Halaman

Isnin, 23 Januari 2012

10 sebab Dr Hasan wajib disokong



1. Bertindak tegas terhadap penjualan arak di Selangor, walaupun terpaksa menyinggung hati DAP. Tindakan Hassan Ali ditentang keras oleh DAP Selangor.

2. Mengkritik secara jujur bahawa PAS perlu kembali kepada penjuangan asal untuk menegakkan negara Islam dan bukan negara Berkebajikan.

3. Mengkritikan dan tidak menyokong terhadap tindakan berhimpun untuk "selamatkan Anwar Ibrahim" Menurut Hassan itu merupakan agenda peribadi dan bukan agenda nasional atau kepentingan rakyat.

4. Sangat tegas dalam soal akidah. Sehingga tindakannya berjaya membongkar agenda jahat pihak Kristian untuk memurtadkan umat Islam di Selangor. Hal ini tidak disenangi ramai pihak, terutamanya DAP.

5. Menggerakkan projek HIMPUN yang cuba menyedarkan rakyat akan agenda jahat pihak tertentu dalam memurtadkan umat Islam di negara ini. HIMPUN tidak mendapat restu DAP dan kepimpinan PAS tidak menyokong program tersebut. Hassan Ali menongkah arus.

6. Hassan Ali menyokong rancangan Kerajaan Perpaduan dan cuba merapatkan ukhwah sesama kaum muslimin antara PAS dengan UMNO - tetapi PKR tidak bersetuju.

7. Hassan Ali mahu PAS diterajui oleh golongan ulama dan bukan golongan sekular yang nampaknya semakin mendominasi kepimpinan parti dan cuba mengubah legasi asal perjuangan PAS demi secebis kuasa. Namun, hal ini tidak disenangi oleh golongan sekular di dalam PAS.

8. Secara amanah, Hassan Ali sudah menjelaskan bahawa prinsip perjuangan beliau adalah berteraskan kepada Islam, orang Melayu dan warisan kesultanan - nampaknya kejujuran Hassan Ali ini tidak menggembirakan sesetengah pemimpin utama PAS. Mereka merasakan, prinsip perjuangan beliau itu lebih mirip kepada perjuangan UMNO.

9. Hassan Ali dituduh dan difitnah secara jijik lagi kotor oleh musuh-musuhnya, kononnya beliau merupakan agen UMNO yang cuba membawa PAS dan UMNO ke meja rundingan demi survival orang Melayu.

10. Hassan Ali pernah berkata, ketaatan beliau hanyalah kepada Allah dan bukan kepada PAS. Justeru itu, jika PAS melakukan kesalahan, beliau berhak bersuara dan menegur. Beliau mahukan pahala daripada Allah dan bukan kuasa politik semata-mata. Kenyataan ini kurang diminati oleh para pemimpin PAS dan seolah-olah mahu menyatakan bahawa PAS ada melakukan kesilapan.

dipetik dari sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan