Halaman

Sabtu, 29 November 2014

BAHAYA menanti




Yahaya Ismail


TANYA PADA KJ DIA ANTI UMNO, ANTI TUN M DULU KAN?

Waktu KJ menuntut di Oxford dia telah menubuhkan suatu pertubuhan The Forum bersama Omar Ong dan beberapa kawan yang lain. Kononnya forum ini mengadakan perbincangan mengambil sikap anti UMNO. Maknanya anti Melayu dalam perjuangannya. Dengan kata lain, hendak menyemai sermangat liberalisme dalam politik. Forum yang dikendalikan KJ dan Omar Ong ini dikatakan banyak membuat kenyatan politik berbau anti Mrelayu, anti UMNO untuk menjadi juara bukan Melayu yang bersifat liberalisme kononnya.

Waktu Dr M yang pada waktu itu menjadi PM melawat London dan bertemu dengan para pelajar Malaysia KJ dikatakan juga hadir. Kononnya dia dengan lantang minta Dr M meletakkan jawatan kerana dia dan gengnya memganggap Mahathir pemimpin UMNO merangkap PM yang pro Melayu dan Islam. Dari maklumat yang disampaikan pegawai2nya Dr M tahu dia anak pesuruhjaya tinggi Msia di London. Dr M tak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya kerana menganggap budak ingusan yang ingin berlagak sebagai wira, yang memperjuangkan liberalisme dan berkiblat kepada Barat. Sikap anti UMNO dan anti Melayu itu dianggap sebagai suatu ego trip bagi para pelajar yang lupa asal usulnya sebagai orang Melayu beragama Islam dan buta sejarah bangsa sendiri.

Tanya pada KJ apakah benar dia dengan Omar Ong pernah melancarkan gerakan anti UMNO, anti Melayu waktu belajar di England? Benar atau tidak dia dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim dan berhasrat menyertai PKR waktu kembali ke tanahair dulu? Betul atau tidak dia pernah merancang hendak takel Nurul Izzah, anak Anwar, supaya dia dapat kedudukan penting di hati Anwar sekiranya Anwar menjadi PM kelak? Betul atau tidak hasratnya untuk takel Nurul Izzah terbantut kerana kes liwat Anwar tidak memungkinkan dia menjadi PM? Bila melihat peluang untuk dia mendapat tempat penting dalam politik tidak bersama Anwar maka dia ubah sasarannya. Betul atau tidak dia takel anak Pak Lah kerana ingin melonjakkan diri mendapat kuasa melalui bapa mertuanya yang jadi PM?

Seperti Anwar KJ terlalu gila kuasa dan super rakus untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai menantu Pak Lah yang menjadi PM peluang untuk dia muncul sebagai pemimpin Pemuda sangat cerah. Dia tidak sabar menunggu. Dia mahu cepat berkuasa lalu dia lakukan rasuah seperti mana yang dilakukan Anwar waktu menentang Ghafar Baba merebut jawatan timbalan presiden UMNO pada tahun 1993. 

Nampaknya apa yang dilakukan Anwar menjadi ikutan KJ. Bila J/Kuasa Disiplin UMNO mempunyai bukti rasuahnya maka dia minta bapa mertuanya yang pada waktu itu di luar negara menyelamatkannya. Kononnya Pak Lah minta pengerusi J/Kuasa Disiplin UMNO memaafkan menantunya yang super rakus dan korup itu, dan memberi peluang dia bertanding utk ketua Pemuda. Dia menang kerana rasuah dan pada malam pengisytiharaan kemenangannya hampir berlaku pergaduhan antara para penyokong Mukriz dengan penjilat2 KJ. 

Mula melangkah masuk dalam politik sudah nampak kerakusan dan kesialannya sebagai pemimpin yang menang atas rasuah dan berpaut pada bapa mertua yang menjadi PM.KJ yang rasuah ini kononnya bermimpi hendak menjadi PM pada usia 40 nanti. Bolehkah rakyat Malaysia, khasnya Melayu Islam, menerima koruptor yang super rakus sebagai bakal PM Malaysia? Nahe, nahe. Beruk, lutung dan babi hutan mungkin ketawa kalau rakyat Msia menyokong KJ yg korup sebagai bakal PM kelak. Pelek bin lucu orang korup ini boleh jadi menteri pulak tu! Tidak hairanlah mengapa si korup ini berangan-angan hendak jadi PM!

Selasa, 18 November 2014

Nasib Malaysia di WW3



KERAJAAN MANA YANG RAKYAT MALAYSIA PERCAYA SEKIRANYA PERANG DUNIA KE-3 MELETUS?
November 18, 2014




Persidangan G20 yang berlangsung di Brisbane memperlihatkan Presiden Russia, Vladimir Putin mendedahkan satu imej satelit yang menunjukkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh sebuah jet pejuang MiG-29 milik Ukraine. Imej tersebut yang diperoleh dari pintasan komunikasi satelit risik milik US telah menggegarkan persidangan itu dengan pelbagai spekulasi. US yang menafikan imej tersebut adalah daripada satelit miliknya, menambahkan lagi kekecohan semasa persidangan ini dan membuatkan pemimpin dari negara lain bertambah resah.

Pendedahan dari Putin tersebut membuatkan negara lain mempersoalkan keselamatan negara masing-masing kerana kemampuan Russia untuk menggodam satelit risik.

US pula yang menyokong kerajaan Ukraine mengatakan bahawa imej tersebut adalah satu penipuan dan manipulasi gambar yang dilakukan oleh pihak Russia. Namun, seorang pakar bebas dari Eropah telah mengesahkan gambar tersebut sebagai asli dan tidak dimanipulasikan dengan sebarang aplikasi pemprosesan imej. US telah menyokong teori yang dibuat oleh Kerajaan Ukraine yang menyatakan bahawa MH17 ditembak jatuh oleh pelancar misil jenis BUK ‘ground-to air missile’ walaupun kesimpulan tersebut hanya dibuat hanya beberapa jam selepas kejadian tersebut. Ini menambahkan lagi persoalan bagaimana Ukraine boleh menuduh Russia sebagai dalang tanpa siasatan yang terperinci dan lebih mengelirukan lagi apabila US dan blok barat menyokong tuduhan yang dibuat oleh Ukraine tersebut.

Russia yang tidak mendapat liputan positif melalui media yang dikuasai oleh blok barat hanya membuat pendedahan tersebut 5 bulan selepas tragedi MH17 setelah kajian dan siasatan dilakukan secara menyeluruh. Putin juga apabila ditemuramah oleh wartawan dari Jerman telah menyatakan bahawa blok barat sekarang ini sedang melakukan provokasi untuk Russia mencetuskan Perang Dunia Ke-3 ataupun Perang Dingin Ke-2. Tindakan NATO pula yang meluaskan gerakan tentera di Eropah Tengah dan Timur memaksa Russia untuk memperkukuhkan sempadannya dengan mobilasi tentera. Ini adalah tindakan wajar bagi mana-mana negara apabila diancam oleh tindakan sedemikian, Putin menjelaskan.

Ramai pemerhati politik antarabangsa yang menyatakan bahawa MH17 akan menjadi ‘trigger-point’ kepada Perang Dunia Ke-3 seperti mana Perang Dunia Pertama meletus adalah akibat daripada perselisihan antara Serbia dan Austria yang akhirnya melibatkan seluruh dunia Eropah yang lain.

Pada ketika ini, Malaysia pula akan menjadi mangsa kejadian kerana perlu memilih untuk menyokong ‘kebenaran’ yang datangnya dari US dan blok barat ataupun untuk menyokong ‘kebenaran’ dari Russia. Diplomasi tahap tertinggi diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini sebelum terjebak ke dalam kancah perperangan. Siasatan dan analisis tragedi MH17 yang dilakukan oleh negara Belanda pula belum lagi mengeluarkan sebarang jawapan. Dunia masih lagi menunggu jawapan tersebut kepada siapa yang patut dipersalahkan atas kejadian itu. Dato’ Sri Najib pula menyatakan bahawa penyiasat dari Malaysia yang dapat akses ke dalam kawasan hempasan MH17 mendapat kerjasama dari pihak Russia. Ini, sekiranya tidak dijelaskan dengan baik, akan mendatangkan spekulasi kepada Washington yang Malaysia menyokong Russia, dan ini juga tidak memberikan sebarang kebaikan untuk Malaysia.

Sekiranya benar Perang Dunia Ke-3 meletus, pada waktu itu, Kerajaan pimpinan parti manakah yang rakyat akan percaya untuk memimpin dan memandu Malaysia untuk keluar dari kemelut tersebut. Rundingan demi rundingan perlu diadakan untuk mengecualikan Malaysia dari terlibat dengan kancah perang yang tidak menguntungkan negara kita. Seperti yang semua sedia maklum, Anwar Ibrahim yang sememangnya pro kepada US dan sering mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah sudah pasti akan menyokong US dan juga blok barat sekiranya perang berlaku. Dato’ Sri Najib pula yang dilihat akan mengekalkan polisi Perdana Menteri yang sebelum-sebelumnya, akan mengambil langkah untuk berkecuali dengan perperangan kuasa-kuasa besar.

Pengalaman Kerajaan Malaysia yang sedia ada juga akan membantu negara dalam memandu arah sekiranya desakan dari kuasa-kuasa besar ini datang. Adakah Pakatan Pembangkang yang lansung tidak pernah mentadbir negara lebih-lebih lagi dalam diplomasi dan hubungan antarabangsa dapat menyelamatkan negara kita? Ataupun dengan memilih untuk menyokong mana-mana kuasa besar ini, Malaysia akan terlepas dari campurtangan pentadbiran pada suatu masa nanti? Pendek kata, tanpa pengalaman pentadbiran dan hubungan diplomatik yang diamalkan oleh Kerajaan yang ada selama ini, rakyat Malaysia tidak akan dapat menikmati keamanan yang ada ketika ini setelah 57 tahun merdeka.

Ramai juga yang tidak mengetahui peranan kepimpinan negara yang sejak merdeka sehingga kini adalah untuk menguruskan krisis-krisis dan juga konfrontasi yang berlaku tanpa pengetahuan awam. Sedang Kerajaan Malaysia memikirkan kaedah diplomasi dan rundingan untuk mengelakkan rakyat Malaysia menerima akibat buruk dari perperangan, pihak Pembangkang pula hanya memikirkan bagaimana untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada dan meletakkan diri mereka kepada puncak kuasa.