Halaman

Isnin, 9 Januari 2012

mangsa harakah

"Harakah Tidak Adil"  kata Dr Hasan Ali


 

Dr Hassan menjawab isu kemunculannya di Utusan Malaysia dan TV3, katanya tidak timbul isu media musuh kerana akhbar rasmi milik parti Islam juga bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.


Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti dan meminggirkan golongan yang lain.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun Din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali? katanya. AIDC



GR pernah melaporkan Islam Liberal Sekularisma

Timbalan Mursyidul Am PAS, Prof. Datuk Dr. Haron Din mahu kesemua Pemimpin PAS yang didakwa Pro Sekular agar menghentikan serta merta niat 'baik' mereka untuk meliberalkan dakwah Islam PAS. Liberalisasi yang dibawa puak berhaluan kiri PAS ini dilihat semakin mencemar imej dan maruah Parti tersebut dengan mengambil sikap keterbukaan yang melampau sehinggakan Perjuagan parti sendiri dipijak parti kawan makan lawan.

Penentangan keras beberapa Pemimpin PAS terhadap Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) misalannya adalah 1 pendirian yang terpesong dari perjuangan parti yang sememangnya mahu akidah diletakkan sebagai landasan utama dalam perjuangan parti. "Tidak salah jika tidak mahu hadir ke Perjuangan itu. Akan tetapi menentang HIMPUN pada tahap yang melampau adalah salah kerana jelas matlamat utama HIMPUN adalah bagi mempertahankan kekuatan akidah ummah. 

Perkara ini mesti diperbetulkan kerana dikhuatiri akan memesongkan akidah penyokong2 Parti. Dalam erti kata lain, tidak seharusnya pihak mereka ini berkempen memboikot Perhimpunan sedemikian." Itu dakwa salah seorang anak murid Haron Din yang turut menjelaskan Pengasas Darul Syifa' itu turut kecewa dengan tindakan Pemimpin2 tersebut. 

Beliau merujuk tindakan Khalid Samad yang bersikap melampaui batasan kuasa politik sehinggakan menafikan dakwah yang membawa kebaikan kepada umat Islam. "Jangan pula disebabkan HIMPUN turut disertai Kumpulan yang tidak seteru dengan PAS, kita terus beranggapan HIMPUN 1 program yang tidak sihat. Yang salah kita kritik. Yang benar kita sokong dan pertahankan. Tidak kira ianya berkaitan ideologi politik ataupun sebaliknya. HIMPUN telah terbukti tidak menyebabkan berlakunya kekacauan malah berakhir dengan baik. 

Ini bermakna persepsi puak2 ini ternyata salah dan PAS sewajarnya tidak punyai masalah untuk turut bersama dalam Perhimpunan tersebut di masa akan datang." Menurut beliau yang juga bergiat aktif di dalam PAS Kawasan, puak2 Pro Sekular di dalam PAS dilihat terlalu menjaga kepentingan kerjasama Pakatan sehinggakan sanggup mengenepikan prinsip perjuangan Parti. Bagi beliau, kerjasama Pakatan tidak salah malah 1 strategi positif, namun dalam mengutarakan isu berkenaan Prinsip Perjuangan Islam, ianya tiada tolak ansur dan ketegasan mesti digunakan bagi memperlihatkan ketelusan dan konsisten dalam PAS. 

Haron Din juga katanya amat khuatif dengan perkembangan mutakhir politik dalaman Parti yang semakin berkecamuk dan tidak terkawal dalam mengejar kuasa mengatasi rujukan Piagam PAS. Khalid Samad sebelum ini dikatakan bakal mengepalai desakan agar seteru beliau di dalam PAS, Dr. Hasan Ali diambil tindakan oleh Jawankuasa Tertinggi Pakatan atas tindakan beliau menyertai HIMPUN yang menunjukkan rasa tidak hormat dengan pendirian Gabungan tersebut.


Khalid Samad VS Dr Hasan

Akhirnya cita2 Khalid Samad untuk menggugurkan Hasan Ali berjaya. Tiada lagi gelaran YB. tertera pada nama Hasan Ali selepas PRU13. Hasan Ali telah digugurkan. Begitu istimewa Hasan Ali apabila nama beliau satu2 nya diumumkan tidak lagi akan dipilih menjadi calon di DUN Gombak Setia.

PAS Selangor sendiri telah mengesahkan perkara ini melalui kenyataan di Malaysiakini seperti tertera di bawah.

Persoalannya, adakah DUN Gombak Setia dapat menerima wakil rakyat selain beliau?

Kenapa tidak dipecat sahaja beliau? Beri ruang dan kebebasaan buat beliau membawa Nur Islam di Selangor yang semakin banyak 'bintik2 hitam' akibat perlakuan Pemimpin Agung yang mahu memertabatkan Agama mereka.

Kenyataan melalui Malaysiakini

PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya. Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari yang juga ADUN Hulu Kelang.

Hasan, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi hal ehwal agama. Bagaimanapun, pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.



Dr Hasan tidak disukai PAS dan PKR

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang mengeluarkan statistik peratusan yang membuktikan potensi kemenangan BN di Negeri Selangor amat besar diperakui oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Namun Khalid Samad tidak bersetuju punca penurunan mendadak sokongan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri terutamanya PAS adalah disebabkan kegagalan pimpinan Khalid Ibrahim memberi kemajuan dan kebajikan terhadap rakyat. Akan tetapi beliau menyalahkan Hasan Ali sebagai punca membawa pengaruh sumbang kononnya bersubahat dengan UMNO bagi menjatuhkan krelibiliti Pakatan.

Khalid Samad mendakwa tindakan Hasan Ali yang acap kali menghalang perniagaan arak berkembang di Negeri tersebut telah mendatangkan kemarahan terhadap masyarakat Cina di Selangor terutamanya yang baru sahaja mula menyokong Pakatan.

Selain itu, tindakan Hasan Ali mengambil tindakan melulu terhadap beberapa individu yang hampir meninggalkan Agama Islam (Murtad) dilihat melampau sehinggakan mengguris perasaan rakan2 Pakatan yang beragama Kristian.


Maka Hasan Ali bertanggungjawab jika Pakatan tewas pada PRU13. Hasan Ali dakwa beliau sebenarnya mengimpikan jawatan MB Selangor sejak sekian lama lalu bertindak kononnya menjadi seorang jaguh Islam di Negeri ini sehinggakan tidak memikirkan kesan terhadap hubungan Pakatan iaitu DAP dan PKR.

Khalid Samad didakwa mencabar Hasan Ali meninggalkan PAS serta merta jika benar tidak dapat menerima agenda terkini PAS dalam memastikan kemenangan Pakatan pada PRU13.

Khalid Samad agaknya lupa. Nak tinggalkan PAS kena ikut Baiah yang ditetapkan. Tinggalkan PAS maka jatuhlah talak terhadap isteri masing2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan