Halaman

Khamis, 14 Julai 2011

Rancangan AS pecahkan Arab Saudi kepada tiga negara baru





NEW YORK (Arrahmah.com) – Sumber-sumber dari Amerika Syarikat mengungkapkan sedang berlaku konspirasi Washington yang bernama “Pemecahan, menuju Timur Tengah Baru”. Dalam rencana yang sedang disusun itu, Arab Saudi akan dipecah menjadi tiga negara baru.

Pejabat berita Fars (14/5/2011) melaporkan bahwa dunia Arab dan kawasan Timur Tengah selama berbulan-bulan menyaksikan berbagai peristiwa dan transformasi yang akan mengubah perimbangan politik kawasan. Amerika Syarikat menggunakan kesempatan tersebut untuk melancarkan gelombang transformasi di kawasan demi merealisasikan tujuan-tujuannya.

Memetik sumber-sumber Amerika, majalah mingguan Al-Manarterbitan Lebanon menyebutkan Amerika Syarikat beberapa hari terakhir ini sibuk mengimplementasikan program Timur Tengah baru yang indikasinya akan segera muncul. Langkah berikutnya adalah pemecahan dan pembagian Arab Saudi menjadi tiga negara baru. Negara-negara tersebut akan dikuasai oleh anggota keluarga kerajaan Al-Saud.

Sumber-sumber itu kepada Al-Manar menegaskan bahwa negara-negara Arab di Teluk Parsi termasuk Arab Saudi, sangat khawatir munculnya revolusi rakyat yang buktinya dapat disaksikan dalam tindakan Riyadh menghadapi protres rakyat di Bahrain, demikian berita yang disiarkan Antara.

Pada masa mendatang, rejim-rejim Arab di Teluk Parsi akan mengambil berbagai langkah dalam mempertahankankan kekuasaan mereka dari ancaman revolusi rakyat. Namun, keadaan tersebut tetap tidak akan mencegah Amerika Syarikat mengimplementasikan programnya dalam memecah kecilkan Arab Saudi menjadi tiga negara baru. (rasularasy/arrahmah.com)



Menteri Dalam Negeri Prince Nayef

Putra Mahkota Prince Sultan

 Riyadh Governor Prince Salman


Bilangan anak yang ramai dan ahli keluarga besar Dinasti Saud menjadikan penantian giliran untuk menjadi pengganti raja menjadi semakin meruncing. Beberapa orang anak King Saud masih lagi mengharapkan peluang menggantikan King Abdullah yang memerintah Saudi sekarang.

USA dengan diam-diam mengaturkan agar wujudnya perpecahan dalam pemerintahan bagi memberikan peluang mereka terus menerus menguasai negara kaya minyak tersebut.


Freemason di Arab saudi

Menurut suatu artikel yang ditulis oleh Peter Goodgame iaitu The Globalist and the Islamist, pihak Freemason mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk dan menaja semua organisasi-organisasi pengganas pada era abad ke-20. Tetapi sejarah sebenarnya bermula pada abad ke-18 dimana British Freemasonmencipta ideologi Wahabi yang menjadi pegangan Arab Saudi sebagai satu cara merealisasikan objektif mereka.

Seorang perisik British, bernama Hempher, yang juga ahli Freemason bertanggungjawab ke atas pembentukan fahaman Wahabi. Maklumat ini didedahkan oleh seorang penyelidik dari Turki iaitu Ayyub Sabri Pasha pada 1933 dalam laporannya yang bertajuk Mir’at al-Haramain. Menurutnya lagi, polisi British Freemason dalam menyerang sesebuah negara ialah dengan cara Pecah dan Perintah (Divide and Conquer). Ini termasuklah seperti kes fahaman Ahmadiyya di India pada abad ke-18.

Buku The Memoirs of Mr. Hempher (edisi Arab)

Maklumat terperinci konspirasi ini boleh didapati pada sebuah dokumen yang bernama“The Memoirs of Mr. Hempher”, yang diterbitkan dalam beberapa siri dalam akhbar Jerman yang berjudul Spiegel. Akhbar ini kemudiannya berpindah ke Perancis. Seorang doktor berketurunan Lubnan telah menterjemah dokumen tersebut ke dalam bahasa Arab dari bahasa Jerman, yang kemudiannya barulah diterjemah ke bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

Dokumen tersebut adalah tulisan tangan pertama Hempher (perisik British) dalam melaksanakan misi untuk kerajaannya. Dokumen itu jugalah yang menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke Timur Tengah untuk ‘mencari jalan’ menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah. Dengan ‘jalan baru’ yang dibina Hempher itulah kerajan British menggunakannya untuk menyuntik fahaman perkauman, kebangsaan, ketagihan arak, perjudian, perzinaan dan pembukaan aurat wanita Islam.

Tetapi strategi terpenting sekali yang direncanakan ialah menerapkan nilai-nilai bida’ah dalam jiwa setiap muslim. Selepas penerapan ini berjaya, maka mata masyarakat dunia akan cuba dialihkan kepada Islam dan dalam masa yang sama konsep “Islam adalah agama pengganas” disuntik sedikit demi sedikit.

Untuk menyemai sifat 'fanatik' dan fahaman Wahabi dalam masyarakat Islam, perlu bagi pihak British Freemason memahami dahulu apa yang didakwahkan oleh agama Islam. Hasil daripada kajian mereka tentang Islam, mereka mendapati agama Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, persamaan hak antara semua kaum dan bangsa dan menyeru kepada persaudaraan sesama Islam. Membunuh sesama Muslim juga dilarang sama sekali.

Kerajaan Uthmaniyah: Sultan Abd Hamed II, Sultan Abd Hamed memberitahu pegawai-pegawainya tentang perletakan takhta kerajaan,

Bagaimanapun, sebagai sebahagian dari strategi Pecah dan Perintah mereka, Brish amat berharap masyarakat Arab Islam menentang sendiri saudara-saudara Turki mereka yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Jalan terbaik untuk mencapai matlamat ini, mereka dapati ialah mencari ruang-ruang dalam undang-undang Islam yang membolehkan masyarakat Arab lain mengisytiharkan Kerajaan Turki sebagai MURTAD.



Hasil kajian dan mesyuarat pihak British Freemason, mereka dapati Syeikh Abdul Wahab adalah instrumen yang sesuai yang boleh digunakan mereka untuk membawa ‘idea’ ini ke dalam masyarakat Islam di Semenanjung Arab. Ini kerana, adalah tidak logik pihak British melalui residen-residennya untuk bercakap soal undang-undang Islam di tengah-tengah masyarakat Islam.

Perkuburan Baqi yang dimusnahkan Ibnu Saud pada 1925.


Syeikh Abdul Wahab berjaya dipilih sebagai jurucakap dan juru pelaksana idea British Freemason tanpa beliau sendiri sedari. Kita boleh simpulkan Syeikh Abdul Wahab adalah kambing hitam Arab yang ditangkap British, kemudian ditutup matanya, kemudian diletakkan bom jangka di badannya dan kemudian dilempar di tengah-tengah masyarakat Islam Arab Saudi.

Tetapi pergerakan Wahabi bergerak terlalu cepat seolah-olah diarah oleh sesuatu dari belakang. Syeikh Abd Wahab berjaya menguasai keseluruhan pemikiran masyarakat Arab Saudi tentang bahaya Bidaah. Bagaimana British Freemason membantu fahaman Wahabi ini berkembang amat menghairankan. Namun matlamatnya semakin jelas apabila tiba era keruntuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah.

Khalifah Uthmaniyah sampai ke penghujung apabila tercetusnya pemberontakan pertama golongan Wahabi pada 1818. Penentangan itu didalangi oleh Saudi al-Faisal I. Pergerakan penentangan yang didominasi oleh pengikut Wahabi sekali lagi melakukan pemberontakan pada akhir kurun ke-19.

Selepas Perang Dunia 1, negara-negara kekuasaan Empayar Uthmaniyah telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Manakala setiap bahagian pecahan itu diletakkan regim-regim Arab boneka untuk mentadbir negara baru mereka. Sebagai pengganti kepada kejatuhan kekuasaan Uthmaniyah ke atas Arab Saudi, British Freemason telah menganugerahkan kekuasaan pentadbiran Arab Saudi kepada Ibnu Saud pada 1932. Satu tahun kemudian, dalam 1933, Saudi memberi konsesi minyak kepada California Arabian Standard Oil Company (Casoc) yang bergabung dengan Standard Oil of California (SOCAL) dan kini dikenali sebagai CHEVRON yang diketuai oleh agen-agen Rothschild dan Rockefeller.

Sejak masa itu, Arab Saudi menjadi salah satu rakan dagangan terpenting pihak Barat di kawasan Timur Tengah. Arab Saudi bukan sahaja rakan minyak terpenting tetapi juga dijadikan anjing salakan yang berlakon menentang Israel di pentas antarabangsa. Sedangkan bunyi salakan itu adalah bunyi yang dirakamkan sendiri oleh Israel.

Perancangan berbelas-belas tahun ini semakin berjaya apabila Britsh Freemason berhasil melahirkan pemikir-pemikir Islam boneka yang cuba mempromosikan fahaman Wahabi. Dalam perancangan mewujudkan masyarakat Islam yang tidak mengamalkan sunnah, kini strategi itu sedikit demi sedikit di ubah ke arah mewujudkan masyarakat Islam yang berstatus pengganas. Kekuatan strategi British Freemason amat bergantung kepada kemantapan fahaman Wahabi dikalangan masyarakat Arab Saudi dan ulama-ulama boneka Wahabi.

Kontraktor-kontraktor boneka mula dilahirkan seperti Laden (bapa Osama) yang mendapat kontrak sepenuhnya membina masjidil Haram dan sebarang pengubahsuaian. Kekayaan Laden ini dijadikan modal awal yang akan membiayai suatu projek mempromosi aktiviti “Bunuh Diri Untuk Agama” di tengah-tengah masyarakat Islam. Matlamat utama ialah orang Islam membunuh orang Islam lain tanpa pengaruh dari luar. Orang yang diarahkan dan dijadikan kambing hitam ialah Osama anak kepada Laden.

Osama yang berfahaman Wahabi ini tahu strategi ini dan sudah pun sedia mendapat skrip lakonannya. Maka tidak hairanlah Osama dengan mudah diterima oleh madrasah di Afghanistan tempat ia mula-mula belajar berjihad sebelum tahun 2000. Kenapa pasukan Mujahidin di Afghanistan senang menerimanya? Mudah saja, Osama mempunyai wang yang banyak. Mujahidin pula memerlukan wang untuk melawan Russia. Cuma yang menyedihkan adalah pasukan Mujahidin yang berhati mulia di sana tidak tahu bahawa Osama adalah pelakon terhandal keluaran Freemason iaitu Rothschild.

Kuasa kewangan Rothschild semenjak perlantikan Ibn Saud sebagai pemerintah Arab Saudi berjaya menyelinap masuk ke dalam kantung ekonomi keluarga Saud. Keadaan ini mewujudkan suatu situasi kebergantungan Keluarga Saud terhadap aliran wang masuk dari Rothschild. Dalam erti kata lain, Rothschild berjaya memastikan ekonomi Keluarga Saud bergantung sepenuhnya kepada projek-projek syarikat minyak Rothschild. Matlamat tercapai, untuk menguasai sesebuah negara dari seluruh aspek, adalah penting menjaga poket keluarga pemerintah terlebih dahulu.

Situasi kebergantungan ini membuka ruang penuh untuk British Freemason menguasai pentadbiran dan dasar luar Arab Saudi. Bagi memastikan keluarga Saud tunduk patuh, Rothschild memberi sumbangan beratus-ratus juta tanpa henti untuk semua kos-kos pembinaan masjid seluruh Arab Saudi.

Dalam 1999, King Fahd telah menghadiri mesyuarat Bilderberg, disyaki oleh kebanyakan pemerhati politik berbincang tentang peranan beliau dalam agenda One World Government sama seperti peranan yang dimainkan oleh Arafat dan Pope. Buktinya, keluarga Saud sekarang ini adalah sebahagian daripada boneka-boneka rangkaian Illuminati.

Diterjemah dan diubahsuai dari artikel David Livingstone, penulis buku The Dying God: The Hidden History of Western Civilization - rujuk rencana  macjay

Ahad, 10 Julai 2011

Grand Design - Runtuhkan Islam

Sukar dimengerti di manakah letak duduk punca sengketa yang amat dibenci oleh Rasulullah saw iaitu mengenepikan JEMAAH dan melebarkan perbezaan.


Sangat sukarkah para intelek Muslim Malaysia untuk memahami matlamat sebenar para pelaku "demonstrasi" yang berpesta disekitar negara Islam? Apakah ini yang dikehendaki oleh para ulama (bijak pandai) yang rata-rata menjadi pemimpin kepada golongan rakyat biasa yang kurang ilmunya? Demontrasi ini penghujungnya bukanlah sesuatu yang Allah restui. Huru hara dan kucar kacir bukanlah sesuatu yang Rasulullah SAW harapkan kepada ummah yang disayanginya. Pesanan sudah disampaikan, kita terleka dengan keinginan yang dikuasai oleh unsur "asing", maka kita ketepikan pesanan baginda tersebut. Dewan Ulama PAS mungkin boleh membantu menghuraikan maksud ini.

Politik jalanan menjadi pilihan umat Islam Malaysia menentang pemerintah dan ada pula pemimpinnya mengharapkan adanya "kematian" para pendemo agar kerajaan boleh disalahkan. Mengharapkan pula ia menjadi pencetus gelombang kedua yang lebih hebat. "Pembunuhan" demonstrator ini amatlah didambakan oleh pemimpin demokrasi jalanan ini, sesuai dengan rancangan mereka meruntuhkan kerajaan yang ada.  Ketidak puashati para pengikut demo dicetuskan melalui beberapa siri propaganda yang berniat serong jauh dari ikhlas hati. Patutkah mereka (pemimpin demo) mendoakan berlakunya kematian ahlinya demi mencetus huru hara?

Ia tak ubah seperti taktik golongan sosialis mencari kemenangan, malangnya orang Melayu yang sekian lama menolak wawasan komunis dan sosialis dengan mudah pula mengguna pakai kaedah ini. Hanya atas keinginan memenangi sedikit imbuhan keduniaan, sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan, jauh sekali dari jalan lurus yang dibawa oleh Baginda Rasulullah saw..



Mengapa ia terjadi?

Membuka satu ruang yang ada melalui wakil yang berpotensi mencipta sebuah drama di negara Islam. Segala perancangan disembunyikan di belakang para pelakon handalan. Mengapa kita butakan hati kita hanya kerana benci dan dendam? Kematangan tentu sekali berada amat jauh dari "kebenaran" dalam kehidupan siasah bila hati di tutup dari melihat persekitaran.


Sila teliti artikel yang saya yakin akan membuka rahsia sebenar "punca kepada segala punca" yang saya rasakan paling tepat merungkai kekeliruan Umat Islam Malaysia hari ini.


Wake Up Project

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat untuk menunjukkan niat sebenar BERSIH. Terbaru ialah mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di luar negara menaja kegiatan BERSIH. National Democratic Institute (NDI), yang dinaungi oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline K. Albright, telah terlibat secara langsung dalam menaja aktiviti-aktiviti BERSIH sejak tahun 2005 lagi. Albright adalah sekutu kuat Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.


Satu laporan yang ditulis oleh Cheryl Bernard dan Angel Rabasa pada tahun 2007 bertajuk “Building Moderate Muslim Networks”. Laporan ini diterbitkan oleh RAND Corporation, iaitu sebuah kumpulan pemikir yang terlibat dalam memberi khidmat nasihat ketenteraan kepada kerajaan Amerika Syarikat di zaman Presiden Bush. Laporan ini menyarankan beberapa strategi yang perlu digunakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat ketika itu untuk memerangi pengganas Islam selepas tercetusnya peristiwa 9/11.



Menariknya, Cheryl Bernard mengatakan bahawa perang sebenar yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini bukanlah perang senjata tetapi perang idea. Justeru, pentadbiran Amerika Syarikat disarankan supaya membentuk jaringan dengan golongan Muslim liberal dan moderat untuk mempengaruhi umat Islam supaya menyokong agenda Barat dan mengekang 'keganasan Islam'. Menurut Bernard:

“The struggle underway throughout much of the Muslim world is essentially a war of ideas. Its outcome will determine the future direction of the Muslim world and whether the threat of jihadist terrorism continues, with some Muslim societies falling back even further into patterns of intolerance and violence. It profoundly affects the security of the West … Moderate Muslim networks and institutions would provide a platform to amplify the message of moderate as well as some measure of protection from violence and intimidation … What is needed at this stage is to derive lessons from the experience of the Cold War, determine their applicability to the conditions of the Muslim world today, and develop a “road map” for the construction of moderate and liberal Muslim networks ”.

Siapakah golongan Muslim liberal dan moderat menurut takrifan Bernard? Apakah ia bermaksud orang-orang Islam yang berpegang dengan konsep wasatiyyah, iaitu umat pertengahan yang bersikap sederhana sepertimana yang disebut dalam al-Qur’an?

Jawapannya TIDAK. Bagi Bernard, golongan Muslim moderat ialah mereka yang mendokong konsep hak-hak asasi manusia Barat secara total, menolak pelaksanaan sebarang bentuk undang-undang syariah, menolak pembentukan Negara Islam dan mesra golongan feminis. Hak asasi manusia yang dimaksudkan adalah berlandaskan fahaman liberal Barat, termasuk hak kebebasan beragama yang membenarkan seorang Islam murtad. Ternayata, golongan moderat yang dimaksudkan oleh Bernard bukanlah umat pertengahan (ummatan wasata) yang disebut di dalam al-Qur’an, tetapi manusia sekular yang hilang pedoman rohaninya.

Namun, bagi Bernard, jaringan golongan sekular ini tidak akan wujud dengan sendirinya. Mereka perlu dibantu dan diperkasa. Justeru, beliau menyarankan supaya organisasi-organisasi tertentu membantu golongan sekular di negara-negara Islam. Antara nama organisasi yang dicadangkan ialah NDI.

NDI diketahui terlibat secara aktif membantu BERSIH melaksanakan aktiviti-aktivitinya dari peringkat awal lagi. Berikut adalah kenyataan di laman web NDI:

In July 2005, NDI organized a national-level workshop for party leaders on election reform. NDI has since conducted workshops across Malaysia to promote electoral reform in collaboration with Research for Social Advancement (REFSA), the secretariat for BERSIH. In 2006, NDI conducted a workshop for BERSIH that focused on improving the action plans of each participating organization or political party. In 2007, NDI and BERSIH conducted a series of workshops in the politically neglected provinces of Sabah and Sarawak to educate previously disenfranchised political aspirants.

REFSA adalah sebuah NGO yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP.

Mengapa BERSIH?


Sebenarnya, BERSIH hanyalah alat yang digunakan oleh NDI untuk mendekati kumpulan intelektual Muslim, parti politik dan NGO Islam di Malaysia. Ini termasuklah ahli-ahli akademik Muslim, PAS dan beberapa NGO Islam yang menyokong BERSIH. Mereka ini perlu dipengaruhi supaya menyokong agenda pemikiran sekular-liberal Barat dan dengan itu mengunci rapat sebarang usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Ketika di zaman perang dingin, organisasi-organisasi seperti NDI inilah yang berusaha dengan gigih untuk memastikan ejen-ejen Barat yang berfikiran sekular diangkat sebagai pemimpin di negara-negara Islam. Strategi inilah yang dilakukan di Iraq, Libya dan di negara-negara Timur Tengah yang lain. Akhirnya, umat Islam berpecah-belah dan negara Islam porak peranda.


Tidak hairanlah, mutakhir ini kita dapati umat Islam semakin berpecah termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan syariat dan akidah. Sudah ada pemimpin Islam yang mengatakan murtad itu dibenarkan dalam Islam. Pemikiran pluralisme diangkat sebagai garis besar baru haluan perjuangan. Sudah hilang gema dakwah, tarbiyyah dan khilafah. Dalam soal penggunaan Kalimah Allah pun umat Islam berbalah. Malah, PAS sebagai parti Islam yang suatu ketika dahulu begitu taksub dengan penubuhan Negara Islam, sudah menggugurkan agenda yang selama ini menjadi akidah politik parti itu. Semua ini dihalalkan atas nama perjuangan demokrasi dan kebebasan.

Modus operandi inilah yang menyebabkan umat Islam, khususnya di negara-negara Arab, tidak pernah berupaya untuk bangkit bersatu mempertahankan Palestin. Bibit-bibit penyakit hati dan minda umat Islam ini nampaknya sudah mula menular ke Malaysia, satu-satunya negara Islam yang masih lagi terselamat daripada perangkap Zionis.

Cheryl Bernard mengatakan bahawa “Freedom Agenda” adalah“grand strategy” dalam memenangi perang global menentang keganasan. Kita tidak ada masalah untuk menentang keganasan. Selama inipun umat Islam di Malaysia tidak pernah menyebelahi pengganas, apatah lagi menjadi pengganas. Kita tidak perlu tunduk kepada agenda Barat semata-mata untuk membolehkan kita menentang keganasan. Kita telah menentang keganasan dan kita akan terus berbuat demikian.

Tetapi kita tahu, perhimpunan BERSIH adalah sebahagian daripada “grand strategy” Zionis untuk mencetuskan huru-hara di negara Islam. Dengan adanya segolongan umat Islam yang sanggup tunduk kepada agenda Barat demi memenuhi nafsu kuasa masing-masing dan tercetusnya demonstrasi besar-besaran yang menyaksikan pertembungan antara dua kelompok umat Islam, maka lengkaplah perencanaan Zionis untuk melemah dan mengancurkan umat Islam, atas nama demokrasi dan kebebasan.

Saya percaya, yang bercadang untuk menyertai perhimpunan BERSIH nanti majoritinya adalah orang Islam. Wahai sauadaraku, berfikirlah. Kita tidak sepatutnya terjerumus dalam perangkap Zionis yang kotor ini.


Credit: Marzuki Mohamad 
Wake Up Project




Jumaat, 8 Julai 2011

PEGUAM ISLAM pun ikut BODOH

Matsabu berjaya mempromosikan dirinya sebagai jaguh sekaligus menjadi pekerja Ambiga untuk menjahanamkan Islam khasnya dan Melayui amnya dari bumi Melayu ini. Inilah dia musuh yang wajar diperangi bukannya Yahudi dan Nasrani. PAS mengerahkan penyokong fanatiknya yang buta politik menjadi pejuang haram di bawah bimbingan Ambiga yang terkenal dengan peguam anti Islam dan membela golongan murtad.

Bodoh dan dungu orang PAS yang tak pernah pandai menilai siapakah sebenarnya mereka yang membawa idea bersih ini. Kami yang tidak memihak, akan terus mempertikai PAS yang dibawa Matsabu yang semakin manja di riba DAP, musuh Melayu no 1 itu. Ambiga juga adalah manusia yang membawa wajah yang sama mengharapkan Melayu runtuh bersama Islam di negara ini.

Tengok kebodohan manusia yang mengaku "Ahli Syurga" berkhidmat untuk musuh Islam......

Peguam PAS kini siap sedia bersama BERSIH 2 esok

6 Syaaban 1432H. [MOD] - Inilah pakaian lengkap ratusan peguam pas yang akan membantu peserta himpunan aman bersih esok jika mereka menghadapi masalah dengan pihak keselamatan. Selain itu lajnah undang-undang dan hak asasi manusia pas pusat (LUHAM) juga telah menyediakan hotline khusus bagi memudah semua peserta himpunan berhubung dengan peguam pas tersebut. Mereka boleh dihubungi melalui nombor khas dibawah :



016-3126463
014-6451753
016-3126473
012-3928379


Pihak LUHAM berharap semua perserta himpunan aman bersih memanfaatkan pihaknya dan berhubung dengan segera sekiranya menghadapi masalah yang berkaitan dengan pihak keselamatan.

Khamis, 7 Julai 2011

Kehancuran Malaysia - jualan murah


Satu Petanda 

2.0 mempunyai perancangan dahsyat yang bakal menghantui negara menjelang hari kiamat. Langkah RADIKAL mencabar kerajaan semasa melalui aturcara yang digarap rapi oleh George Soros rakan DSAI. Apa lagi yang akan dapat diharapkan dari mereka yang sedang bermuafakat menjahamnamkan Melayu di bumi bertuah ini melalui orang Melayu sendiri. Melayu yang usahakan kemerdekaan, kini melayu juga akan menjual kemerdekaan tersebut kepada kaum pendatang. Urrrgh tak dapat dibayangkan kesan dari kecerdikan kumpulan ini.

MENGAPA STADIUM MERDEKA?

Sebab nostalgia "kemerdekaan". Kini di lokasi yang sama orang Melayu akan melelong kemerdekaan tanpa mereka sedari. DAP berlapang dada menanti peluang terhidang untuk memerinyah negara. PAS dan PKR bakal melopong menangis malu.

Sengaja stadium yang kecil dan nak roboh itu dipilih. Muatkah stadium itu menampung perhimpunan 300 ribu manusia bersih (yang dikatakan mungkin akan dihadiri oleh 500,000 orang penyokong tu)?

2.0 itu yang niatnya kelihatan semakin kotor dan busuk, setelah DYMM memerintahkan ia dibatalkan, mereka membuat aturcara baru yang akan mebolehkan niat asal mereka tetap dapat dijalankan. Bagaimana nak isikan ratusan ribu pendemo ini dalam stadum yang hanya dapat memuatkan 25 ribu penonton itu?  Apakah mereka bodoh? Memiilih Stadium Merdeka tu? Tidak! Sebab mereka pandai dan bijak berhelahlah mereka memilihnya.

Stadium kecil ini bakal melimpahkan pendemo di luar kawasan stadium di Ibu Negara.Akan ada alasan untuk membuat kacau di sekitar stadium itu.  Maka niat mereka menimbulkan huru hara tetap dapat dijalankan.

Dalam perjalanan ke stadium, mereka melalui berbagai lokasi dari tempat perkumpulan yang starategik yang telah diaturkan. Bagaimana? hanya berbeza dahulu hendak ke Istana Negara, kini hanya di ubah ke Stadium Merdeka. Perkara yang lain semuanya sama seperti asal.

Siapa lebih bijak antara DSAI dan DSNTR. Kita tunggu!





Kata seorang pengintip:

Rancangan mereka adalah untuk berkumpul di tempat seperti Kg Baru, Sogo, Dataran DBKL, dan Masjid Negara untuk berarak ke arah Stadium Merdeka. Rancangan asal hanya beza sikit arah dari Istana ke arah Stadium Merdeka.

Oleh kerana perarakan ini tidak mendapat permit polis, maka polis perlu bertindak. Mereka akan engkar arahan dan masa itulah mereka provokasikan polis.

Bila polis bertindak, masa tulah massa media mereka dan luar negara akan gambarkan kerajaan dan polis sebagai zalim.

Mereka tak tunjuk pemberontak melakukan provokasi. Mereka tak sebut Bersih persatuan haram yang tidak boleh dapat permit bawah undang2.

Mereka tak tunjuk pembangkang menghasut untuk menumbangkan kerajaan melalui cara tidak mengikuti perlembagaan dan mereka akan justifikasikan dengan pembohingan kononnya pilihanraya pun tipu. Padahal mereka menang 4 negeri dan 82 kerusi serta 8 PRK dan 12 kerusi Sarawak.

Mereka tak sebut dari 8 tuntutan, 4 saja ada kena mengena dengan SPR. Mana hilang 13 lagi tuntutan lain? Tak sebut juga PRN Sarawak yang dikatakn korot tapi mereka hanya buat satu saja protes yang tak ikut prosedur.

Kedudukkan Stadium Merdeka di tengah bandar akan pasti menyebabkan traffic jam, kacau peniaga, orang ramai dan pelancong, berlaku kerosakkan yang boleh disalahkan polis dan kerajaan serta UMNO.

Semua mereka lakukan hanya untuk menghuru haradan harap ianya berlaruatan seperti di Tahrir Square.



Kata PERKASA pula....

Nampaknya Datuk Ibrahim Ali juga ingin popular melalui kaedah yang sama.  Maklumlah DIA juga ahli kuat demonstrasi pelajar dipimpin oleh DSAI satu masa dahulu (aku baru masuk U masa itu) DIA amat kenal DSAI dan Hisamudin Rais.

KUALA LUMPUR 7 Julai - "Kerajaan Kena Tegas." Itu kata Presiden Perkasa sambil menghentakkan meja memarahi Kerajaan yang semakin berlembut dengan permohonan Pemimpin Pakatan.

Ibrahim Ali kelihatan semakin bosan dengan tindakan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang dilihat membiarkan Pemimpin Pakatan Rakyat terus menerus menuduh Kerajaan memprovokasi dengan pertuduhan demi pertuduhan tanpa sebarang tindakan susulan.

Beliau mendesak pihak polis menyiasat penggunaan senjata merbahaya yang disyaki dilakukan Penyokong-Penyokong BERSIH.

"Mereka kata ini seolah perancangan Kerajaan dan Polis. Ini pandangan jahat. Kita (PERKASA) nak polis menyiasat berita-berita yang berkaitan yang disebut tadi (penggunaan senjata merbahaya).

Beliau sempat dengan nada sinis membaca pemikiran Pemimpin Pakatan yang seolah-olah direka-reka Kerajaan setiap kali berlakunya sebarang pertuduhan jahat.

"Macam Video Anwar Ibrahimlah (individu yang dituduh) direka-reka. Jadi semua dalam Malaysia ini direka-reka. Kecuali kalau kena dengan orang Kerajaan baru ianya tidak direka-reka. Walaupun tak betul."

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian ketika membuat Sidang Media berkenaan status Perhimpunan Gerak Aman Perkasa di sini, semalam.

PERKASA dilihat tidak berganjak dengan pendirian untuk meneruskan perhimpunan seperti yang dirancang dan mengikut rentak BERSIH menganjurkannya di dalam Stadium.

Perhimpunan ini sedang dirancang untuk mengemukakan permohonan berhimpun di Stadium Negara ataupun di Stadium Merdeka.

PERKASA juga akan mengadap Yang DiPertuan Agong bagi memperjelaskan rasional perhimpunan ini diadakan sebagaimana yang dimohon Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga.


P/S  Kalau Perkasa tak dapat Stadium Merdeka, Bersih lagi tidak boleh dapat pasal Perkasa dah masuk mohon bertulis lebih awal nakkan Stadium Merdeka.

Lagi satu sila ingat, Perkasa pertubuhan HALAL!!!



sumber asal

CATATAN SEJARAH MALAYSIA




ini kata nordin peguam bekas peguam anwar... yer le kot!

Apa pun, yang paling patut malu dengan majlis mengadap Tuanku YDP Agong oleh Ambega ialah PAS. Cuba bayang yop, Ambega sikit pun tak pandang kepada Timbalan setia dia Matsabu. Sepatutnya Ambega wajib bawa Matsabu bersama semasa mengadap Tuanku, kerana Matsabu tanpa rasa malu beriya-iya menjadi pembantu setia Ambega. Tetiba bila time glamer nak mengadap Tuanku, nama Matsabu pun Ambega tak sebut, jauh sekali nak bawa sekali. Tinggal Matsabu terkonteng-konteng sorang-sorang bersama kaumnya yang tak abis bertakbeer nak ngikut mama Ambega, tapi akhirnya kena koner je yop.

Takkanlah kaum Anwarinas tak nampak-nampak, masih terhegeh-hegeh nak membontoti si Ambega ni. Ni lah orangnya yang kaum Anwarinas dan kaum Kunyit-2 maki hamun dulu. Siap isytihar jihad. Orang yang mendalangi IFC, menyokong murtadnya Lina Joy, penganjur forum "masuk Islam" yang jelas menghina Islam. Kini dinobatkan oleh kaum Anwarinas dan Kunyit-2 sebagai kalipah dema yop, dengan diiringi gema takbeer yang membuatkan iblis pun menangis yop! Ni kerja gila babi yop, babi gila pun tak buat kerja macam ni.


Tapi nak kata apa lagi yop, bila dah gila nak berkuasa, kalkatu pun akhirnya musnah kepada api yang dikejarnya! Nasihat teman kepada kekawan kaum Kunyit-2 dan Anwarinas, hentikanlah tindakan memperbodohkan diri ini membontoti si Ambega ni. Dia ada agenda tersendiri, buat apa mike memperlembukan diri kepada agenda dia. Kalau nak sangat, buat himpunan sendiri. Kan mike semua dah biasa buat solat hajat dan himpunan dalam stadium. Tak perlu bergantung, apatah lagi nak membontoti orang lain, tambah-tambah kapior harbi laknatullah yop.

Sabtu, 18 Jun 2011

Kelemasan dan Ketakutan menanti Suara Langit

King Abdullah

Rasulullah saw bersabda: “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahadi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Dalam hal ini, banyak analisa menyebutkan bahwa boleh jadi kondisi itu akan segera menjadi realita demi melihat apa yang saat ini terjadi di Saudi. Adalah Tony Khater, seorang analis politik Amerika dengan spesialisasi kajian Timur Tengah khususnya Arab Saudi, telah secara konsisten menyebutkan tentang terpecahnya pemerintahan Arab Saudi menjadi empat kelompok sebelum wafatnya Raja Fahd, seakan-akan kelompok-kelompok itu memunyai pemerintahannya sendiri-sendiri, iaitu pemerintahan Putra Mahkota Abdullah, pemerintahan Putera Nayef, pemerintahan Putera Sultan, dan pemerintahan Putera Salman. Dengan wafatnya Raja Fahd, lalu Putera Abdullah yang telah berusia 80 tahun naik menjadi raja, maka di bawahnya terdapat tiga pewaris dengan pemerintahannya sendiri-sendiri yang bersiap-siap menggantikannya ketika ia wafat nanti.

Menteri Dalam Negeri Prince Nayef

Putra Mahkota Prince Sultan

 Riyadh Governor Prince Salman

Jika ini terjadi nanti, akan menjadi tanda kemunculan Al-Mahdi dan menjadi tanda keluarnya Panji Hitam.


Isnin, 13 Jun 2011

Asal Hindu: Upa Purana - agama langit

Saya paparkan satu artikel yang amat berat untuk diterima oleh sebahagian dari Muslimin tetapi ianya berguna untuk bersangka baik terhadap Tuhan Semesta Alam yang Amat Adil bagi sekelian makhluk bernama manusia. Artikel ini saya petik dari sebuah tulisan yang panjang oleh penulis blog yang mempunyai nama pena "Pelita Dalam Kaca". Pada dasrnya saya amat bersetuju dengan pandangan beliau bahawa Agama Besar dunia asalnya adalah agama Tauhid jua tetapi terhakis di sebabkan berlansungnya perjalanan masa. Sebab itu Allah menurunkan Pesuruhnya yang baru bagi memperbaiki kerusakan. Namun hanya yang beriman dengan hati ikhlas sahaja akan dapat menerima Pesuruh baru tersebut. Itulah yang berlaku terhadap agama Hindu ini.

manuskrip upa purana


UPA PURANA

(Upa Purana adalah sebuah kesah dari Kitab Veda dalam agama Sanatana-dharma (Sanatara-dharma) - ‘agama yang tiada permulaan dan tiada kesudahan’ iaitu nama asal bagi agama Hindu).

Upa Purana berisikan kesah kejadian alam semesta, kebinasaannya, pembaharuannya kembali, berserta salasilah devas iaitu makhluk-makhluk ghaib yang baik dan salasilah asuras iaitu makhluk-makhluk ghaib yang jahat, disusuli dengan kesah penciptaan manusia pertama bernama Manu dan penciptaan perempuan pertama bernama Shatarupa.

koleksi kitab purana


Dijelaskan dengan lebih lanjut mengenai devas, bermakna ‘yang cemerlang’. Devas adalah makhluk cemerlang kerana diciptakan dari nur dan merupakan makhluk yang taat mengabdi kepada Brahman. Di antara mereka menjalankan tugas-tugas tertentu misalnya Dewa Indra untuk menjaga swarga-loka, dan Dewa Yama untuk mencabut nyawa makhluk dan Dewa Vishnu sebagai utusan Brahman kepada para risyi dan lain-lain. Asuras pula bermakna ‘yang gelap’ kerana diciptakan dari api (nar). Tetapi makhluk ini martabatnya jatuh kerana mengengkari Brahman dan menyelewengkan ajaran Brahman. Ketua dari golongan mereka dipanggil Virochana.

Di dalam Upanishad pada bahagian Chandogya dikisahkan bahawa Indra dan Virochana pergi belajar selama tiga puluh dua tahun lamanya kepada Prajapati. Pada akhirnya Prajapati menyuruh mereka berdua mengenakan pakaian yang seindah-indah mungkin dan diminta memandang ke dalam air bening bagi mengenali Dia. Kedua-dua mereka nampak bayangan diri masing-masing tetapi Indra masih juga belum menemui Dia. Indra tidak berpuas hati dan belajar lagi sehinggalah akhirnya Prajapati menjelaskan tentang Dia.

Verochana yang begitu berpuas hati dengan penemuan dirinya dalam percubaan pertama merasakan dirinya alim kerana memiliki ilmu yang teramat penting. Selepas itu dikisahkan: ‘Now Virochana satisfied for his part that he had found out the Self, returned to the demons and began to teach them that the body alone is to be worshipped that the body alone to be served, and that he who worships the body and serves the body gain both worlds, this and the next.Such doctrines, in very truth, the doctrine of demons’ (Sekarang Virochana berpuas hati dengan dirinya yang telah berjaya menemui Diri, lantas kembali kepada para iblis dan mulai mengajar mereka bahawa hanya jasad sahaja yang perlu dipuja (sembah), jasad sahaja yang perlu dikhidmati dan sesiapa yang menyembah jasad dan melayani jasad beroleh kemenangan dalam hidup kini dan kehidupan yang akan datang. Ajaran demikian, sebenarnya, adalah ajaran ketuhanan iblis).

Demikianlah dikisahkan perpisahan jalan yang ditempuh oleh kedua-dua belah pihak di kalangan makhluk rohani yakni pihak devas dan pihak asuras.Dan kedua-dua pihak ini lantas berebut pengaruh dalam lingkungan kehidupan manusia seluruhnya. – Agama-Agama Besar Di Dunia hal.36-47.

Upa Purana menceritakan sesuatu yang sangat sinonim dengan apa yang dijelaskan dalam Agama Tauhid. Devas sesungguhnya tidak syak lagi adalah makhluk malaikat kerana dijadikan dari cahaya (disebut api?). Dewa Indra yang disebutkan sebagai penjaga syurga-loka sudah tentulah malaikat Ridwan as. Dewa Yama yang ditugaskan mencabut nyawa, sudah tentulah merujuk kepada malaikat Izrael as sementara Dewa Vishnu adalah malaikat Jibrail as.

Asuras adalah makhluk iblis. Virochana dalam Islam dipanggil Azazil. Kesah Virochana yang angkuh dan rasa cukup berilmu memang sama dengan kesah Azazil yang dipilih mengetuai seluruh makhluk langit kerana ketinggian ilmunya mengatasi seluruh malaikat muqarrabin. Adalah diriwayatkan melalui kesah-kesah lama dari kitab-kitab lama, bahawa telah berlaku kegemparan di seluruh petala langit, tersebar khabar-khabar anign, akan berlaku kedurhakaan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Maka menjadi gementarlah seluruh para malaikat termasuk Jibrail as, Mikail as, Israfil as, Izrael as dan semua malaikat-malaikat muqarrabin. Mereka diriwayatkan telah mengadakan perjumpaan bagi menghindari dan menyelamatkan diri masing-masig dari melakukan kedurhakaan kepada Allah Rabul Alamin. Timbulah usul untuk membawa kebimbangan tersebut kepada Azazil kerana dialah yang terlebih alim setelah beribadah selama lebih 200,000 tahun. Pergilah kesemua malaikat muqarrabin termasuklah Jibrail as, Mikail as, Israfil as dan Izrael as mewakili seluruh golongan malaikat, datang dengan penuh hormat merendahkan diri mengadukan hal kepada Azazil.

Azazil – dalam Upa Purana – disebut Verocana, begitu teruja kerana dikunjungi oleh semua para pembesar kerajaan langit, lantas memanjatkan doa kepada Tuahn Semesta Alam memohonkan keselamatan bagi semua para malaikat, tetapi terlupa berdoa untuk dirinya dan golongannya.Kitab Suci al Quran melanjutkan kesah ini dengan firman-firman berikut:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:’Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’.  Tuhan berfirman: ’Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui’.(Al Baqarah:30)

Allah swt mempunyai pelan tindakan untuk selama sekitar 7000 tahun di alam syahadah yang terdiri dari 11 bintang, bulan dan matahari yang tidak samasekali diketahui dan difahami oleh para malaikat. Sesungguhnya penciptaan manusia adalah satu rencana penciptaan yang amat besar dan penuh rahsia dan ini termasuk dalam rahsia-rahsia yang bukan sahaja amat besar, malah rahsia yang paling rahsia di sisiNya.

Lalu malaikat Jibrail as diperintahkan mencipta jasad Adam as. Ini dijelaskan di dalam Al Quran:

`Dan ketika Tuhamu berfirman kepada para malaikat:”Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruhKu, maka tunduklah kamu kepadaya dengan bersujud’ (Al Hijr: 28-29)

Sebaik jasad Adam as sempurna dicipta maka Allah swt berfirman:

`Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang kafir’. (Al Baqarah:34)

Azazil (Verochana) enggan sujud kerana padanya terdapat sifat-sifat besar diri oleh ilmunya yang tinggi, kedengkian dan kesombongan.

‘Allah berfirman:’Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?’.Menjawab Iblis:’Saya lebih baik daripadanya.Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah’. (Al A’raf:12)

Hadis riwayat Muslim menerangkan bahawa Rasulullah saw bersada:

`Setelah Allah membentuk Adam dalam syurga dan diberikan tanpa roh, maka Iblis mengelilinginya dan melihat apakah sebenarnya dan ia dapati kosong dan ia menganggap kejadian itu tidak bererti’.
Malaikat Azazil menjadi Ibis kerana sesuatu yang telah termaktub dalam rahsia Iradah Qadak dan Qadar sebagaimana penciptaan Adam as adalah juga satu rahsia Iradah Allah swt yang paling besar. Iblis tidak mengetahui hakikat rahsia kejadian Adam as dan dia sombong dengan persangkaan dia lebih mulia kerana diciptakan dari api berbanding Nabi Adam as daripada tanah, air, api dan angin.

Fungsi devas dan asuras dalam Upa Purana yang sama-sama bersaing dalam memenangi hati manusia samalah dengan fungsi malaikat dan iblis yang sentiasa bertarung untuk merebut ‘singgahsana’ di hati anak Adam. Fungsi Asuras atau iblis dirakamkan dalam al Quran:

‘Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya dengan berkata:’Hai Adam! Mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?”

Maka keduanya (Adam dan isterinya) memakan dari buah pohon itu lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia’ (Thaahaa:120-121)

`Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman:`Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan’ (Al Baqarah:36)

‘Allah befirman:`Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama. Sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripadaKu, lalu barangsiapa yang mengikut petunjukKu, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka”

`Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan meghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta (Thaahaa: 123-124)
Berlakulah dialog, ikrar dan sumpah antara Allah dengan Azazil.

‘Allah berfirman: Maka keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir. Sesungguhnya kutukanKu tetap atasmu sampai hari pembalasan.

‘Iblis berkata: Ya Tuhanku! Beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan’
`Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh
`Sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (Hari Kiamat)’

‘Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka” (Shaad:77-83)

‘Allah berfirman: ”Ini adalah jalan yang lurus; kewajipan Aku lah (menjaganya). Sesunggunya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat’ (Al Hijr:41-42)

‘Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya’(Shaad:85)

Diriwayatkan melalui Hadis Rasulullah saw, apabila Iblis diberi tangguh, lalu Ibis berkata: Demi kemuliaan Engkau! Sesungguhnya tidak aku keluar dari hati anak Adam, selama ia masih bernyawa” Maka Allah Taala berfirman” “Demi kemuliaanKu! Sesungguhnya tidak terdinding dari anak Adam itu taubat, selagi ia masih bernyawa”(Ihya 6:138)

Allah swt telah menurunkan kesemua empat antagonis dan protagonis yang terlibat dalam takdirNya - Nabi Adam as, isteri Baginda Siti Hawa, ular dan Iblis – ke planet dunia; alam syahadah tempat transit bagi sebuah destinasi sebelum dipanggil pulang kembali ke HadratNya.Nabi Adam as diturunkan di bumi India, Siti Hawa di Jedah, ular di Isfahan dan Iblis di Baysan (di selatan Palestin).

Nabi Adam as menderita jiwa dan mental selama 100 tahun di India. Di sana Baginda as hidup berduka menangisi dan menyesali kealpaan dan kesilapannya sehingga tidak pernah sekalipun mengangkat kepalanya ke langit. Akhirnya Allah mengutus malaikat Jibrail as menemuinya. Al Quran merakamkan hal ini:

`Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya,, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Peyayang’.

`Kami berfirman:`Turunlah kamu dari syurga itu.Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barangsiapa yang mengikut petunjukKu nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati’ (Al Baqarah:36-38)

`…lalu barangsiapa yang mengikut petunjukKu., ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka’ (Thaahaa:123)

`Adapun orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya’ (Al Baqarah:39)

Upa Purana menyebut Manu sebagai manusia pertama dan isterinya adalah Shatarupa sementara Al Quran menerangkan Nabi Adam as adalah manusia pertama dan Siti Hawa adalah isterinya. Sudah tentulah Manu dan Adam as adalah lelaki yang sama – bapa seluruh keturunan manusia; sementara Shatarupa dan Siti Hawa adalah ibu kepada sekalian manusia.



keredit untuk http://wwwfafiruilallah.blogspot.com/2008/12/upa-purana.html




SANATANA-DHARMA

Upa Purana meriwayatkan Manu adalah manusia pertama dicipta. Keturunan Manu Pertama berlanjutan sampai ke Manu Keenam tetapi semuanya binasa oleh Topan Besar yang melanda permukaan bumi, kecuali satu keluarga yang selamat. Keluarga yang selamat itu dipanggil Manu Ketujuh dan merupakan asal-usul manusia yang ada sekarang ini.Manu Ketujuh disebut Vaivaswata. Vaivaswata dikatakan telah menyusun hukum-hukum yang dikenali dengan Kitab Hukum Manu.


Kesah Topan besar yang membinasakan seluruh keturunan umat manusia kecuali Manu Ketujuh samalah dengan kesah banjir zaman Nabi Allah Nuh as. Manu Ketujuh yang bernama Vaivaswata tentulah – menurut sangkaan yang kuat - adalah Nabi Nuh as dan Manu-Manu sebelumnya tentulah para Nabi dan Rasul utama sebelum terutusnya Nabi Nuh as.

Kesah mengenai kehancuran oleh banjir besar – topan besar dalam Upa Purana – dirakamkan dalam al Quran dalam ayat berikut:

“Kami berfirman’Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang dan keluargamu kecuali orang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan orang-orang yang beriman. Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit’.

Dan Nuh berkata:’Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Dan bahtera itu belayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya, sedang anaknya berada di tempat yang jauh terpencil:”Hai Anakku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir”

Anaknya menjawab:”Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah”. Nuh berkata:”Tidak ada yang melindung hari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang”:.Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.

Dan difirmankan:”Hai bumi, telanlah airmu, dan hai langit berhentilah”. Dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan:”Binasalah orang-orang yang zalim” –Hud:40-44.

Kitab Hukum Manu yang disusun oleh Vaivaswata – Nabi Nuh as – besar kemungkinan dapat dikesan dalam Kitab Veda yang menjadi kitab kepercayaan agama Sanatana-Dharma. Istilah Hindu adalah istilah yang menurut sejarahnya adalah istilah yang telah didahului oleh istilah Sanatana-dharma. Sanatana-dharma yang dirujuk kepada agama yang tertua ini bermakna ‘agama yang abadi’ atau ‘agama yang tiada permulaan dan tiada kesudahan’. Istilah `abadi’ dan `tiada permulaan dan tiada kesudahan’ adalah konsep yang sangat halus mendalam dalam ajaran Tauhid yang merujuk kepada Allah sebagai Zat Yang Kekal Abadi dan Zat Yang Tiada Permulaan dan Tiada Kesudahan. Firman Allah:

‘Dialah Yang Awal dan Yang Akhir’(Al Hadid:3)

‘Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus..’(Al Baqarah:255)

Dengan penjelasan ini tentulah boleh ditegaskan bahawa agama Sanatana-dharma iaitu ‘agama yang tiada permulaan dan tiada kesudahan (abadi) ini’ adalah agama yang memang terilham mutlak bersumber dari Zat Yang Maha Esa, sebagai Tuhan Yang Hidup Kekal Abadi, Yang Tidak Ada Awal dan Akhir bagiNya. Agama Sanatana-dharma ini sudah pasti adalah agamaNya yang ZatNya Kekal Abadi tetapi kemudiannya bertukar menjadi Agama Hindu. Istilah Sanatana-dharma bertukar kepada Hindu, iaitu dari perkataan Sindhu bersempena nama sebuah lembah Sungai Sindhu kerana di lembah sungai inilah orang-orang Arya yang bermigrasi ke India membina penghidupan sambil mengamalkan ajaran sebuah agama Tauhid yang sudah keliru dan bercelaru setelah melalui masa ribuan tahun sebelumnya pada zaman selepas Nabi Nuh as, Nabi Hud as, Nabi Salleh as dan Nabi Ibrahim as yang penuh dengan tribulasi, konfrontasi dan tentangan. Tentulah tidak mustahil istilah Hindu menjadi istilah yang lebih dominan dan berkuasa dalam tamadun di lembah Sungai Sindhu yang kian berkembang, menggantikan istilah Sanatana-dharma yang konsepnya telah kian luntur itu.
Ajaran Tauhid yang bermula sejak zaman Nabi Adam as adalah ajaran-ajaran dari langit yang sesungguhnya penuh ‘hikmah dan kebijaksanaan’. Lihatlah penjelasan Al Quran: ‘Yaasiin.Demi Al Quran yang penuh hikmah’ ( Yaasiin:1-2)

Al Quran adalah Al Kitab untuk membolehkan manusia memperoleh kebijaksanaan dan hikmah. Semua kitab-kitab dari langit sarat dengan hikmah dan kebijaksanaan. Kitab Veda adalah sebahagian dari Suhuf-Suhuf yang diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu justru istilah Veda sendiri membawa erti ‘hikmah dan kebijaksanaan’. Apakah bukan hikmah dan kebijaksanaan apabila kandungan dalamVeda sendiri antara lainnya adalah mengenai kesedaran dan kejiwaan tinggi, bukan sekadar intelektual semata-mata?

Istilah Veda berasal dari bahasa Sanskrit dari akar kata ‘wid’ yang kemudiannya berkembang menjadi weda atau widya yang bererti ilmu, pengetahuan dan kebijaksanaan. Seperti diperjelaskan, ajaran tauhid dari Suhuf-Suhuf dan al Kitab adalah ajaran yang sarat dengan ilmu, hikmah dan kebijaksanaan. Dengan ilmulah manusia akan memperolehi kebijaksanaan.Ilmu dan kebjaksanaan ini tidak diberikan wewenang kepada sesiapa oleh Allah yang merupakan Pemilik dan Sumber Ilmu. Kebijaksanaan adalah terkhusus kepada para Nabi dan Rasul kerana mereka adalah Pesuruh-Pesuruh Allah yang akan memberikan kebijaksanaan (veda), kemajuan dan tamadun kepada umat manusia.

 

Kitab Veda diperolehi secara ‘sruti’ iaitu sabda suci yang merupakan ajaran langsung yang diwahyukan oleh Brahman (Supreme God – Tuhan Agong) kepada setiap ‘rishi’ dan ‘maha rishi’ (orang suci). Ajaran dalam kitab Veda juga dihasilkan menerusi ‘smirti’ iaitu tradisi dalam bentuk ucapan, perbuatan dan tulisan dari seseorang rishi atau ajaran guru (archaya) dan avatar.Para rishi dan maha rishi menerima ajaran dalam keadaan ‘samadhi’ iaitu secara bersemadi atau bersunyi diri.

Keterangan di atas menghampirkan Veda dengan tradisi penurunan agama Tauhid melalui firman Allah kepada para Nabi dan Rasul rh yang diterima melalui khilwah dan bertapa atau mengasingkan diri dari kesibukan manusia dan dunia. ‘Sruti’ hampir atau bagaikan menyamai tradisi penurunan wahyu sementara ‘smirti’ menghampiri tradisi Hadis dan Sunnah Rasul. Dengan begitu tentulah ‘Sruti’ bererti Firman Tuhan (wahyu) sementara ‘smirti’ adalah Sabda Junjungan (hadis) dari para Nabi dan Rasul (rishi dan maha rishi).
Selain itu Veda juga diertikan ‘kebijaksanaan dari Cahaya Putih’. Pemilik dan sumber kebijaksanaan adalah Allah Rabbul Alamin. Allah adalah sumber bagi segala sesuatu di seluruh alam semesta ini. Apabila Veda bermakna ‘kebijaksanaan dari Cahaya Putih’, maka Cahaya Putih amatlah sinonim dengan Firman Allah swt:
“Allah Cahaya Langit dan bumi’ - An Nuur:35)

Adalah dipercayai kitab Veda yang mengandungi bait-bait puisi, doa dan upacara-upacara keagamaan ini digubah secara bertulis dalam tempoh melebihi jangkamasa seribu tahun bermula 1400sm. Sebelum Veda dikenali dalam bentuk tulisan, ajaran-ajaran Brahman ini hanya wujud secara lisan dan pertuturan. Justru apabila kitab Veda berjaya dikumpulkan secara bertulis, maka Veda merupakan satu-satunya kitab agama terawal yang ada pada tangan manusia dan tersimpan sehingga kini. Apakah tidak mungkin di dalam Vedalah barangkali tersimpan sebahagian ajaran-ajaran Tauhid yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul rh pada zaman ribuan tahun Sebelum Masihi melalui Suhuf-Suhuf yang berjumlah 100 buah yang diturunkan oleh Allah Tuhan Semesta Alam?

Ajaran Tauhid adalah ajaran yang satu dan sama; atau tetap serupa mengenai doktrinnya, yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Dari Nabi Adam as sehinggalah kepada zaman Nabi Muhammad saw ajaran Tauhid – meliputi soal-soal ketuhanan dan kerasulan, akhlak dan tingkah laku, konsep dosa dan pahala, syurga dan neraka, konsep pengabdian kepada Tuhan, konsep dunia dan akhirat, hakikat roh dan mikraj rohani, hadap hati dan pegangan hati, mujahadah, muraqobah dan musyahadah, zuhud, syukur, tawakal, redha, cinta Allah dan Rasul dan sebagainya; semestinya sama – dahulu, sekarang dan sampai kiamat. Inilah sesunguhnya yang telah terbukti dalam ajaran Hinduisme, sebagai agama yang bersumber dari Tauhid, yang diturunkan dari langit oleh Tuhan Yang Maha Esa, Allah Tuhan seluruh umat manusia dan Tuhan bagi seluruh alam semesta.Sebanyak mana yang ditemui ada persamaan dan unsurnya, maka di situlah kebenaran Tauhid dan kebenaran persangkaan bahawa Agama Hindu juga adalah agama yang diturunkan dari langit, bukannya agama budaya sebagaimana yang dikategorikan selama ini.

Mengenai hal ini Al Quran menjelaskan:

`Manusia itu adalah umat yang satu, maka Allah mengutus para Nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata kerana dengki antara mereka. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendakNya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus’
(Al Baqarah:213)

Akan tetapi sebahagian besar manusia oleh godaan syaitan telah terkeluar dari ajaran Tauhid.Firman Allah swt:
`Kemudian mereka menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan.’ (Al Mukminuun:53)

‘.. segolongan dari mereka mendengar firman Allah lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui’(Al Baqarah:75)

Firman seterusya:
"Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, pada hal mereka mengetahui’ (Al Baqarah:146)

Sedangkan di sisi Allah swt agama Tauhid tetap satu – dulu, sekarang dan untuk selama-lamanya. Pada zaman Nabi Muhammad saw baharulah ajaran Tauhid yang melalui proses evolusi ribuan tahun menjadi lengkap dan sempurna kerana Baginda saw adalah ‘insan kamil mukamil’, insan teragung yang menyempurna dan memanifestasikan seluruh kesempurnaan Zat Wajibal Wujud, untuk kehidupan umat manusia sehingga berakhirnya kehidupan dunia.Betapa agungnya firman Allah Azza Wajalla mengenai insan awal hakiki ini:
‘Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad saw) melainkan untuk rahmat bagi semesta alam’ (Al Anbiyaa:107)

Dengan kata-kata lain, ajaran tauhid yang melalui proses evolusi sejak dari zaman Nabi Adam as terus memaju dan memperkembangkan tamadun dunia, dibawa sambung menyambung oleh 124,000 orang Nabi dan Rasul, lantas apabila ‘zahirnya’ insan awal hakiki ini, sampailah dunia kepada kesempurnaan.Bersempena dengan itu Allah Taala berfirman:

`Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku ridai Islam itu jadi agama bagimu’ (Al Maaidah:3)

kredit: http://wwwfafiruilallah.blogspot.com/2008/12/sanatara-dharma.html



BRAHMAN

Berikut dipaparkan beberapa keterangan yang berkaitan mengenai Ketuhanan Brahman melalui beberapa sumber.

· Menurut Joesoef Sou’yb dalam bukunya Agama-Agama Besar Di Dunia menjelaskan dalam Veda dinyatakan bahawa Brahman itu merupakan Wujud Tunggal Pencipta, memiliki sifat-sifat kesempurnaan. Tidak dapat diraba, tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar. Ia dikenali melalui pernyataannya di dalam alam semesta. Brahman itulah sahaja yang mesti disembah dan dipuja, lainnya tidak.

· Edward Rice pula menerangkan mengenai Brahman seperti berikut:

‘The Supreme Reality conceived of as one and undifferentiated, static and dynamic, yet above all definations; the ultimate principle underlying the world, ultimate reality:’Without cause and without effect, without anything inside or outside,’ according to the sage Yajnavalkya” Brahman is he whom speech cannot express, and from whom the mind, unable to reach him, comes away baffled,’states the Taittriya Upanishad. Brahman is now of interest more as a philosophic concept of past ages than as an active principle – to be meditated upon, but not adored or worship’.

· Brahman adalah satu konsep yang dikaitkan dengan maksud ‘tuhan berada di mana-mana malah setiap individu adalah tuhan’. Dalam kitab Veda Brahman dikatakan bersabda dalam bahasa Sanskrit: ”Ahum Brahmmasmi” yang bermaksud ‘I am the totality’ atau ‘Akulah yang meliputi’.

· Mengikut Upanishad, pada permulaan wujud, tidak ada wujud sesuatu, semuanya mati, tetapi yang ada ialah nyawa, yang ada ialah Brahman. Brahman ialah suatu kekuatan ketuhanan yang neutral, suatu kekuatan tenaga yang suci. Dan ia juga dimaksudkan sebagai ‘nyawa alam semesta’ dan ‘zat ketuhanan sejagat’.

· Brahman adalah yang benar daripada yang benar, yang nyata daripada yang nyata. Brahman adalah nyawa yang melingkupi semua alam nyata ini. Semua yang wujud ini berasal dari Brahman dan akan kembali kepadanya. Manusia datang dari Brahman, bernafas di dalam Brahman dan akan lenyap ke arah Brahman.(Dari Adam Sampai Muhammad hal. 169)

· Sankara iaitu seorang komentatur terpenting pada abad ke 9M, pengasas mazhab Sankara-charya menyatakan ‘dunia bukanlah ilusi semata-mata, sebaliknya menefestasi Brahman itu sendiri – hanya yang bijaksana dapat melihat kebenaran ini’.

Berikut adalah unsur-unsur Tauhid sekitar ketuhanan Brahman apabila dikaitkan dengan Ketuhanan Allah Rabbul Alamin.

Brahman adalah Wujud Tunggal Pencipta atau tuhan yang satu samalah dengan ‘Katakanlah: Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa’(Al Ikhlas:1).

Allah adalah nama bagi zat - Zat Allah Yang Maha Esa. Allah adalah nama Tuhan yang termaktub dalam Kalimah Tauhid ‘Laa illa ha illallah” – Tiada Tuhan Selain Allah. Apabila tercipta Hakikat Muhammadiah (Nur Muhammad saw), maka Kalimah Tauhid menjadi lengkap bersama Kalimah Rasul ‘Laa illa ha illallah Muhammadar Rasulullah’ – Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Rasul Allah’. Kalimah Tauhid inilah yang tertera di mana-mana sahaja di pepenjuru alam termasuk di syurga yang disaksikan sendiri oleh Nabi Adam as sebelum Baginda as dikeluarkan dari syurga.

Allah adalah Zat Yang Maha Tunggal, bukan dua atau tiga atau lebih banyak daripada itu. Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa tetapi memiliki Sifat-Sifat Kesempunaan yang tidak terhingga jumlahnya. Sebahagiannya tersembunyi dalam nama-namaNya Yang Agung.

Firman Allah:

‘Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang baik)’ (Thaaha:8)

Ada sejumlah 99 nama-nama Allah yang baik yang menjadi pengistiharan Keagungan dan KemuliaanNya.

Seandainya Brahman dalam bahasa Sanskrit merujuk kepada nama Zat Tuhan sebagaimana nama Allah,  maka bererti Brahman dan Allah merujuk kepada perkara yang sama iaitu nama bagi Zat yang bersifat Maha Tunggal. Kitab Tauhid menerangkan bahawa permulaan bagi segala sesuatu adalah dari Allah - NurNya.

Firman Allah:

“Dialah Yang Awal….’ (Al Hadiid:3)

“Allah Cahaya langit dan bumi’ (An Nuur:35)

Apakah dalam bahasa Sanskrit, Brahman bermaksud Tuhan Yang Maha Pemurah sebagaimana istilah Ar Rahman dalam Bahasa Arab? Tidakkah pula Wujud Tunggal Pencipta sama dengan Zat Yang Maha Esa? Soalan-soalan ini perlu diberi perhatian oleh pakar bahasa Sanskrit untuk memberi makna yang tepat mengenai Brahman.

Apabila dihuraikan Brahman dari segi zat maka amatlah sinonim dengan Allah Taala yang ZatNya adalah satu kefahaman metafizika yang terjauh dari segala yang terjauh, kefahaman yang terdalam dari segala yang terdalam dan samasekali tidak dapat dicapai oleh minda. Firman Allah Taala:

‘dan tidak ada suatupun yang setara dengan Dia’ (Al Ikhlas:4)

Pesan Nabi Muhammad saw:

‘Bertafakurlah (berfikir) pada makhluk Allah dan jangan kamu bertafakur pada Zat Allah Taala’

Brahman berada ‘di mana-mana’ atau ‘meliputi’, ‘the ultimate principle underlying the world’ samalah dengan ‘..dan Allah Maha Meliputi segala sesuatu’ (An Nisaa:126) iaitu Allah adalah Hakikat Wujud.

Setiap individu adalah tuhan samalah/hampir samalah dengan‘Sesungguhnya Tuhanmu meliputi segala manusia’ (Al Israa:60)

Dunia adalah ‘menefestasi Brahman’. Menefstasi ertinya tajalli yakni penzahiran dari abstrak kepada konkrit, dari ghaib kepada nyata. Allah adalah Zat Ghaibul Ghuyub dan menjadi Punca dan Sumber Kewujudan. Tajalli adalah dari Zat kepada Sifat atau dari Nur Allah kepada Nur Muhammad saw sehinggalah seterusnya terciptalah hakikat maujud segala sesuatu. Konsep ini tersimpul dalam firman Allah swt:

‘Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadaNya:”Jadilah!”, maka terjadilah ia’(Yaasiin:82).

Juga menerusi firmanNya:

‘Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin’ (Al Hadiid:3)

‘Sesungguhnya Tuhanmu meliputi segala manusia’ (Al Israa:60)

‘..dan Allah Maha Meliputi segala sesuatu’ (An Nisaa:126)

‘Hanya yang bijaksana dapat melihat kebenaran ini’ (iaitu Brahman adalah menefestasi / meliputi). Sesuailah dengan konsep Makrifat Sifat. Hanya dengan pencapaian ilmu makrifah dan kasyaf. Sesuai dengan Sabda Penghulu Junjungan saw: ‘Bermula, awal-awal agama ialah mengenal Allah’. Dengan mengenali Allah, ‘kebenaran’ akan terbuka.

‘Tanpa sebab dan akibat’ (without cause and without effect) - Sesuailah dengan Sifat Qidam (Ilmu Sifat 20) – Bahawa sesungguhnya Allah Taala bersifat Semulajadi / Sediakala. ‘Dialah Yang Awal…’(Al Hadiid:3)

‘Tidak di dalam dan tidak di luar sesuatu’ (without anything inside or outside) adalah sifat Zat Allah swt persis rasa masin dan manis dalam air yang samasekali tidak dapat dipisah-pisah atau diasing-asingkan (undifferentiated). Sifat ‘Berdiri Allah Taala dengan sendiriNya’ (Qiamuhu Taala Binafsih - Sifat 20) yakni Allah Taala tidak bergantung kepda sesuatu, sebaliknya segala sesuatulah yang bergantung kepadaNya, kepada kudratNya : ‘dan tidak ada suatupun yang setara dengan Dia’ (Al Ikhlas:4)

‘Bicara tanpa suara’, (Brahman is he whoms speech cannot express) iaitu tradisi dan sifat wahyu – ‘sruti’ dalam Sanskrit; disampaikan kepada para Nabi dan Rasul – ‘risyi’ dan ‘maha risyi’ dalam Sanskrit, bahawa Allah Taala berbicara/berfirman tidak sebagaimana manusia berkata-kata dengan adanya mulut dan lidah, ada suara dan huruf-huruf tulisan. Firman Allah swt:

‘Dan tidak mungkin bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizinNya  apa yang  Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) wahyu dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang kami tunjuk dengan dia sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaanNya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.Ingatlah, bahawa kepada Allah lah kembali semua urusan’ (Asy Syuraa:42:51-53)

Konsep enigma Brahman dalam Bhagavad Gita diilustrasikan sebagaimana berikut iaitu mengenai seorang anak yang pergi jauh selama 12 tahun dengan tujuan mempelajari Veda dan pulang dengan perasaan bangga:

“Letakkan garam ini di dalam air dan esok pagi datanglah semula”

Svetaketu melakukan seperti diarahkan dan pada pagi esok ayahnya berkata kepadanya:

“Ambil balik garam yang awak letakkan dalam air semalam dan serahkan kepada ayah”

Svetaketu melihat ke dalam air tetapi tidak lagi melihat garam kerana garam telah larut. Ayahnya kemudian berkata:

“Cuba rasa air itu? Bagaimana rasanya?”

“Masin!”

“Rasa di bahagian tengah pula. Bagaimana?”

“Masin”

“Rasa dari sebelah sana pula. Bagaimana?”

“Masin”

“Carilah semula garam itu dan berikan kepada ayah”

Si anak lantas menjawab:

” Saya tak nampak lagi garamnya ayah. Saya cuma nampak air!”

Ayahnya kemudian berkata:

”Begitulah anakku! Awak tidak akan dapat melihat roh. Tapi yang sebenarnya roh itu ada. Satu hakikat dan intipati yang amat halus dan tak boleh dilihat. Itulah Roh (Spirit) bagi seluruh alam semesta. Itulah Kewujudan (Reality). Itulah Kebenaran- Al Haq (Truth). ITU ADALAH ENGKAU!”

Konsep falsafah ketuhanan Brahman atau Hakikat Kewujudan sinonim dengan apa yang disajikan dalam kiasan Tasauf Islam. Samalah juga seperti mencari manis gula dalam secawan air. Biji-biji gula yang telah larut di dalam air tidak lagi kelihatan kerana yang wujud hanyalah rasa manisnya. Gula adalah sifat bagi manis, sebagaimana garam sifat bagi masin yang kedua-duanya - manis dan masin - telah lebur dalam kewujudan air. Tidak lagi dapat dilihat sifat garam dan gulanya, apatah lagi hakikat masin dan manisnya kerana semuanya telah lebur dalam kewujudan zat bernama air.Beginilah analogi hubungan hamba (salik) dengan Khaliqnya atau hakikat alam seluruhnya yang diistilahkan dengan Supreme Reality dan Ultimate Reality.

Petikan-petikan berikut memberikan maklumat teologis yang lebih lengkap mengenai Brahman dan bandingkanlah dengan keterangan Al Quran mengenai Ketuhanan Allah:

In the beginning there was Existence, One only, without a second (Pada permulaannya hanya ada satu Wujud, Maha Esa, tanpa ada yang kedua) - Upanishad, Chandogyia.

Before creation, all that was the Self, the Self alone. Nothing else was. Then Self thought: Let me send forth the worlds (Sebelum kejadian, seluruh yang ada cuma dia.Dia sahaja. Tidak ada yang lainnya. Kemudian dia berfikir:Biar Aku adakan alam semesta) - Upanishad, Aitareya

He thought: Behold the worlds. Let me now send forth their guardians. Then he send forth their guardians. (Dia berfikir: Lihat alam semesta. Biar aku adakan para penjaganya. Kemudian Dia mencipta penjaganya) Upanishad. Aitarey

Let a man, freeid from the taint of passion, worship Brahman alone (Mestilah seorang manusia, terbebas dari godaan nafsu, menyembah Brahman sahaja) Upanishad, Chandogya.

Brahman is supreme. He is self – luminous. He is beyond all thought. Subtler than the subtlest is He, farthest than the farthest, nearer than the nearest. He resides in the lotus of hearth of every being ( Brahman itu maha agung. Dia cemerlang sepanjang zatnya. Dia berada di luar seluruh pemikiran.Dia maha ghaib dari yang paling ghaib, maha jauh dari yang paling jauh, maha dekat dari yang paling dekat. Dia bersemayam di dalam seroja hati setiap makhluk) - Upanishad, Mundaka.(Agama-AgamaBesar Di Dunia hal. 44-45)

Kredit Pelita Dalam Kaca