Zulkifli Noordin : Anwar ‘Suci & Bersih’ ?
Published by AIDC on January 20, 2012 | 8 Comments
Salam 2 all.
Persoalan yang bermain di kalangan rakyat sekarang ini ialah: Mengapa Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful walaupun kesan air mani Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful?
Kedua, adakah Anwar Ibrahim “suci & bersih” setelah Mahkamah menolak pertuduhan meliwat staf dia Saiful Bukhori?
Ketiga, adakah Kerajaan terlibat dengan konspirasi bersama Mahkamah untuk membebaskan Anwar kerana tekanan atau kepentingan politik? Adakah benar dakwaan kaum Anwarinas bahawa Kerajaan begitu takut rakyat akan marah sehingga berpakat dengan Mahkamah untuk membebaskan Anwar?
ABU KAZIB @ BAPAK PEMBOHONG
Saperti yang telah teman sebut sebelum daripada ini, penghakiman Mahkamah membuktikan satu perkara yang cukup jelas:
ANWAR IBRAHIM BAPAK PEMBOHONG & PUTAR BELIT!
Buktinya? Kerana Anwar mendakwa pertuduhan liwat terhadap Saiful itu adalah konspirasi jahat Kerajaan untuk menjatuhkan dia! Perbicaraan itu satu sandiwara! Skrip perbicaraan dan hukuman sudah siap! Dia pasti ke penjara! Inilah yang dijaja Anwar siang malam pagi petang, di bandar di kampung, di dalam dan luar negara! Mesej Anwar jelas: dia adalah mangsa konspirasi jahat Kerajaan! Bahawa Kerajaan mahu menyumbat dia ke dalam penjara dengan pertuduhan rekayarsa meliwat stafnya Saiful Bukhori!
INI BERMAKNA PENGHAKIMAN MAHKAMAH SEPATUTNYA MENDAPATI ANWAR BERSALAH & DIHUKUM DALAM PENJARA DENGAN HUKUMAN BERAT!
Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya! ANWAR DIBEBASKAN!
HAKIKATNYA MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR!
Setelah kes berlalu lebih daripada 3 tahun, dengan puluhan penangguhan, dengan pelbagai usaha dibuat untuk menyingkirkan Hakim, dengan pelbagai permohonan difailkan; fakta di depan mata kita ialah HAKIM MEMBEBASKAN ANWAR!
Bukankah penghakiman itu bukti jelas apa yang ditemberangkan Anwar sejak Saiful membuat laporan polis ini sebagai satu konspirasi adalah satu pembohongan dan putarbelit semata-mata?
Dan mike dah lupakah pembohongan Anwar mengenai 16 Sept? Mike dah lupa pembohongan Anwar dia nak kena tembak mati selepas Saiful buat laporan polis? Mike dah lupe pembohongan Anwar konon tidak mengenali rakan baiknya Datuk Eskay? Mike dah lupe pembohongan Anwar pasal jam Omega? Mike dah lupa pembohongan Anwar mengenai twit semasa dengan ChinaDOLL? Berapa punya banyak lagi pembohongan Anwar yang telah dilakukan?
APA MIKE LUPA SEMUA TU YOP?
Pokok pangkalnya, keputusan Mahkamah hanya memperkuatkan lagi jaringan bukti yang kita semua sudah tahu: iaitu Anwar ini adalah ABU KAZIB! BAPAK PEMBOHONG!
SUCI & BERSIH
Adakah Anwar terbukti “suci & bersih” dengan pembebasan tersebut?
Mahkamah tidak menyatakan Anwar tidak bersalah! Mahkamah tidak menyatakan aduan Saiful tidak betul! Mahkamah tidak memutuskan pertuduhan itu satu rekaan!
Mahkamah cuma menyatakan bukti DNA yang ada tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful! Mahkamah cuma menyatakan bahawa “Mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan Saiful tanpa bukti sokongan (iaitu DNA yang jelas)”, walaupun semasa memutuskan ada kes prima facie, Mahkamah menyatakan Saiful adalah saksi yang berwibawa & ada integriti!
Ini sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan pada tahun 2004, bila Mahkamah menegaskan “walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar & adik angkatnya Sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar & Sukma jika Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan”.
Jadi persoalannya ialah, adakah Anwar “bersih & suci” daripada perbuatan terkutuk amalan kaum Lut ini? Jelas jawapannya tidak! Cuma dia bernasib baik kerana kita mengamalkan prinsip beban pembuktian yang terlalu tinggi dalam membuktikan pendakwaan kes-kes seksual.
Perlu diingatkan, jika Anwar berasa diri dia benar-benar “suci & bersih”, sudah tentu dia akan berikan sample darah untuk ujian DNA tanpa sebarang keraguan pun. Tapi tidak, Anwar berdolak-dalik tak mau bagi! Kenapa? Mike pikior sendiri lah yop!
Begitu juga Anwar tidak berani memberi keterangan dengan cara bersumpah? Sebaliknya dia hanya membaca kenyataan yang sudah ditaip oleh peguamnya dari kandang orang salah. Macam pasang kaset aje. Hakim tak boleh tanya soalan, dan Pendakwaraya tidak boleh soal-balas!
Dan mengapa tidak ada seorang pun saksi alibi dia hadir memberi keterangan di Mahkamah? Mana dia Wan Azizah isteri dia sendiri! Mana dia Hasanudin tuan punya kondo yang juga kawan baik Anwar? Mana dia Mohd. Sani pemandu setia Anwar berbelas tahun? Mana dia Mokhtar pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia! Mereka ini semua disenaraikan oleh Anwar sebagai saksi alibi dia, untuk beri keterangan bersumpah konon Anwar tidak ada di tempat kejadian! Tapi seorang pun tak datang Mahkamah! Mike pikior sendirilah yop!
Jadi untuk menyatakan Anwar sekarang “suci & bersih” daripada perbuatan meliwat Saiful itu, ataupun daripada aktiviti homoseksual & liwat hanya kerana Mahkamah membebaskan dia adalah tidak tepat sama sekali!
ADAKAH INI KONSPIRASI KERAJAAN
Keputusan Mahkamah membebaskan Anwar (walaupun dengan bukti dan keterangan yang begitu kuat) jelas membuktikan bahawa kes liwat Saiful ini bukan satu konspirasi Kerajaan, apatah lagi YAB Perdana Menteri.
Anwar cukup bijak memutar belit! Cukup mudah beliau putarbelitkan cerita mengaitkan konon YAB PM terlibat hanya kerana Saiful pernah bergambar dengan seorang kakitangan pejabat PM, dan konon ceritanya Saiful pernah berjumpa dengan PM!
Sama macam cubaan mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan PM. Hanya kerana yang terlibat ialah Razak Baginda, penulis ucapan PM (yang mengaku ada hubungan sulit dengan Altantuya), dan pegawai UTK yang pernah menjadi bodyguard dan pengiring Tun Abdullah Badawi & Dato’ Sri Najib (semasa dia TPM). Maka habis diputarbelit cerita konon PM pun terlibat! Alhamdulillah nasib baik teman sendiri adalah peguam yang terlibat dengan kes Altantuya ini, dan teman menegaskan dengan jelas bahawa PM tidak terlibat sama sekali (walaupun masa itu teman adalah juga peguam Anwar Ibrahim).
Dan yang peliknya, Anwar langsung tidak mengaitkan kes Saiful dengan YB Senator Ezam, sedangkan Saiful ada juga berjumpa Ezam. Begitu juga dengan Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri langsung tidak dikaitkan, sedangkan Rahimi yang membawa Saiful masuk bekerja dengan Anwar, dan Rahimi membuat laporan polis dia diarah membuat Akuan Bersumpah palsu untuk mengaitkan PM dengan kes Saiful!
Apa pun, jelas daripada keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu bahawa fitnah kononnya ini semua satu konspirasi Kerajaan & PM adalah satu pembohongan dan putar-belit semata-mata.
Dan setelah fitnah konon tuduhan liwat itu satu konspirasi hancur terhempas, kini mereka bawa pula satu fitnah terbaru; pembebasan Anwar itu satu konspirasi Kerajaan kerana takutkan tekanan asing, dan kerana takutkan kemarahan rakyat!
Hanya mereka yang biol dan otak kurang sifat sahaja yang akan membuat tuduhan jahat saperti ini. Kerana kalau benar, maknanya mereka menyatakan Dato’ Sri Najib yang bebaskan Anwar. Kalau itu betul, Anwar dan para penjilat dan pencacai dia sepatutnya beratur di luar pagar Sri Perdana dan mencium tangan dan kaki Dato’ Sri Najib sambil tunduk syukur dan berterima kasih kerana Dato’ Sri Najib telah membebaskan Anwar.
RUMUSAN – MAHKAMAH RAKYAT
Apa yang perlu kita faham ialah soal sama ada Anwar bersalah atau tidak adalah tugas dan bidang kuasa Mahkamah perundangan, itu kerja para Hakim, bukan kerja kita. Selepas ini ada proses rayuan. Pendakwaraya telah pun mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Selepas itu, mana-mana pihak yang terkilan boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Dan Akhirnya nanti, YDP Agong adalah merupakan autoriti terakhir sebagai penentu kepada kes ini. Biarkan proses perundangan berjalan saperti mana biasa di Mahkamah perundangan!
Jadi sebagai rakyat, bukan menjadi kerja kita untuk pening kepala sama ada Anwar kena sabit atau tidak, sama ada Anwar wajib dipenjarakan atau tidak. Itu tugas dan bidang kuasa Mahkamah perundangan dan para Hakim!
Tetapi itu tidak bermakna kita rakyat marhaen, kita rakyat biasa, kena pejam mata buat tak tahu. Di luar sana ada satu lagi Mahkamah: iaitu Mahkamah Rakyat. Mahkamah di mana Rakyat Hakim Negara! Dan perbicaraannya ialah pada masa PRU 13.
Sebab itu walaupun soal sama ada Anwar bersalah dan patut dihukum adalah tugas Hakim dan Mahkamah Perundangan, tetapi soal sama ada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri adalah hak dan bidang kuasa Mahkamah Rakyat dan Rakyat Adalah Hakim Negara!
Dan dalam menjawab soalan sama ada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri mewakili pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS, Rakyat sebagai Hakim Negara di Mahkamah Rakyat perlu menilai watak dan akhlak Anwar!
Di sinilah pentingnya kes liwat Saiful Bukhori dan keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu! Iaitu jelas Anwar ini adalah manusia yang sangat buruk akhlak dan perangainya.
Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, politik Anwar ini sangat kotor dan jijik!
Apa yang jelas, Anwar ini adalah pembohong, penipu dan kaki putar alam! Bukan sahaja rakyat Malaysia, habis satu dunia dibohongi, ditipu dan diputarbelitkan. Konon ini satu konspirasi, konon perbicaraan itu hanya satu sandiwara, konon skrip perbicaraan sudah disediakan, konon hukuman sudah ditetapkan. Malah Anwar boleh kelentong satu dunia, konon sebagai persediaan untuk dia ke penjara, pengganti sementara beliau sebagai bakal PM sudah ditetapkan, sampai Anwar meninggalkan wasiat supaya tolong tengok-tengokkan anak isteri dia bila dia ke penjara nanti! Begitu hebat pembohongan, penipuan dan putar belit yang dikompangkan Anwar Ibrahim.
Malah di hadapan Hakim, semasa dipanggil membela diri, Anwar enggan mengangkat sumpah memberi keterangan. Sebaliknya dia membaca satu kenyataan yang antara petikannya saperti berikut:
“Saya menyatakan sedemikian (iaitu perbicaraan ini adalah satu konspirasi & sandiwara) kerana keluhuran Mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan segala unsur-unsur perbicaraan sandiwara, di mana skripnya telahpun dirangka, dan HUKUMANNYA telah ditetapkan! Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang Hakim yang mengadili perbicaraan ini, kamu telah tanpa ragu lagi menunjukkan sikap berat sebelah!”.
Cuba bayang yop, daripada awal sehinggalah dipanggil membela diri, Anwar jelas membawa fitnah dan tohmahan kononnya perbicaraan dia adalah satu konspirasi, dan hukuman sudah ditetapkan! Siap dengan amanat dan wasiat lagi! Begitu bijak lakonan Anwar. Dan jika Mahkamah sabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara, sudah pasti Anwar dan para pencacai dia akan mengamuk dengan segala demonstrasi dan himpunan haram!
Tau-tau Mahkamah membebaskan Anwar! Walaupun Hakim kata keterangan Saiful ada kewibawaan dan integriti, walaupun sudah ada bukti video dan CCTV, walaupun beberapa pakar forensik, perubatan dan kimia mengesahkan kejadian, walaupun Anwar enggan berikan sampel darah untuk ujian DNA, walaupun Anwar enggan berikan keterangan bersumpah, walaupun tidak ada seorang pun saksi alibi dia datang termasuk bini Anwar, walaupun Thomas Hoogland terkejut teori dia “anu” Anwar tidak boleh berfungsi diperlekeh dengan video yang ditunjuk oleh Pendakwaraya; walaupun Anwar tuduh Hakim berat sebelah, walaupun Anwar fitnah kata hukuman telah diskripkan; dengan semua itu HAKIM TETAP BEBASKAN ANWAR!
Itupun nak kata konspirasi lagi? Bukan sahaja ianya menafikan konspirasi tidak ujud, malah pembebasan Anwar membuktikan Anwar pembohong, penipu dan kaki putar-belit!
Atas alasan itu sahaja sudah cukup untuk Rakyat Hakim Negara menghukum Anwar di Mahkamah Rakyat di dalam perbicaraan PRU 13 dengan satu sahaja hukuman: nyahkan Anwar dan Pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS daripada politik negara dengan memberi undi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk terus memimpin rakyat dan negara ini ke arah transformasi politik, ekonomi dan sosial.
Berikan 222 kerusi Parlimen kepada Dato’ Sri Najib, berikan 0 kepada Anwar!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua’lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Filed in: AIDCNews
About AIDC
View all posts by AIDC →
You might like:
Media Barat Mula Hentam Anwar
Peguam Anwar Kecewa Jabatan Peguam Negara Buat Rayuan..
Mufti : Anwar Boleh Tergelincir Akidah
Zulkifli Noordin : Anwar ‘Suci & Bersih’ ?
8 Responses to "Zulkifli Noordin : Anwar ‘Suci & Bersih’ ?"
kakak
January 20, 2012 at 11:37 pm
Elok disegerakanlah mencari kenalan-kenalan yang tahu dan fahami selok belok lenggang liuk sifat Anwar ini. Kita bongkar habis-habis. Saya pun hairan bagaimana pelajar mentahan ini boleh terlentuk dengan pidato-pidato murahan Anwar. Di mana letaknya kematangan mereka yang sepatutnya mereka miliki di takat kedudukan sebagai mahasiswa menara gading?
Tak salah saya katakan tahap kematangan mereka hanya setakat sekolah menengah yang mudah dipengaruhi dan mudah mempercayai sesuatu apabila rakan terdekat mempercayai tanpa membuat penilaian dan mencari bukti empirik. Sepatutnya, tanya, siasat dan bacalah tentang seseorang sebelum menaruh kepercayaan meninggi terhadapnya karektornya.
Sesungguhnya, percayalah dari orang lebih berpengalaman: kalau seserorang itu pandai menipu, dia akan sentiasa menipu dan menganggap orang lain pun menipu sepertinya. Itulah sebenarnya Anwar.
naw
January 20, 2012 at 10:37 pm
YB Zul, ada dua lagi mahkamah yang akan membicarakan Anwar…mahkamah rakyat dipeti2 undi pada PRU13 dan mahkamah Allah di Padang Mahsyar nanti. Kalaulah 40% pengundi diatas pagar yang tidak berpihak kepada mana2 parti politik memilih untuk tolak Anwar, maka BN akan mendapat kemenangan besar 2/3 majoriti. Pengundi2 atas pagar ini kebanyakannya terdiri daripada cerdik pandai, celek IT dan professional yang mempunyai akses kepada dataran maklumat, sekali gus dapat menilai pekerti, moral, intergriti dan caturan politik Anwar…sudah tentu Anwar akan kecundang!
Wak Kang
January 20, 2012 at 8:34 pm
Wak sokong sangat tu ………. 110%.
PRU13 nanti rakyat kena hukum PR cukup-cukup ………. dah terlalu banyak kerosakan dan kecelaruan yg dia orang timbulkan selama Anwar jadi orang kuat dia orang.
CT. Kudin
January 20, 2012 at 8:00 pm
Orang bukan Islam mungkin memandangkan sinis dan mungkin juga hairan mengapa orang Islam Malaysia saling tuduh menuduh dan bertegang leher atas isu tuduhan liwat terhadap Anwar. Bagi sesetengah mereka, apa seseorang buat dengan alat kemaluan dan nafsu seksnya di dalam bilik adalah urusan dia sendiri, apa pulak orang lain sibuk. Sementara itu ada juga orang bukan Melayu yg turut sibuk sama macam orang Melayu di Malaysia.
Bagi yg sinikal dan kehairanan dan bagi yg emosional menuduh Saiful memfitnah Anwar mereka perlu faham ada ada dua sisi isu yg perlu diselesaikan di sini.
Pertama-tamanya, Isu keadilan atau hak asasi manusia untuk Saiful Bukhari. Dalam isu ini, dia mendakwa diliwat tanpa kerelaan oleh Anwar. Jadinya dari sudut perundangan, dia adalah mangsa. Dia amat sangat berhak di bawah undang-undang negara, untuk menuntut keadilan bagi atas dirinya sampai ke mahkamah yg paling tinggi. Orang lain yg tidak tahu apa-apa dan tiada kena mengena dalam isu ini tiada hak untuk sewenang-wenang menuduh dia macam-macam apa lagi dia memfitnah Anwar.
Saiful juga menggunakan saluran spiritual untuk membuktikan bahawa dia bukan seorang pendusta dan membuat tuduhan sekadar hanya untuk memfitnah seorang pemimpin politik bagi menjahanamkan masa depannya. Dari segi kepercayaan agamanya, dia menanggung beban amat berat kerana sumpahnya bukan sembarangan tetapi sumpah laknat Sekiranya dia berdusta dia yakin Allah akan menghukumnya dengan hukuman yang amat berat dan pedih di dunia dan akhirat.
Keduanya, adalah isu kepimpinan. Bagi orang Melayu dan Islam, seseorang yg mahu atau menawar dirinya jadi pemimpin masyarakat apa lagi pemimpin negara. Seorang pemimpin bukan sahaja harus pandai dan bijaksana, tetapi orang yg sama itu harus juga berakhlak dan citra atau imej peribadi yang tinggi.
Oleh demikian, sekalipun seorang pemimpin yg sudah dipertikaikan tahap akhlaknya sekalipun lepas dan bebas darti tuduhan jenayah seksual, dianjurkan masyrakatnya supaya dia mengangkat sumpah juga untuk membersihkan namanya. Rata-rata orang Melayu mahu seorang pemimpin bersumpah secara agama sebelum mereka dapat menerimanya kembali sebagai pemimpin yang berakhlak.
Malahan, sekiranya Anwar memilih untuk mengangkat sumpah di peringkat awal tuduhan dibuat terhadapnya, kebanyakan orang Melayu akan mempercayai bahawa dia benar-benar suci dan bersih sebagai didakwa oleh dia dan penyokong taksubnya. Maka tiadalah di peringkat masyarakat saling tuduh menuduh dan bertegang leher secara terbuka. Lebih aman dan tenteramlah masyarakat Islam di Malaysia. Dengan demikian juga, jadilah kes ini antara pihak mangsa, Saiful, dan yg tertuduh Anwar. Tidaklah perlu ia menjadi isu yg dipolitikkan dan menimbulkan seribu satu persoalan, malahan fitnah-fitnah besar terhadap pihak-hak lain yang tiada pun kena mengena atau tahu apa-apa dengan kes ini.
warisatuliman2011
January 20, 2012 at 7:33 pm
A.w.w. handai taulan. Setuju sangat pandangan Sdr Ex-PKR Taman Ehsan. Memang, kalau kita tinjau bilangan pelajar IPTA/IPTS kaum Bumi kita yg lelaki hanya segelintir bilangannya yg khusus dlm pengajian2 berdaya intelek tinggi dan fokus pada usaha menimba ilmu. Bukan menghina, tetapi hakikat. Kalau kaum wanitanya, agak boleh tahan jugalah bilangannya. Yg jelas ialah banyak cara dan taktik Anwar menggerakkan kaum pelajar agar menjadi pendemo jalanan sptnya utk memporak-perandakan keharmonian dan kemantapan negara, dia tiru dr mentor2nya, terutama di Indon.
Saya sendiri saksikan semasa pertemuan dgn pak2 menteri di sana bagaimana golongan siswa gelandangan ini (sebenarnya termasuk org luar yg ambil kesempatan), berdemo hanya kerana diberi sedikit upah, baju-T dan minuman/makanan berbungkus. Ada juga penaja yg siapkan bas, lori atau pengangkutan2 lain. Jadi, kerana syiok dan terpedaya dengar ucapan2 berapi tokoh2 idola mereka (sangkaan mereka pemimpin unggul) anak2 muda yg sebenarnya daya intelek mereka juga cukup2 makan saja, sanggup menjadi samseng jalanan.
Inilah sebenarnya satu2nya kelebihan Anwar, yg cukup disenangi oleh kelompok pembangkang dan penaja2 luarnya. Yg lain2nya spt prinsip takhta-harta-wanita Anwar cukup lemah. Tugas kerajaan dan pemimpin sekarang ialah ramaikan lagi anak2 bangsa yg benar2 cintakan ilmu dan kepakaran utk majukan lagi agama, negara dan bangsa dan sisihkan golongan perosak yg suka ambil kesempatan. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan dlm mengejar kemajuan amal, iman dan kepakaran. Salam.
CT. Kudin
January 20, 2012 at 6:55 pm
Sesiapa yg sudah membaca hujjah YB Zul dan masih sokong Anwar dan anggap dia suci bersih adalah manusia paling rugi dan buta perut.
Ex-PKR Tmn Ehsan
January 20, 2012 at 6:50 pm
Pak zul nordin kena mengasihani Abu Kazib ini, kerna kita semua tau, pakcik pun dah berckp berjela- jela mengenai hal si Abu Kazib ni. Dia hanya sekedar lulusan am pengajian Melayu. Pakcik tak hina pengajian melayu. Tapi hakikatnya kami dolu di UM yg sibuk berdemonstrasi, berseminar dan sebagainya adalah budak budak Melayu yg ambil pengajian sastera dan seumpama Abu Kazib ni. Makanya mereka tak de tekanan sgt bab bab nak menghapal mcm subjek perobatan, undang undang dan subjek sains matematik.
Sebab itu kita nengok budak mcm adam adli oleh sibok berdemonstrasi kononnya memperjuangkan kebebasan akademik. Padahal, kebebasan mahasiswa tersebut untuk tidak belajar perkara atau subjekyg susah susah. Jadi chegu la katakan.
Sama la makanya dgn Abu Kazib ini. Beliau mengambil jurusan pengajian Melayu krn kelayakan akal beliau. Salah kami generasi terdahulu mengangkat beliau hingga kononnya jadi Menteri Kewangan terbaik Asia. Padhal para menteri kanan lain ataupun pegawai kementerian kewangan yg menjadi hero tak berdendang. Ucapan ucapan Abu Kazib ni pun kekawan beliau yg buat.tak percaya tanya si Munawar Anees.
Oleh yg demikian Pak Zul Nordin jgnlah keras sangat dgn Abu Kazib ini. IQ dan pencapaian akademik beliau rendah mutunya. Kesian. MCKK pun sebuk berdebat nak tunjuk takabbur. Di UM takde kerja lain, tak ambik subjek susah kerna tak oleh sampai akalnya.
Eluk AIDC interbiu kekawan lama Abu Kazib ni, tanya aspek akademiknya. Bercakap kawan saya Subramaniam pun pandai,tapi bila tiba waktu akademik tulen, habis Subra ni. Begitu jualah Abu Kazib ni. Kesian beliau.
Dlm kalangan kekawan, semua tau. Coma kesian kerna Abu Kazib ni mcm kta ga semua akan kembali ke rahmatullah.
AIDC – Tuan haji..cadangkan pada saya selain ismail mina n ibrahim ali..siapakah kawan lama yang boleh bercakap tentang akademik anwar semasa di um
Sama la makanya dgn Abu Kazib ini. Beliau mengambil jurusan pengajian Melayu krn kelayakan akal beliau. Salah kami generasi terdahulu mengangkat beliau hingga kononnya jadi Menteri Kewangan terbaik Asia. Padhal para menteri kanan lain ataupun pegawai kementerian kewangan yg menjadi hero tak berdendang. Ucapan ucapan Abu Kazib ni pun kekawan beliau yg buat.tak percaya tanya si Munawar Anees.
Oleh yg demikian Pak Zul Nordin jgnlah keras sangat dgn Abu Kazib ini. IQ dan pencapaian akademik beliau rendah mutunya. Kesian. MCKK pun sebuk berdebat nak tunjuk takabbur. Di UM takde kerja lain, tak ambik subjek susah kerna tak oleh sampai akalnya.
Eluk AIDC interbiu kekawan lama Abu Kazib ni, tanya aspek akademiknya. Bercakap kawan saya Subramaniam pun pandai,tapi bila tiba waktu akademik tulen, habis Subra ni. Begitu jualah Abu Kazib ni. Kesian beliau.
Dlm kalangan kekawan, semua tau. Coma kesian kerna Abu Kazib ni mcm kta ga semua akan kembali ke rahmatullah.
AIDC – Tuan haji..cadangkan pada saya selain ismail mina n ibrahim ali..siapakah kawan lama yang boleh bercakap tentang akademik anwar semasa di um