Halaman

Khamis, 22 Disember 2011

Revolusi Bunga Raya


Awasi Senjata Akhir : Revolusi Bunga Raya
Published by AIDC on December 22, 2011




AIDCNews – 22/12/11 – “Dialog dengan mahasiswa malam ini”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya, 3 jam lalu ketika membalas twitter @FaezuddinPuad yang menyeru agar Ketua Umum PKR itu terus berjuang dan dia akan terus berada di belakang, menyokongnya.



Kenyatan Anwar itu merujuk kepada iklan yang disiarkan di laman peribadinya 18 Disember lalu yang menyeru anak muda khususnya mahasiswa menyertai program dialog bersamanya di rumah kediaman peribadinya, 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, 51200 Kuala Lumpur.

Program itu anjuran kelab penyokongnya, AIC (AnwarIbrahimClub) bersama Angkatan Muda PKR.

Minggu lepas sudah ada gerakan menggunakan mahasiswa untuk membuat huru hara, namun gagal.

Adam Adli, budak Anwar dihijack ke dalam gerakan mahasiswa underground Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ditugaskan membuat provokasi dengan menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak dan diganti dengan ‘Flag of Academic Freedom‘

Semua ini provokasi untuk menarik perhatian umum dan sekaligus mengangkat Adam yang bukan pemimpin pelajar menjadi ‘hero’.

Jangan terperangkap dengan provokasi yang dirancang itu, tetapi dalam masa sama patut dibendung dengan bijaksana.

Aktifkan Sel

Pertemuan Anwar dengan anak muda malam ini sebagai susulan untuk terus mengaktifkan sel-sel. Mahasiswa, satu sel, sebelum ini diaktifkan sel Majlis Peguam dengan ‘Walk For Freedom’, sel LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dengan Pesta Tahunan Seksualiti Merdeka yang kesemuanya adalah rentetan daripada perhimpunan haram, BERSIH 2.0, 9 Julai.

Blogger GA mengistilahkan sel-sel ini sebagai ‘Free Anwar Campaign Ke-2‘ (FACK).

“Ada yang masuk dalam Ops FACK1, Ops FACK2, KVG (Klang Valley Groups), SMM901, INSKA-UMNO Reform, ABIM-Alliance dan sebagainya.

“Masing-masing disaran untuk maintain sekurang-kurannya 50 ahli group di dalam BBM (Whatapp applications) masing-masing. Amat tersusun”, lapor blog itu.


Lapornya lagi, NGO ABU (Asal Bukan UMNO), pimpinan Chegu Bard dijadikan landasan untuk memulakan arus perjuangan kerana anak saudara Anwar itu sebelum ini sudah terkenal sebagai ikon demontrasi jalanan.

Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin adalah aktivis PKR yang tewas bertanding Ketua AMK PKR kini mengetuai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dianggap sebagai penaung gerakan pelajarunderground, SMM.

Anwar tahu, dalam mana-mana sejarah revolusi, mahasiswa adalah salah satu kompenan yang bakal diperalatkan.


Jadi di sinilah terletaknya kepentingan gerakan pelajar underground SMM akan akan membangkitkan isu kebebasan akademik dan kebebasan pelajar (AUKU).

Revolusi Bunga Raya

Istilah ini disebut oleh Anwar sendiri dalam dialog dengan profesional muda di Petaling Jaya, 10 Julai lalu.

Pertemuan dengan profesional muda itu diatur selepas sehari perhimpunan haram BERSIH 2.0.

Portal The Malaysian Insider melaporkan dalam dialog itu Anwar tidak menolak kemungkinan akan diadakan satu lagi perhimpunan selepas Bersih 2.0.

“Kami belum membincangkan perkara itu, tetapi kami tidak menolak opsyen-opsyen kami”, katanya.

Portal itu turut melaporkan Ketua Umum Pakatan Rakyat tidak menolak akan berlaku satu revolusi yang dipanggil sebagai ‘Revolusi Bunga Raya’.


“Kita tiada keyakinan (ke atas kerajaan), jadi adalah penting bagi Najib mempertimbangkan dengan serius, kita dekat dengan (satu revolusi)” kata Anwar sambil menambah ketegangan kaum juga meningkat di negara ini.

Menyusul lanjut


Awasi Senjata Terakhir Anwar II

Awasi Senjata Terakhir Anwar

warisatuliman2011 dari AIDC
December 22, 2011 at 10:21 pm

A.w.w. handai taulan. Protes jalanan yg merupakan antara ciri2 semasa politikus yg ketandusan idea sebenarnya diimport oleh Anwar dan Thailand dan Indonesia, di mana Anwar banyak mendapat inspirasi dan petunjuk drp mentor2nya yg telah lama diasuh utk semarakkan proses pendemokrasian total ala Barat di seluruh jagat. Setakat ini, projek “menghidupkan sel2 pelajar rakus” telah berhasil di Bumi Arab. Di Thailand dan Indonesia, bukan sedikit wang rupiah yg ditaburkan utk gerakkan golongan pelajar-perusuh jalanan yg sebenarnya turut menggunakan ramai gelandangan upahan. Trend inilah yg cuba digerakkan oleh Anwar dan konco2nya di M’sia. Cuma, dia belum begitu berjaya kerana majoriti pelajar masih berfikiran waras dan tidak mudah terpesona dgn tawaran wang ringgit. Rangkaian ‘sel2′ Anwar ni telah dicetuskan sejak sekian lama walaupun semasa dia dipenjarakan kerana anak2 buah Anwar yg telah diprogramkan semasa dia menjadi Menteri Pelajaran, memainkan peranan masing2. Contoh anak buah Anwar ialah Aziz Bari. Cuma, Anwar lupa bahawa tidak semua pelajar di institusi pengajian tinggi yg buta mata dan hati. Selain lebih memetingkan soal pelajaran, kian ramai semakin sedar bahawa Anwar bukanlah spt yg dicanangkan oleh diri dan pengikutnya, kononnya dia “pemimpin yg diimpikan”. Majoriti golongan pelajar dan pendidik IPT dapat menilai secara adil dan saksama sama ada Anwar betul2 teraniaya oleh satu konspirasi peringkat tinggi sepanjang tiga generasi pemimpin. Mereka kini sedar ada sesuatu yg tidak kena dgn ketua pembangkang yg telah sampai ke penghujung hanyat politik dan usianya. Umpama org yg hampir lemas di lautan politik bergelora ciptaannya sendiri, Anwar tergapai2 dan cuba mencapai apa dan siapa sahaja utk selamatkan dirinya. Jika dia tidak dapat selamatkan dirinya lagi, apa yg dicapai dan digapainya itu akan dibawanya tenggelam bersama2nya. Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog