Halaman

Sabtu, 29 November 2014

BAHAYA menanti




Yahaya Ismail


TANYA PADA KJ DIA ANTI UMNO, ANTI TUN M DULU KAN?

Waktu KJ menuntut di Oxford dia telah menubuhkan suatu pertubuhan The Forum bersama Omar Ong dan beberapa kawan yang lain. Kononnya forum ini mengadakan perbincangan mengambil sikap anti UMNO. Maknanya anti Melayu dalam perjuangannya. Dengan kata lain, hendak menyemai sermangat liberalisme dalam politik. Forum yang dikendalikan KJ dan Omar Ong ini dikatakan banyak membuat kenyatan politik berbau anti Mrelayu, anti UMNO untuk menjadi juara bukan Melayu yang bersifat liberalisme kononnya.

Waktu Dr M yang pada waktu itu menjadi PM melawat London dan bertemu dengan para pelajar Malaysia KJ dikatakan juga hadir. Kononnya dia dengan lantang minta Dr M meletakkan jawatan kerana dia dan gengnya memganggap Mahathir pemimpin UMNO merangkap PM yang pro Melayu dan Islam. Dari maklumat yang disampaikan pegawai2nya Dr M tahu dia anak pesuruhjaya tinggi Msia di London. Dr M tak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya kerana menganggap budak ingusan yang ingin berlagak sebagai wira, yang memperjuangkan liberalisme dan berkiblat kepada Barat. Sikap anti UMNO dan anti Melayu itu dianggap sebagai suatu ego trip bagi para pelajar yang lupa asal usulnya sebagai orang Melayu beragama Islam dan buta sejarah bangsa sendiri.

Tanya pada KJ apakah benar dia dengan Omar Ong pernah melancarkan gerakan anti UMNO, anti Melayu waktu belajar di England? Benar atau tidak dia dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim dan berhasrat menyertai PKR waktu kembali ke tanahair dulu? Betul atau tidak dia pernah merancang hendak takel Nurul Izzah, anak Anwar, supaya dia dapat kedudukan penting di hati Anwar sekiranya Anwar menjadi PM kelak? Betul atau tidak hasratnya untuk takel Nurul Izzah terbantut kerana kes liwat Anwar tidak memungkinkan dia menjadi PM? Bila melihat peluang untuk dia mendapat tempat penting dalam politik tidak bersama Anwar maka dia ubah sasarannya. Betul atau tidak dia takel anak Pak Lah kerana ingin melonjakkan diri mendapat kuasa melalui bapa mertuanya yang jadi PM?

Seperti Anwar KJ terlalu gila kuasa dan super rakus untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai menantu Pak Lah yang menjadi PM peluang untuk dia muncul sebagai pemimpin Pemuda sangat cerah. Dia tidak sabar menunggu. Dia mahu cepat berkuasa lalu dia lakukan rasuah seperti mana yang dilakukan Anwar waktu menentang Ghafar Baba merebut jawatan timbalan presiden UMNO pada tahun 1993. 

Nampaknya apa yang dilakukan Anwar menjadi ikutan KJ. Bila J/Kuasa Disiplin UMNO mempunyai bukti rasuahnya maka dia minta bapa mertuanya yang pada waktu itu di luar negara menyelamatkannya. Kononnya Pak Lah minta pengerusi J/Kuasa Disiplin UMNO memaafkan menantunya yang super rakus dan korup itu, dan memberi peluang dia bertanding utk ketua Pemuda. Dia menang kerana rasuah dan pada malam pengisytiharaan kemenangannya hampir berlaku pergaduhan antara para penyokong Mukriz dengan penjilat2 KJ. 

Mula melangkah masuk dalam politik sudah nampak kerakusan dan kesialannya sebagai pemimpin yang menang atas rasuah dan berpaut pada bapa mertua yang menjadi PM.KJ yang rasuah ini kononnya bermimpi hendak menjadi PM pada usia 40 nanti. Bolehkah rakyat Malaysia, khasnya Melayu Islam, menerima koruptor yang super rakus sebagai bakal PM Malaysia? Nahe, nahe. Beruk, lutung dan babi hutan mungkin ketawa kalau rakyat Msia menyokong KJ yg korup sebagai bakal PM kelak. Pelek bin lucu orang korup ini boleh jadi menteri pulak tu! Tidak hairanlah mengapa si korup ini berangan-angan hendak jadi PM!

1 ulasan:

  1. Yes, great US Military force. Also, in his post you have given a chance to listen about US Military. I really appreciate your work. Thanks for sharing it. web design web design

    BalasPadam