Halaman

Ahad, 18 Disember 2011

PARASIT


Selepas Rafizi Ramli mencabar Ketua Pemuda UMNO berdebat di gelanggang UMNO sendiri iaitu Dewan Merdeka, PWTC, hari ini sekali lagi golongan yang sememangnya mendokong Pakatan Rakyat, menunjukkan betapa jantannya mereka. Perarakan mahasiswa yang dikatakan sangat bijak, sangat hebat dan sangat diperlukan oleh negara, turut disertai upacara menurunkan bendera yang ada muka Najib Abdul Razak di Ibu Pejabat UMNO sendiri.

Seperti biasa, esok, ramailah orang UMNO yang akan melalak dan kesal dengan tindakan pelajar-pelajar (atau yang menyamar sebagai pelajar) terbabit.

Alasan berarak ke Ibu Pejabat UMNO untuk menyerahkan memorandum kepada UMNO kelihatan sangat menggelikan hati kerana alasan tersebut adalah yang paling lawak untuk mewajarkan sesuatu yang sangat biadap.
Apa pula kaitan UMNO dengan memorandum berkenaan? UMNO hanyalah salah satu daripada komponen dalam Barisan Nasional, manakala segala keputusan kabinet bukannya keputusan UMNO semata-mata. Undang-undang dan akta pula diluluskan oleh Parlimen dan di dalam Parlimen, bukan hanya UMNO yang jadi komponen utamanya.

Dan yang paling menimbulkan tanda tanya serta misteri adalah Saifuddin Abdullah yang menjadi wakil UMNO menerima memorandum berkenaan... FlyngKick



Insiden Turun bendera: Mahasiswa yang terlibat perlu bayar denda?




[Nota: Beberapa pemerhatian saya. Pertama - ramai yang dari kaum Melayu yang terlibat. Kenapa? Sebab pelajar kaum lain dibiayai oleh mak ayah mereka sendiri, jadi sedar diri sikit dan lebih tumpukan kepada akademik. Yang jadi alat ni, pelajar-pelajar yang belajar bukan atas tanggungan ibu bapa, tapi atas tajaan wang rakyat; sebab itu mereka ini tidak amanah dan tidak tahu menghargai nilai wang ini. 

Kedua: Perbuatan bodoh dan kurang ajar menurunkan bendera ini tidak boleh diterima walau apa pun alasannya. Semua Ahli Parlimen Mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dilantik oleh majoriti mahasiswa wajar menyelar tindakan sekumpulan pelajar yang telah mencemarkan maruah mahasiswa. Saya yakin, perbuatan ini tidak di`endorse' oleh ramai pemimpin mahasiswa. Oleh itu jangan biarkan sekumpulan kecil pelajar ini mengambil tindakan sesuak hati mereka. Mesti ada kenyataan dan tindakan agar pelajar-pelajar ini tidak `overclaim' bahawa mereka ini mewakili golongan mahasiswa.

Ketiga; sebelum jadi `event organiser' , eloklah pelajar-pelajar yang belum habis belajar ini menyediakan satu list persetujuan dan risiko agar dapat diisi oleh mereka yang ingin mengikut demonstrasi jalanan memahami apa sebenar yang boleh berlaku atas mereka. Ambilkan insuran untuk setiap peserta. Bagi taklimat apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa demonstrasi jalanan ini berlaku. Akhirnya, elok kerajaan kenakan bon keselamatan ke atas pihak yang ingin berdemo ini. Kalau mereka gagal mengawal peserta demonstrasi jalanan ini, maka elok juga jika penganjur dipertanggung jawabkan untuk membayar segala ganti rugi terhadap kerosakan aset yang berlaku. TF

Di bawah adalah pandangan peribadi blogger Double-Y mengenai golongan mahasiswa pro-Kerajaan. Mudah-mudahan mereka mengambil iktibar dan pandai-pandai menonjolkan diri..... ]



Mahasiswa Pro-Kerajaan Pengecut?
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/12/mahasiswa-pro-kerajaan-pengecut.html



Di atas adalah foto demontrasi 'aman' oleh sekumpulan mahasiswa pro-pembangkang. Usah banyak bicara mengatakan mereka ini bukan berpihak kepada mana-mana parti kerana kita semua tahu bahawa wujudnya tangan ghaib di sebalik tindakan mereka ini.

Saya difahamkan sejumlah 200 orang mahasiswa berarak dan berdemo siang tadi, melalui pesanan twitter pula mahasiswa ini menghantar tweet mendakwa mereka berjaya 'menakluki' bangunan PWTC. Melihat foto-foto di beberapa blog antaranya blog Suara Mahasiswa Selatan (SMS) - saya cuba mencari-cari di manakah mahasiswa berbangsa Cina atau India dalam foto tersebut.

Pencarian saya hampa, kerana tiada mahasiswa berbangsa lain selain Melayu yang berarak, berdemo menuju ke PWTC kononnya mahu menuntut kebebasan kepada mahasiswa tetapi bertindak menurunkan bendera Presiden UMNO DS Najib Tun Razak. - SATU TINDAKAN YANG BIADAP!


Bila melihat tiada kelibat mahasiswa berbangsa lain selain Melayu - timbul persoalan di benak fikiran saya, adakah mahasiswa berbangsa lain tidak mengambil peduli akan 'sekatan' bersuara yang dikenakan oleh kerajaan kepada mahasiswa - atau pun sememangnya mahasiswa di negara ini sebenarnya bebas bersuara tetapi perlulah melalui landasan yang betul?

Saya mencari-cari jawapan tersebut, lalu saya menghubungi beberapa mahasiswa yang saya kenali kerana hampir setiap minggu masa saya dihabiskan bersama mereka. Jawapan mereka hampir senada iaitu kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana mahasiswa untuk bersuara, tetapi perlulah melalui landasan yang betul bukan di jalanraya.

Saya juga bertanyakan kenapa tiada mahasiswa berbangsa lain selain Melayu, adakah mahasiswa berbangsa lain sibuk menelaah pelajaran manakala pelajar berbangsa Melayu sibuk berpolitik walhal dari segi CGPA mereka hanya cukup-cukup makan?

Jawapannya memang benar, bangsa lain sibuk bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan keputusan yang baik kerana mereka sedar keputusan yang cemerlang mampu menempatkan diri mereka di kedudukan yang terbaik bila mereka menghabiskan pelajaran kelak.

Sayangnya pemikiran sebegini tiada dalam kepala otak mahasiswa berbangsa Melayu yang berjaya memasuki kampus dek kerana rayuan yang dibuat oleh ibu bapa mereka. Maklumlah keputusan bukan cemerlang mana pun!

Selain itu saya juga cuba mendapatkan kepastian adakah majoriti mahasiswa hari ini bersikap anti kerajaan BN?

Jawapan yang diberikan pula adalah sebaliknya. Daripada 10 mahasiswa yang terdiri dari pelbagai IPTA yang saya hubungi dengan yakin mengatakan majoriti mahasiswa itu tidak semua bersikap anti kerajaan kerana masih ramai yang menyokong kerajaan serta yang bersikap berdiam diri atau tidak mengambil pusing soal politik serta isu-isu semasa.

7 daripada mahasiswa ini mengatakan bahawa masih ramai mahasiswa yang bersikap menyokong kerajaan, tetapi kebanyakkan dari mereka bersikap diam diri kerana 'takut' untuk menonjolkan diri sebagaimana mahasiswa pro pembangkang.

Mereka juga mengatakan mahasiswa pro pembangkang mendapat 'sentuhan' khas tangan-tangan ghaib dari pemimpin pembangkang sebaliknya mahasiswa pro kerajaan berpecah kepada kumpulan kecil yang selama ini tidak pernah mendapat 'sentuhan' daripada mana-mana pemimpin parti atau kerajaan.

Mahasiswa pro kerajaan yang berpecah kepada kumpulan kecil ini gagal bertindak menggerakkan mobilisasi sebagaimana digerakkan oleh kumpulan mahasiswa pro pembangkang yang mendapat 'sentuhan khas' dari kumpulan tertentu dari parti politik tertentu.

Melihat kehebatan gerakan mobilisasi ini, masyarakat hari ini beranggapan bahawa majoriti mahasiswa itu bersikap menentang kerajaan walhal pada hakikat sebenar jumlah yang berhimpun, berdemo sebenarnya hanya 3/10 daripada jumlah mahasiswa di seluruh negara.

Selain berpecah kepada kumpulan kecil, mahasiwa pro kerajaan juga masih 'frust' tertonggeng dengan keputusan DS Najib Tun Razak yang mahu meminda Seksyen 15 AUKU. Rata-rata dari mereka merasakan mereka sudah tewas dalam perjuangan. Kerana akta yang dipertahankan selama ini diubah oleh pemimpin yang selama ini mereka sokong.

Nasihat saya buat adik-adik yang bakal memimpin negara ini. Jika kamu gagal melawan mereka, kamu perlu sertai mereka. Jika mereka mampu berhimpun menuntut hak itu dan ini, jika mereka mampu berhimpun meruntuhkan pagar kampus kamu juga mampu melakukan perkara yang sama.

Atau pun mahasiswa pro kerajaan yang ada hari ini - yang disebut sebagai mahasiswaPRO-ASPIRASI hanya terdiri daripada mahasiswa PENGECUT yang hanya berani berkokok di alam maya tetapi tidak berani merealisasikan suara mereka sebagaimana dilakukan oleh mahasiswa PRO-M?

Hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog