Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

Human Rights Watch Sahkan Anwar Bersalah, Meliwat Saiful






mynewshub.my – Laman web rasmi Human Rights Watch menyiarkan artikel berbentuk kecaman terhadap Malaysia kerana mengamalkan undang-undang berlandaskan Islam yang mengharamkan liwat atas alasan ia ketinggalan zaman.

Tajuk artikel tersebut iaitu “Malaysia: Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim”, dengan sendirinya mengesahkan bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks sejenis atau liwat.

Sekali gus, mengesahkan juga bahawa segala tuduhan fitnah dan konspirasi terhadap kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir selama ini, hanyalah rekaan Anwar semata-mata. Begitu juga dengan tuduhan kononnya sistem kehakiman Malaysia adalah berat sebelah.

Adalah difahamkan bahawa gerakan membebaskan Anwar yang dirancang pada 9 Januari ini juga dikatakan akan melibatkan golongan pengamal seks songsang (LGBT) yang akan turut bangkit menuntut hak mereka dengan sama-sama berdemonstrasi dengan penyokong Anwar secara serentak atau berperingkat-peringkat.

Nampaknya Anwar tidak lagi berusaha menyembunyikan dirinya yang sebenar atau seperti kata orang putih ‘coming out of the closet’. Dia kelihatan semakin yakin menonjolkan dirinya sebagai pengamal seks songsang yang bertentangan dengan Islam.

Mungkin keyakinan ini ada kena mengena dengan laporan akhbar mengenai peningkatan jumlah golongan gay di Malaysia.

Jika diamati hujah-hujah pembelaan dirinya di mahkamah juga kita akan mendapati bahawa Anwar tidak bersungguh-sungguh cuba menafikan yang dia meliwat tetapi hanya cuba menekankan bahawa liwat tersebut adalah atas dasar suka sama suka.

Berdasarkan fakta ini, serta bersandarkan sokongan terbuka ahli-ahli politik dan NGO luar negara yang lantang memperjuangkan hak asasi golongan LGBT termasuk Human Rights Watch, kita akan mendapati bahawa Anwar sebenarnya secara halus telah lama mengakui dirinya seorang peliwat.

Malangnya, penyokong-penyokongnya masih ramai yang buta akan apa yang Anwar cuba jelaskan kepada mereka. Ramai yang masih menyanjungnya sebagai pejuang Islam sejati, manusia warak hatta Imam Mahdi, mengikut ceramah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrul Amin baru-baru ini. Astaghfirullahaladzim…

Apa yang janggal lagi pelik di sini ialah apabila sebuah parti yang berjenama Islam sama-sama bersekongkol, menyokong dan memperjuangkan Anwar Ibrahim.

Bayangkan pak-pak lebai berketayap, wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berjanggut sejemput berimej warak bersama-sama dengan mak-nyah, gay dan lesbian berarak dengan penuh semangat di jalanan, merempuh segala sekatan polis demi mentabalkan Perdana Menteri biseksual pertama di dunia, di sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.

Sedangkan hakikatnya, Anwar telah pun mengakui dirinya seorang peliwat secara tidak langsung. Rakan-rakannya, ahli-ahli politik serta NGO luar negara yang memperjuangkan hak LGBT sendiri telah mengesahkannya. Peguam-peguam Anwar juga tidak menafikannya.

Justeru, tidak ada alasan bagi pak-pak lebai, wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berimej warak termasuk golongan yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama seperti Hadi Awang, Nik Aziz dan yang sewaktu dengan mereka, untuk menyatakan sebaliknya mengenai Anwar kecuali jika mereka benar-benar yakin bahawa Putrajaya adalah transit ke syurga.

Revolusi 901 yang dilaungkan Anwar bukanlah perjuangan seorang mangsa konspirasi yang menuntut keadilan. Ia adalah perjuangan seorang peliwat yang menuntut hak untuk meliwat – itu saja.

Selebihnya, ia adalah perjuangan para penggila kuasa untuk merasa kerusi empuk Putrajaya yang suatu ketika dahulu ingin dilelong mereka.

Published by AIDC




Othman

Memang anwar telah mengesahkan dirinya seo
Memang anwar telah mengesahkan dirinya seorang GAY , tanpa malu dan silu …Anwar secara tak sedar telah mengakui bahawa dia memang seorang GAY .

ramai orang luar negara dah tahu benda ni , ramai yang pernah ‘merasa’ dan dirasakan Anwar , cuma mereka malas tak mahu nak heboh kerana pada mereka perbuatan itu tak apa-apa , biasa ! pada mereka ianya adalah normal , dan pada mereka patutnya Anwar harus dibebaskan , jgn dakwa jangan tekan ,biarkan saja sebab itu hak Anwar , itu pendapat mereka …

hanya orang Malaysia ini yang bodoh , terutama penyokong PKR , lagilah bodoh dan berjaya dibodohkan dengan lakonan anwar dan kata2 manis dari Anwar , ramai rakyat Malaysia percaya dan sokong anwar hanya kerana termakan dengan kepetahan anwar bercakap , dimaklumi soal berucap dan mengarang ayat ..Anwar memang juara ! orang mati pun boleh hidup balik bila dengar anwar berucap !!

GAY nak dilantik sebagai pemimpin ? GAY nak dilantik sebagai ketua negara malaysia ? islam agama rasmi , adat dan akhlak bangsa melayu bukan sebegitu ! jangan jadikan dan samakan malaysia dengan negara US , Brazil atau Britian atau negara lain , ini negara Malaysia ! ini negara beradat dan beradab , ini negara bersopan dan bertatasusila , bukan negara terkutuk yang mengharap bala Allah !

warisatuliman2011

A.w.w. handai taulan.
Spt kata pepatah mat saleh, “its a forgone conclusion!” Anwar adalah manusia berbilang alam, bukan setakat dua alam. Dia boleh hidup di daratan, di lautan, di angkasa malah di mana sahaja. Dia boleh berdialog ala paderi di gereja dan boleh juga berlagak ala ulama di masjid. Dia boleh berlagak sbg insan yg sealim-alimnya pada waktu siang tetapi pada waktu petang pula dia menjadi menusia yg sedajjal-dajjalnya. Cuma, sbg makhluk ciptaan Allah Azawajalla, dia juga tertakluk kpd qadha dan qadar Ilahi. Dia tidak boleh sesuka hati bersultan di mata beraja di hati jika tanpa keizinan Yang Khalik. Sangkanya, dgn sokongan neo-con-illuminati-yahudi dan kelompok LGBT, dia boleh penuhi segala cita2nya utk lepas daripada sebarang bentuk hukuman atau undang2. Sedang di dunia sendiri dia tertakluk kpd undang2 manusia, apakan lagi di akhirat. Dia pasti tidak boleh lepas drp hukum Allah s.w.t. Jika tidak, sudah pasti lama dulu dia telah jadi PM atau preseiden M’sia. Mengikut congaknya, dia dapat jadi PM selepad Tun Dr M undur diri. Tetapi, congaknya salah. Dia buat pula telahan 16 Sep selepas pru-12 dia akan pindah ke Putrajaya, tetapi itu juga hanya telahannya. Kini, dia merancang pula tarikh baru sama ada selepas 9 Jan, iaitu jika dia diputuskan salah dlm kes liwat II, utk gerakkan perusuh2 jalanan-upahan dan kelompok LGBT setelah gerakan protes Bersihnya gagal kerana diselubungi dgn pelbagai kotoran dan najis politik songsang, atau pru-13 kerana yakin takhta di Putrajaya adalah milik mutlaknya sejak dia dilahirkan. Soalnya, dalih dan muslihat busuknya dapat dihidu oleh majoriti rakyat dan kerajaan M’sia yg tidak dapat menerima seorang yg berakhlak serendahnya utk mengambil alih teraju pemerintahan. Sisa-sisa usahanya termasuklah menjenama semula imej dan perjuangannya berlandaskan agama, termasuk cubaan menaikkan imejnya ke tahap mujadid-mujahid hingga ke taraf ‘Imam Mahadi’. Apa nak dikata, masih ada masih ada kaldai dan khinzir jelmaan yg menyokong waris umat Nabi Lut yg telah dimusnahkan oleh Allah s.w.t. Tetapi, sampai ke mana hala tuju agenda besar kalau tidak ke arah kemusnahan, kerana nawaitunya hanya satu, iaitu utk kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan agama, bangsa dan negara. Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog