Halaman

Jumaat, 16 Disember 2011

Amanat bakal Banduan



Perutusan Anwar yang panjang lebar telah disebarkan juak PR. Satu seruan kepada rakyat Malaysia supaya memilihnya sebagai PM. Banyak ayat-ayat suci dan hadis diangkat sebagai hujahnya menekankan kewujudan kerajaan zalim di Malaysia.



Dari apa yang disampaikan tidak langsung menunjukkan dia bersalah dalam pelbagai tuduhan (diungkapkan sebagai fitnah semata) malah dengan berani mengambil pendekatan agama menangkisnya. Tidak pula disebutkan dalil bersabit tindakannya membenarkan nama Allah dipakai oleh gereja kristian. Tidak pula menyentuh tindakannya menyebelahi kerja pemurtadan oleh pihak gereja juga perjuangan kebasan seks.

JTidak juga menafikan penglibatannya dengan ejen Yahudi, George Soros yang amat terang dan nyata.

Berani menggunakan firman Allah untuk mendapat untung peribadi di sebalik kerja-kerja mungkar belakang tabir. Sebahagian dari katanya:


Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.


Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.


Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.


Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)


Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.


Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".


Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.


Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang.

###########

Memang handal manusia ini mempengaruhi pembaca dan juga pendengar melalui hujahnya. Sayangnya dia gagal mempertahankan dirinya dari pertuduhan liwat di mahkamah. Gagal menampilkan seorang pun alibi yang boleh mengesahkan ia tidak berada ditrmpat kejadian. Hanya berdiri di kandang tertuduh tanpa berdepan dengan soalan peguam cara dan hakim.

Amat menyedihkan jika ada dikalangan muslimin muslimat yang terpedaya dengan rayuannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog