Halaman

Sabtu, 21 Januari 2012

parasit dan dendalu api

Parasit Menunggu penafian PAS pada pendedahan Dr Hasan Ali...



Pendedahan secara serius wujudnya kumpulan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS mula ditimbulkan ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Wakil rakyat yang pernah berada dalam parti Islam itu tetapi bertanding atas tiket PKR sebelum keluar pari tahun lalu, memanggilkan kumpulan terbabit sebagai Anwarinas.

Bagaimanapun, gelaran ketika kewujudan kumpulan itu mula tumbuh dalam PAS selepas pembangkang semakin kuat sebaik sahaja tsunami politik
2008 adalah Erdogan.

Kumpulan ini dikatakan semakin mengukuh dalam PAS bahkan dalam pemilihan parti tahun lalu, ia menguasai pucuk pimpinan PAS pusat malah mengenepikan pimpinan ulama yang sebelum ini jadi teras parti itu.

Tidak perlu menyebut nama-nama siapa pimpinan PAS yang sudah dalam Erdogan mahupun Anwarinas kerana sesiapa yang mengikuti perkembangan parti itu, akan tahu siapa mereka ini berdasarkan tindak tanduk dan komen-komen mereka yang sentiasa mempertahankan Anwar.

Bagi sesetengah pemimpin PAS, ada mula sedar perubahan ini dan menyifatkan Ketua Pembangkang itu sebagai pokok Dedalu Api yang boleh membawa kemusnahan kepada PAS.

Namun, selagi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih Mursyidul Am, pemimpin yang khuatir dan bimbang pasal kumpulan pro Anwar ini hanya boleh membisu kerana hitam putih PAS sekarang ini ditentukan Menteri Besar Kelantan itu.

Apatah lagi, Anwar kerap berjumpa Nik Abdul Aziz bagi menunjukkan beliau rapat dengan pemimpin utama PAS itu tambahan pula jika ada isu peribadinya yang perlu diperjelaskan kepada Nik Aziz.

Dalam PAS senang sahaja, jika ada masalah berjumpalah Nik Aziz dan selepas itu semua akan selesai.

Perkara ini terikut-ikut kepada Exco Selangor Elizabeth Wong yang terbabit dengan gambar separuh bogel malah Anwar sendiri yang belum ini berdepan dakwaan meliwat dan video seks.

Sungguhpun begitu, antara pemimpin PAS paling terkesan dan menghidu gerakan pro Anwar ini adalah Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat kerana mengkritik Anwar bukannya seperti alasan diberikan parti.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak memanggil kumpulan terbabit Anwarinas atau Erdogan tetapi sebagai parasit.



Seperti dedalu api, parasit juga berperanan merosakkan bentuk asal sesuatu objek dan dalam hal ini Dr Hasan melihat kumpulan perasit ini boleh menghancurkan PAS jika tidak disekat mulai sekarang.

Dr Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Kumpulan itu dakwanya telah memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

Beliau juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Pasti ramai tertunggu-tunggu road show bekas Exco Selangor yang digugurkan itu. Mereka mahu tunggu dan dengar siapakah parasit yang dimaksudkan Dr Hasan.

Ahli-ahli PAS yang selama ini ramai yang mula pening dan garu kepala ekoran cacamarba dalam parti sejak semakin intimm dengan PKR dan DAP, juga ingin tahu kebenaran tersebut.

Jika sebelum ini, mereka hanya dengar orang luar bercakap mengenai, tetapi kali ini ianya dibangkit oleh bekas pemimpin utama PAS.

Soal pokoknya sekarang, beranikah mana-mana pemimpin PAS sama ada belum jadi Anwarinas mahupun Erdogan menafikan apa dihujah Dr Hasan?

Dr Hasan harus berani dalam menyatakan kebenaran.

Beliau patut ketepikan amaran Nik Aziz kelamrin yang menyarankan beliau ‘jaga mulut’ atau tidak lagi memburuk-burukkan PAS.

Dr Hasan sudah pun dipecat keahlian, ini masa beliau buktikan keberanian atas dasar kebenaran.

sumber: pemerhati.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan