Halaman

Rabu, 14 Disember 2011

RM10 billion - Padan la usaha bagai nak gila... logik!



Memang cukup kaya bila dapat memiliki duit sebanyak RM10 Billion. Sekiranya apa yang diberitahu oleh si lelaki India ini benar, maka tepat lah tekaan wak selama ini berkenaan spekulasi yang masih berlegar-legar, mendakwa bahawa Anwar Ibrahim telah menyimpan wang kertas tersebut di saru lokasi rahsia sebelum ia boleh digunakan kelak setelah dirinya ditabalkan menjadi Perdana Menteri.

RM10 Billion dalam not RM1000, satu jumlah yang cukup besar. Cuba kita bayangkan bertapa banyaknya duit kertas tersebut jika ditabur dari udara melalui kapal terbang. Sudah tentu Malaysia dilanda hujan duit.

Semasa zaman Tun M penggunaan wang kertas RM1000 dan RM500 telah dibeku dari sebarang urus niaga. Mungkin dengan alasan kehilangan wang kertas ini lah Tun M mengambil langkah tersebut sebelum sesuatu yang tidak diduga berlaku.



Jika dengan kuasa yang ada pada Perdana Menteri boleh mengharamkan penggunaan wang kertas RM1000 dan RM500 ini, maka dengan kuasa yang ada itu juga lah wang kertas tersebut boleh digunakan kembali.

Sebab itu lah kita dapat lihat dari dulu hingga sekarang ini, Anwar Ibrahim tidak pernah berputus asa untuk menabalkan dirinya sebagai PM Malaysia walau pelbagai cara telah digunakan samada melalui pintu depan atau pintu belakang.

Rakyat Malaysia seharusnya rasa bersyukur kerana tidak berPMkan seorang manusia yang rakus seperti Anwar Ibrahim walau dirinya selalu menampilkan imej seorang alim dan warak apabila berhadapan dengan orang ramai. Cuba kita bayangkan bila Anwar menjadi Perdana Menteri, dengan duit sebanyak itu apa sahaja yang mampu dibeli dan dibayar termasuk harga diri seseorang, jika impian gilanya itu menjadi kenyataan.

http://ulatdankulat.blogspot.com/2011/12/anwar-ibrahim-sembunyi-rm10-billion-di.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog