dibiayai sepenuhnya setelah beberapa tahun mendapat jawatan yang menguntungkan dalam badan kumpulan pemikir neocon, universiti-unversiti di Washington dan London, serta jawatan subsidi di dalam Bank Dunia, telah mengumumkan hasratnya untuk membayar (“memujuk”) sebilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkangnya serta mengambil alih kerajaan, yang kemudian menjadikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia”, dedah Billington dalam rencananya,British Empire Tool To Recolonize Malaysia“.

Baca tiga lagi pendedahan Billington tentang Anwar Ibrahim, “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back” (29 April 2005), “Anwar Ibrahim Defends Asia’s Colonial Masters” (29 April 2005) dan “Gore’s Racist Assault Against Malaysia” (11 April 2008), berkemungkinan besar kita akan dapat menemui jawapan kenapa wartawan Barat di EIR begitu yakin Anwar terlibat dalam rangkaian Soros, IMF, NED dan the Mont Pelerin Society.

Green-Fascist
Menariknya, apabila Billington menggambarkan siapakah Anwar, wartawan itu merumuskan ‘Anwar Ibrahim adalah seorang agen yang disokong oleh dua ‘pertubuhan rahsia antarabangsa’ iaitu neo-konservatif (Zionis) di AS dan rangkaian gerakan fasis-hijau di Eropah.

Mengikut kaca mata wartawan Barat itu, Anwar Ibrahim bukanlah penyelamat baru bagi Malaysia, sebaliknya Ketua Pembangkang itu adalah ‘penyelamat syaitan’.

Kita telah didedahkan secara meluas bukti-bukti penglibatan Anwar dengan kumpulan neocon AS, tetapi kita jarang mendengar penglibatan Anwar dengan gerakan fasis-hijau.

Apakah itu green-fascist movements ?

Menurut schillerinstitute.org dalam rencananya, “The Historical Roots Of Green Fascism“, gerakan fasis-hijau adalah satu rangkaian kumpulan yang dicetuskan oleh oligarkis di London dan New York, untuk mewujudkan ‘Hitler bentuk baru’, warisan dari Jerman.

Di Jerman hari ini rangkaian fasis hijau membentuk satu parti yang dinamakan The Greens (Die Grünen) yang berakar umbi kepada persoalan persekitaran hidup (environmentalism), liberalisme sosial (social liberalism), masyarakat awam (civil liberties), hak-hak wanita (feminism), keadilan sosial (social justice), hak-hak LGBT dan akar umbi demokrasi.

The Green bekerjasama rapat dengan The Heinrich Böll Stiftung dan the Goethe-Institut

Di Malaysia, Goethe Institut bekerjasama dengan Merdeka Center untuk projek kaji selidik dan dalam masa sama bekerjasama dengan The Annexe Gallery untuk membina tapak kewujudan Seksualiti Merdeka.

Berdasarkan latar belakang tersebut, maka tidak menghairankan apabila Dr. Thomas Gambke dari The Greens sentiasa mengambil berat tentang perkembangan Anwar di Malaysia. Klik di sini dan sini

Akar aliran gerakan fasis-hijau adalah kebebasan, liberal dan hak asasi, maka tidak hairan ia juga termasuk dalam kerangka the Mont Pelerin Society.

Mont Pelerin Society

Mont Pelerin Society (MPS) adalah sebuah organisasi antarabangsa yang memperjuangkan idea-ideaLibertarianism (hak kebebasan individu), political freedom (politik kebebasan), open society (masyarakat terbuka) dan free market economy (ekonomi pasaran bebas).

Menurut wikipedia, MPS ditubuhkan pada 10 April 1947 dalam persidangan yang dianjurkan oleh Friedrich Hayek (Friedrich August von Hayek) yang dinamakan bersempena dengan nama resort Switzerland di mana persidangan pertama itu diadakan.

Pada mulanya organisasi itu mahu dinamakan ‘Acton-Tocqueville Society‘ iaitu merujuk kepada dua tokoh liberal, John Dalberg-Acton dan Alexis de Tocqueville selaras dengan visi dan misi organisasi itu, namun nama asal itu telah dibantah atas alasan tersirat.

Walaupun pengasas MPS, Friedrich Hayek mendakwa tidak berkaitan politik, namun salah seorang ahlinya, Antony Fisher giat mempromosikan pemikiran politik.


Antony Fisher adalah pengasas the Institute of Economic Affairs -IEA (London), the Heritage Foundation (Washington), the Manhattan Institute for Policy Research (New York) dan the Atlas Economic Research Foundation (AS).

Melalui the Atlas Economic Research Foundation atau ringkasnya Atlas Network, ditubuhkan pula lebih 400 badan pemikir bebas di seluruh negara, antaranya; the Fraser Institute (Kanada), the Manhattan Institute for Policy Research (New York), The National Center for Policy Analysis -NCPA (Washington), The Pacific Research Institute – PRI (California), The Buckeye Institute (Ohio), The Centre for Independent Studies (CIS), The Lion Rock Institute (Hong Kong), The Centre for Civil Society – CSS (New Delhi), The Adam Smith Institute-ASI (London), The Association for Liberal Thinking (Turki) dan lain-lain.

Di Malaysia, Atlas Network menaja Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS).

Menurut thinktank-watch, MPS mempunyai hubungan rapat dengan majoriti rangkaian pemikir yang ditaja oleh Atlas Network itu.



Awasi Senjata Akhir : Revolusi Bunga Raya
Anwar Manipulasi Isu Bank Dunia
Beranikah PAS Pecat Dr Hassan Ali ?
Revolusi Kambing Di Kelantan!


komen 

besi berani
December 8, 2011 at 8:41 pm

Anwar is an articulate but flawed tool of the forces of evil of the likes of the NeoCons and the rest of that gang. There is enough literature in the English language that attempts to expose them. This report is but one of so many on the alternative media and one should read literaturee from as many sides and sources as possible representing differing views before one concludes what is more likely to be the truth or otherwise. Nevertheless in Anwar’s case it is now a foregone conclusion that his days as a useful tool of the Black forces are almost over. One wonders when he will be ” terminated” by these covert powers like so many before him have been conveniently “eliminated”. One is reminded of slain heroes ( or villians to some) the likes of The Shah of Iran, Saddam, Mubbarak, Zia-ul-Haq,( some even say Osama was one of these) alll of them had once clearly served the covert interests of these same evil forces. A clever trick is to kill an agent who has lost his usefulness and blame his known “enemies”. Afterall, a lot of the Secret Service movies we have seen are based on true and actual stories though heavily disguised.

If I were Anwar I would be very worried now and maybe even resort to very desperate action not so much to serve philantrophic and political ideals but maybe to save my LIFE! To the likes of Nik Nazmi, Rafizi, Norulizzah, etc, I hope these people grow up and FAST.

cicitku
December 8, 2011 at 3:39 pm

Tepat sekali apa yang dikatakan oleh wartawan Barat tersebut, “Anwar Ibrahim bukanlah penyelamat baru bagi Malaysia, sebaliknya Ketua Pembangkang itu adalah ‘penyelamat syaitan”


naw
December 8, 2011 at 12:26 pm

Yahudi yang mengepalai barat akan sentiasa menyerang negara2 Islam, Malaysia tidak terkecuali…tambah2 lagi pabila terdapat manusia2 yang diperalatkan Yahudi dibumi Malaysia ini. Satu ketika nanti pabila kepala segala alat Yahudi ini sudah lenyap dari muka bumi ini akan sentiasalah ada pengantinya…kita sudah nampak iras2 puak ini yang sedang menyiapkan diri mereka demi mengambilalih dari manusia ini. Bagi aku Anwar tidak mempunyai senjata (melainkan yang satu didalam seluarnya). Anwar diperalatkan dan rela diperalatkan demi politik dirinya. Geng2 pembangkang pula melihat Anwar sebagai ‘pusat sumber’ kewangan untuk menentukan masa depan politik mereka…dana yang besar yang disumbangkan agen2 asing Yahudi sudah menjadi sahabat puak2 ini tanpa memikirkan apakah kesan buruk pabila mereka2 sebenarnya sudah dicucuk hidung dek wang besar ini. Apakah PAS tidak terkecuali dari menerima dana asing ini? Adakah hanya kutipan dana dari setiap pengikut2nya selepas ceramah boleh melangsungkan masa depan politik mereka? Apakah fungsi puak2 Anwarinas dalam PAS? Kenapa PAS sanggup bersengkokol dengan manusia yang sejarahnya adalah seorang peliwat sudah menjadi rakan karib PAS? Kenapa pula Nik Aziz mempertahankan Anwar mati2an? Apakah muslihat PAS? Kita semua boleh membuat andaian, dok gitu. Waima apa2 pun yang bersalah akan tetap menerima hukumannya…dan kesan hari2 terakhir Anwar sudah dapat dirasai. Diluar sana ada banyak lagi pak2 sanggup untuk menggantikan peranan Anwar walaupun dia sudah berhijrah ke Sungei Buloh…


ron95
December 8, 2011 at 8:58 am

kena berwaspada dgn agenda aljuburi pandikutty rakyat, agama dan negara secara penjubur2nya, lembu-lembunya dan suku sakatnya


warisatuliman2011
December 8, 2011 at 2:44 am

A..w.w. handai taulan. Sebenarnya, tidak semua org Barat yg berkenan atau setuju tingkah buruk Anwar, kecuali mereka yg ada agenda besar dan grand plan utk menakluk dunia spt kumpulan neo-con, Iluminiti dan konco2 mereka. Malah, golongan ini juga yg banyak mendedahkan pelibatan agensi risik negara2 Barat dlm pelbagai gerakan politik di negara-negara lain termasuk di Dunia Islam, yg kini melanda negara2 Arab dlm bentuk ‘Arab Spring’. Itulah sebabnya mengapa ideologi2 ciptaan Barat spt ideologi demokrasi, nasionalisme malahan gerakan sosialisme-komunisme dan atheisme sering kita lihat bercanggah dgn siasah Islamiah atau politik Islam yg dicetuskan oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. Kini, setelah demokrasi, komunisme-sosialisme, nasionalisme tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat jelata, kumpulan2 ‘think-tank’ yg memusuhi Islam menggerakkan mekanisme liberalisme-pluralisme agama kerana menganggap Islam sejati/murni sebagai satu2nya musuh yg perlu mereka tundukkan utk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka. Menariknya ialah dlm proses ini mereka bergerak spt api dalam sekam, iaitu menggunakan proksi dan bidak2 catur mereka yg bertopengkan Islam atau keagamaan. Tidaklah menghairankan apabila kejayaan mereka menggunakan Mustafa Kamal Ataturk utk mensekularkan pemerintahan negara itu, perhatian dialihkan kpd paksi Islam di rantau Timur/Asia iaitu Indonesia dan Malaysia, selain drp menggugat kemantapan politik negara-negara Timur Tengah/Asia Barat atas alasan memerangi pemerintahan kuku besi-autokrasi. Untuk tujuan ini, mereka menggunakan makhluk2 yg mudah ‘dibeli’ dgn umpanan takhta-harta-wanita spt Anwar, Gus Dur, Nurcholis Madjid, Ismail Farouqi dan sekutu2 mereka utk melakukan gerakan gunting dalam lipatan yg tidak dapat dikesan oleh mata kasar kecuali oleh golongan yg arif dgn politik halus musuh2 Islam itu sendiri. Masih belum terlambat utk kita semua bertindak tegas mematahkan gerakan kafirun-musyrikun-munafikun ini kerana kita memikul amanah yg cukup besar daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. serta masyarakat yg cintakan kedamaian dan kemakmuran. Usah terus leka dgn tipu-mulihat dan permainan halus mereka mengabui mata kita. Berwaspadalah dan bertindak tegaslah sebelum terlambat dan menyesal. Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog