Halaman

Jumaat, 9 Disember 2011

Hidung Anwar Ibrahim Lebih mancung dari pelakon - Wan Azizah



Kongres mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin agung dan bakal menjadi perdana menteri baru negara selepas pilihan raya umum ke 13. Kesimpulannya kongres nasional PKR di Pulai, Johor negeri yang diwar-warkan akan ditawan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang tidak lebih dari memukul canang untuk menakut-nakutkan BN.

Bukan kali pertama PKR memalu gong bahawa parti reformasi ciptaan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan menghabiskan riwayat BN dan seterusnya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Semakin hampir parlimen dibubarkan, bertambah kuat suara Anwar dan pucuk pimpinan lain menggertak BN.

Tetapi sesiapa yang waras tentu mempercayai laungan sedemikian rupa tidak lebih daripada sekadar mendabik dada untuk menarik perhatian kononnya Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya.


Sekilas pandang isi Kongres PKR

Ada Perbalahan Pada Peringkat Tertinggi Parti
Ambil Alih Kuasa Di Putrajaya 3 Parti Perlu Berbaik-Baik: Anwar


27hb Johor Baharu - Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa penutup perwakilan Kongres PKR sekali lagi menyampaikan maklumat politik kepada ketiga-tiga parti apabila (nanti) “memerintah Putrajaya”, mahu kekalkan suasana baik di antara ketiga-tiga parti itu sebagaimana menghadapi PRU ke-13, menukar kerajaan yang sedia ada. Beliau berkata PRU akan datang ini akan berlaku pertukaran kerajaan dan pertarungan yang terakhir dan penghabisan, dan akan menjadi satu perbezaan sempadan politik di Negara ini.

Anwar Ibbrahim dalam ucapan menggulung dan menutup bahasan perwakilan PKR yang ke-8, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa PRU akan datang akan memerintah kerajaan Negara ini, beliau berkata, gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu bekerjasama dan erat perhubungan di antara satu sama lain, membuat persediaan memerintah di Putrajaya.

Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi parti berlaku perselisihan, boleh diselesaikan melalui sistem kuasa di peringkat negeri-negeri, supaya semua perkara dapat diselesaikan dengan baik, jika tidak dapat diselesaikan juga, ia perlu dihantar ke peringkat pusat.

Hadapi Masalah Ahli Dalaman Yang Lompat Keluar

Beliau mengakui apabila serangan dilakukan kepada pihak luar, beliau pernah hadapi ahli-ahli dalaman parti yang lompat keluar dan lari keluar parti. Tetapi beliau menegaskan persaingan dalam politik diumpama lari marathon, bukan lari hanya jarak 800 meter sahaja.

Beliau berkata, parti dapat sokongan dari masyarakat pertengahan dan golongan bawahan, ini adalah tunggak kepada parti.

Membantah Pindaan Akta Perhimpunan Awam: Chua Tian Chang

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata, PKR tetap membantah pindaan akta perhimpunan tahun 2011, dan bercadang ambil soal selidik dari semua lapisan rakyat dan ia perlu dibincangkan terlebih dahulu, baru boleh di bawa ke dewan rakyat untuk dibincangkan dan dipinda.

Beliau berkata, pindaan akta itu telah mendapat reaksi dan bantahan dari orang ramai, kini sudah ada dua NGO dan majlis peguam sedang merancang untuk membuat bantahan secara aman berkaitan pindaan akta perhimpunan itu.

Nurul Ezzah sebagai Naib Presiden juga berkata, walaupun menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri berkata, permohonan sebelum 30 hari disingkatkan kepada sebelum 10 hari perhimpunan, ini semuanya tidak mencukupi.

Saya Percaya Pada Anwar: Wan Azizah

Walaupun Anwar Ibrahim dilanda dengan pelbagai cabaran dan isu skandal seks, apabila bermula pada tahun 1988, Anwar Ibrahim dilanda kemelutan politik, oleh kerana Wan Azizah mahu pertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wan Azizah mara ke barisan hadapan menjadi Presiden PKR, beliau menjelaskan kepada peserta perwakilan Kongres PKR bahawa beliau amat mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya.

Beliau mahu semua ahli parti bersikap seperti beliau juga, tetapkan kepercayaan, berjuang bersama PKR dan sama-sama melangkah maju ke hadapan, jangan tergugat dan buat separuh jalan.

Hidung Anwar Ibrahim Lebih mancung dari pelakon

Semasa ucapan penggulungan Wan Azizah secara lembut dan rendah diri memberitahu ranjau-ranjau yang telah beliau lalui semasa zaman Anwar Ibrahim dalam kemelutan politik tahun 1988 itu, beliau kongsi sama kisah kepahitan yang beliau lalui pada masa itu bersama peserta yang hadir, Anwar Ibrahim yang duduk di sebelah kerap merenung wajah iseterinya.

Apabila timbul isu pita CD lucah, Wan Azizah berkata, pertama kali melihat pita Video itu, beliau berkata, hidung Anwar Ibrahim lebih besar dan tinggi dari watak di dalam Video itu, disambut dengan tepukan gemuruh. Beliau tidak puas hati terhadap musuh politik yang menggunakan cara yang tidak baik itu, dan beliau berkata ada masjid di peringkat bahagian yang mengedarkan pita CD Video itu, cuba mahu menipu orang-orang Melayu.

Beliau beritahu seramai 1,000 peserta bahawa beliau izinkan Anwar Ibrahim kahwin lagi dengan syarat apabila beliau telah meninggal dunia, bermakna beliau mahu bertahan sehingga ke akhir hayat dengan Anwar Ibrahim.

Wan Azizah Adalah Wanita Contoh: Ketua Wanita PKR

Ketua Wanita PKR puan Zuraidah berkata, setelah beliau mengenal wanita BN dan melihat kemampuan wanita BN, beliau anggap Presiden PKR Wan Azizah lah lebih layak jadi wanita contoh.

Apabila kata-kata itu terkeluar dari mulut beliau, seluruh majlis itu bergema, Anwar Ibrahim yang duduk di sebelah Wan Azizah menepuk bahu isterinya secara ringan, menunjukkan ia satu galakan.

Zuraidah mahu perwakilan pusat dan peringkat bawahan parti hapuskan syak wasangka, bersama berusaha untuk masa depan Negara ini.

###

Rupa-rupanya YB Anwar lebih hensem dari pelakun drama porno yang terheboh di Malaysia itu. Pelakun itu walaupun hensem juga tapi hidungnyanya lebih pesek. Wan tak nak komen pula pasal benda yang lain ya? Tak apalah dia nak simpan rahsia tu sampai bila-bila. Itu hak dia. Apa pun kita bakal dapat PM baru (hensem) lepas PR13 nanti, kalau ikut kata dialah.


Chauvinisme DAP akan ambil kesempatan rampas kuasa

Sikap perkauman orang Cina amat terang dan nyata. Semakin tegar.  Tidak dapat dinafikan.

Kalau orang Melayu memerintah pun orang Cina dapat segala apa yang mereka mahu melalui pelbagai cara tentu sekali selepas mereka dapat kuasa mutlak segalanya akan menjadi milik mereka, Mstahil mereka dapat lakukan sebagaimana yang dilaksanakan oleh orang Melayu? Berkorban segalanya menjaga hati mereka. Namun mereka masih tak berpuas hati.

Melayu yang terlalu berlemah lembut ini tidak dianggap berbudi malah di anggap bodoh dan lembik. Masalahnya kaum Cina ini tidak akan berubah selagi mereka menjarakkan diri untuk memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam agama Islam anutan orang Melayu.

Orang Cina lebih berminat kepada komunis dan sekitarnya akibat pengaruh dari Tanah Besar China. Melayu sentiasa perlu berhati-hati terhadap pergerakan mereka baik secara langsung atau sebalik tabir.

Setelah mampu mempengaruhi dan menguasai PAS dan PKR mereka semua bersepakat memberikan DAP sokongan penuh. Kalau diperhatikan, kaum Cina ini memang mendasarkan perjuangan mereka menentang pemerintah, Parti pembangkang sentiasa menjadi pilihan mereka sepanjang masa sejak MCA runtuh. Sebab musababnya ialah apabila Parti Komunis Malaya dimansuhkan melalui perjanjian damai pada eda Tun Dr Mahathir dulu.



Akhbar: Sinchew Daily News

Ruangan: Opinion Corner m/s 36
Tarikh: 2 Disember 2011 (Jumaat)

Tajuk: “DAP Di Bawah Ledakan Peluru Meriam UMNO”
Ditulis oleh: Tay Ting Yan (Timbalan Editor)

Bunyi meriam persidangan UMNO bergema, DAP seperti dihujani peluru meriam seperti dalam perang dunia kedua di Kota London, bumi terbungkas ledakan bom.

Bermula pada ucapan Muhyiddin Yassin, sehingga ke perwakilan yang bersambung-sambung berhujah, DAP kini diumpama sebuah pertubuhan yang menjadi “penentang orang-orang Melayu”, “penentang Islam”; dikatakan DAP berhasrat untuk hapuskan undang-undang beraja, wujudkan negara Republik, sehingga mereka sanggup lancarkan peristiwa 13 Mei, satu persatu ditimbulkan supaya semua orang rasa bimbang.

Ketua Penerangan UMNO Mazlan secara jelas berkata, jika dalam PRU akan datang berlaku parlimen ‘tergantung’ (Hung Parliament), jika kerusi Pakatan Rakyat dan BN tidak melebihi separuh, dan tidak dapat wujudkan kerajaan; pada masa itu DAP akan ambil kesempatan rampas kuasa.

Jika itu berlaku, orang-orang Melayu akan kehilangan segala-galanya.

Ada orang akan bertanya, DAP bukan lawannya UMNO secara langsung, kedua-dua parti tidak mungkin hadapi kerusi yang bertentangan, kenapa UMNO halakan asakkan kepada DAP, dan bukan halakan asakkan kepada PKR ataupun Pas?

Sedangkan jika beri asakkan kepada DAP, orang-orang bukan Melayu akan lebih rasa simpati kepada DAP, dengan itu langsung tidak dapat membantu MCA dan Gerakan dalam PRU: jika benar begitu apa tujuan dan maksud UMNO yang sebenarnya?

Sudah tentu ini adalah strategi UMNO

Sebelum PRU diadakan, UMNO terpaksa perkukuhkan diri UMNO dari segi isu kaum dan agama, untuk mendapatkan pengiktirafan dari kalangan orang-orang Melayu.

Mereka perlu mencipta banyangan musuh mereka, supaya boleh secara tiba-tiba menjadi sebuah parti yang mempertahankan kedudukan kaum dan agama mereka.

Perhimpunan sebelum ini, pada lazimnya yang jadi sasaran ialah orang-orang bukan Melayu, tetapi kali ini oleh kerana jarak PRU sudah terlalu hampir, tidak boleh menyinggung perasaan orang-orang bukan Melayu.

Sedangkan penentang mereka adalah orang-orang yang menentang slogan konsep 1 Malaysia Najib.

Walaupun tidak menghentam perasaan orang-orang bukan Melayu, sebaliknya mahu beri rangsangan kepada masyarakat orang-orang Melayu serta agama yang semakin meruncing itu, UMNO terpaksa alihkan dan tumpukan sasaran mereka yang tidak lekang kepada DAP, menyasarkan isu tepat kepada isu DAP.

Masyarakat Melayu secara amnya anggap DAP adalah sebuah parti milik orang Cina, tidak kurang orang-orang Melayu anggap DAP adalah sebuah parti yang fanatik dan Chauvinism.

Mereka cuba perbesar-besarkan ancaman bayangan dari DAP, ia boleh memberi sesuatu tekanan perasan kepada sebahagian daripada kumpulan kaum mereka.

Dalam pada mereka cuba perbesar-besarkan ancaman dari DAP, mereka juga dapat mengecilkan kedudukan PKR dan Pas kedua-dua beradik itu; kedua beradik ini disalah tafsirkan, pada bila-bila masa akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa.

Jika mereka selaraskan isu-isu ini, ia menjadi satu strategi yang lebih logik.

Walaupun isu itu tidak dikaitkan dengan orang-orang bukan Melayu, ia juga boleh timbulkan keadaan kurang selesa kepada orang-orang bukan Melayu; bukankah isu itu lebih berbau perkauman, mereka telah tanamkan fahaman keadaan bahaya, ia hanya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat yang berbilang kaum ini, dan tidak memberi sebarang manfaat.

Dalam ucapan Najib, UMNO perlu perbanyakkan pemikiran baru, baru boleh lakukan perubahan ikut zaman.

Dalam pemikiran baru ini tidak boleh asyik ciduk bahan fahaman lama; masalah yang dihadapi oleh UMNO hari ini, sebenarnya bukan disebabkan oleh DAP.

Jika UMNO mahu rebut sokongan dari orang-orang Melayu, UMNO sepatutnya tekad prestasi boleh membawa negara ini dan orang-orang Melayu maju ke hadapan, dan tidak boleh lagi pergunakan fikiran bayangan musuh dan berfikiran ada ancaman bahaya.

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

www.kritis-online.com




Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A18
Tarikh: 1 Disember 2011 (Khamis)

Tajuk: Orang Cina Ambil Kesempatan Meminta-Minta?
Ditulis oleh: Loh Hon Chew (Pengkritik Semasa)

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad berkata, beliau tidak puas hati terhadap UMNO hanya memberi kepuasan kepada permintaan-permintaan kaum Cina, dan UMNO telah abaikan hak yang sepatutnya orang-orang Melayu dapat, sebaliknya kaum Cina ambil kesempatan meminta banyak perkara. Kata-kata ini cukup berbau perkauman yang kuat.

Selepas Tun Mahathir Mohammad melepaskan jawatannya, Tun Mahathir asyik pertahankan ‘Ketuanan Melayu’ seperti menjadi darah dagingnya, berkali-kali beliau mengkritik UMNO supaya jangan sampai abaikan kepentingan orang-orang Melayu, seterusnya mengkritik bahawa orang-orang Melayu sudah berpecah belah dan tidak lagi menyokong UMNO. Beliau sekali lagi memberi amaran kepada orang-orang Melayu jika tidak bersatu, orang-orang Cina akan rampas kuasa.

Adakah orang-orang Cina boleh rampas kuasa dan memerintah orang-orang Melayu? Ini seperti cerita dongeng, sebab itu bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong berkata, Mahathir pandai buat-buat cerita dan pakar dalam bercerita. Kerana beliau telah masuk ke alam kaya dengan khayalan berfikir.

Tidak Perjelaskan Kepentingan Apa Yang Direbut

Sebenarnya selepas Mahathir bersara isu perkauman beliau lebih terserlah, berdasarkan perasaan perkauman, beliau lebih iri hati terhadap kepentingan kaum itu tidak boleh dinafikan lagi, hanya dalam percakapan beliau tentang isu itu seperti tidak bertanggungjawab dan dibiarkan begitu sahaja, secara membesar-besarkan berkata bahawa orang-orang Melayu dalam keadaan genting.

Contohnya seperti apa yang beliau katakan bahawa UMNO telah abaikan kepentingan orang-orang Melayu, tetapi tidak menjelaskan kepentingan orang Melayu berbentuk macam mana yang telah diabaikan, beliau sendiri tidak pernah perjelaskan apakah sebenarnya bentuk kepentingan orang-orang Melayu yang perlu diperjuangkan, apa yang Tun Mahathir sebutkan itu semuanya perkara-perkara yang tidak wujud.

Apakah kepentingan orang-orang Melayu yang diabaikan oleh UMNO dan BN? Adakah abaikan ‘Ketuanan Melayu’ ataupun tanah simpanan Melayu? Perkara ini tidak wujud pun. Adakah abaikan sistem kuota orang-orang Melayu, ataupun telah abaikan perkembangan sekolah kebangsaan, ataupun abaikan sekolah-sekolah yang hanya menerima pelajar-pelajar Bumiputera, abaikan membantu orang-orang Melayu, abaikan hanya terima kontrator-kontraktor Melayu (yang mendapat projek kerajaan), abaikan hanya lantik orang-orang Melayu sebagai canselor Universiti, serta ketua pengarah kementerian dan setiausaha kementerian? Semua perkara itu tidak berlaku, di mana sebenarnya UMNO dan BN abaikan kepentingan orang-orang Melayu, sepatutnya Mahathir terangkan satu persatu, tidak sepatutnya bercakap kosong yang boleh menyebabkan orang-orang Melayu ingat semua isu itu benar-benar berlaku, boleh menyebabkan selisih faham di antara kaum.

Permintaan Keseluruhan Orang-Orang Cina

Dari segai sudut lain pula, oleh kerana orang-orang Melayu peroleh macam-macam kepentingan, sebab itu kaum Cina tidak ada peluang untuk timbulkan apa-apa permintaan, kerana sudah tiada apa-apa permintaan yang boleh diminta. Sebab itu Perkasa yang didukung oleh Mahathir juga tiada apa lagi permintaan, kerana tiada apa-apa yang mahu direbut, ia wujud hanya untuk pertahankan kepentingan, apa yang mereka takut ialah jika orang-orang Melayu kehilangan kepentingan yang mereka ada sekarang, contohnya mereka takut hanya seperti kehilangan hak keistimewaan orang-orang Melayu, hilang tanah simpanan orang Melayu, hilang jawatan canselor universiti, hilang jawatan setiausaha kementerian, hilang jawatan Datuk Bandar, hilang projek-projek kerajaan, serta hilang kuasa orang Melayu di UiTM dan sebagainya.

Sebaliknya agak berbeza dengan kaum Cina, orang-orang Cina kekurangan sekolah bahasa ibunda, kekurangan guru di sekolah-sekolah, kekurangan mendapat biasiswa, kekurangan mendapat projek-projek kerajaan, tiada peluang jadi canselor di universiti, tiada peluang jadi Datuk Bandar, tiada peluang jadi Pegawai Daerah, hadapi kumpulan cerdik pandai lari keluar negara, sebab itu orang Cina mahu rebut itu dan rebut ini, tetapi Mahathir pernah berkata: orang-orang Cina nak itu dan nak ini tidak diberi, kerana semata-mata mahu diberikan kepada orang-orang Melayu. Kalau sudah seperti itu, kenapa Mahathir kata, orang Cina minta yang bukan-bukan? Sedangkan apa yang orang-orang Cina mahukan ialah memang hak kaum Cina sendiri, bukannya permintaan yang berlebihan yang bukan-bukan.

Seterusnya kaum Cina tidak ambil kesempatan timbulkan permintaan, semasa dan ketika BN lemah kami ajukan permintaan, semasa BN kuat juga kami ajukan permintaan namun tidak jua dapat, selagi permintaan kami tidak dikotakan selagi itu kaum Cina tidak akan berdiam diri dan terus menerus meminta, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah, kaum Cina tetap memohon kepentingan orang-orang Cina apa yang sepatutnya, kaum Cina akan sokong sesiapa sahaja yang memberi kepentingan kepada permintaan orang-orang Cina, yang memohon semuanya adalah dari seluruh kaum Cina, orang-orang Cina bukan kumpulan fanatik, Mahathir tidak sepatutnya mengkritik kaum Cina yang bukan-bukan.

Sama ada UMNO memenuhi permintaan kaum Cina ataupun tidak, pada hakikatnya pihak kerajaan sepatutnya memenuhi permintaan semua rakyat yang sewajaranya, sedangkan calon BN ataupun UMNO kerana sokongan kaum Cina mereka peroleh kemenangan, untuk memenuhi permintaan kaum Cina sepatutnya terlalu mudah bagi mereka, Mahathir yang asyik mainkan isu berterima kasih semata-mata mahu UMNO lupa jasa kaum Cina.


- terjemahan: AH/ DNA/ Q -
www.kritis-online.com

Khamis, 8 Disember 2011

Cengkaman ZIONIS - rencana huru hara di Malaysia




Penjajah British


BERDASARKAN dokumen-dokumen politik ketika zaman era revolusi industri di Eropah, beberapa tanah dan gugusan kepulauan di Asia Tenggara telah mula dimasuki puak Mason ketika itu. Namun, dokumen-dokumen itu tidak pula menyebut Mason dalam butir yang jelas. Puak-puak Mason masuk ke wilayah ini dengan pelbagai tugasan sulit. Mereka datang dalam banyak kumpulan dan berlainan pula tugasan.

Puak dari Sepanyol dan Portugis datang dengan misi pencerobohan untuk membuka jalan bagi mendapat habuan daripada puak-puak lain, Britain dan Belanda pula datang dengan beberapa puak mereka lagi.


asas bendera Malaya/Malaysia 

Puak-puak dari London membawa politik penjajahan dan agenda ekonomi komanwel, manakala puak-puak dari Syarikat Hindia Timur Inggeris datang bersama tentera-tentera bantuan untuk memperkuat tampuk politik Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura, puak-puak Inggeris dari sekitar jajahan mereka dari sekitar Tanah Arab pula datang bersama agenda missionary.

Masing-masing puak datang bersama tugasan masing-masing.Orang putih (orang Inggeris) yang tiba di gugusan ini membuat rencana yang hebat untuk kelangsungan budaya dan tatacara pemikiran mereka yang mereka bawa kepada generasi kita yang sebelum ini.

Sejak kemasukan puak-puak Mason melalui penjajahan orang putih, pelbagai cara dilakukan bagi menyekat kemarahan orang Melayu. Ia termasuklah dengan melantik proksi-proksi dari kalangan orang Melayu sendiri untuk mengawal orang Melayu. Proksi yang dilantik itu pula bukan seperti kempeitai yang dilantik oleh Jepun di kalangan orang Melayu.

Proksi-proksi yang dilantik Inggeris itu ada yang dilantik secara rasmi dan ada pula yang dilantik secara tidak rasmi oleh Residen-residen Inggeris. Namun, kebanyakan mereka adalah dari kalangan pembesar Melayu yang berpengaruh. Nama-nama mereka pula tidak penting untuk disebutkan dalam konteks ini.

Setelah lebih 300 tahun dalam kelambu penjajahan Inggeris, pemikiran orang Melayu berada pada tahap kebergantungan yang tinggi terhadap Inggeris. Malah, ada orang Melayu pada waktu itu yang mempercayai bahawa hanya orang Inggeris sahaja yang mampu menjaga mereka.




Melayu pada ketika itu tidak ambil kisah dengan kehadiran imigran asing dari tanah besar China dan benua kecil India ke negeri mereka, ia kerana orang Melayu ketika itu berasa cukup selesa dalam ‘jagaan’ orang Inggeris.

Semasa zaman pendudukan Jepun, ada juga sebilangan besar orang Melayu yang sangat berharap supaya Inggeris segera kembali ke Malaya untuk menyelamatkan mereka daripada kekejaman Jepun. Dalam minda orang Melayu ketika itu hanya berkisar mengenai orang Inggeris itu lebih baik daripada orang Jepun. Juga berfikiran bahawa hanya orang Inggeris yang tahu bagaimana cara untuk menjaga mereka dengan baik. Kalau tidak percaya, tanyalah kepada datuk-nenek dan moyang anda yang masih hidup.

Jika mengikut kepada perjanjian beberapa negeri Melayu Bersekutu dengan Inggeris sebelum kemasukan Jepun, ia mensyaratkan bahawa Inggeris akan menjalankan urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu dan menjaganya selagi ada bulan dan matahari.

Namun, selepas kemasukan Jepun yang berjaya mengusir Inggeris, perjanjian itu secara termanya sudah terbatal dengan sendiri kerana Inggeris tidak menjaga negeri-negeri Melayu sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjiannya dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri Bersekutu. Perjanjian terbatal kerana Inggeris gagal menjaga negeri-negeri Melayu daripada ancaman Jepun.

Disebabkan ada proksi-proksi yang dilantik Inggeris di kalangan orang Melayu, maka sentiment kebergantungan terhadap Inggeris berjalan rapi meskipun Jepun sedang menjajah Malaya ketika itu. Ia ibarat bernikah dengan orang lain (Jepun) tetapi hati mencintai orang lain (Inggeris), itulah yang dialami sebilangan orang Melayu semasa Jepun menduduki Malaya.

Inggeris sedar secara teknikal bahawa perjanjian itu telah terbatal dengan sendirinya sebaik sahaja mereka gagal mempertahankan Malaya daripada kemasukan Jepun. Pelbagai taktik digunakan untuk menjadikan orang Melayu kembali bergantung harap secara serius terhadap Inggeris termasuk berusaha membuat perjanjian yang baru dan mencipta ancaman-ancaman baru kepada orang Melayu.

Perjanjian yang baru itu ialah Malayan Union bagi memastikan seluruh Malaya berada di bawah kekuasaan Buckingham secara total melainkan hanya Melayu dan Islam sahaja yang berada di bawah subjek raja-raja Melayu.

Selain itu, ideologi komunis tiba-tiba mengganas di Malaya sehingga orang Melayu buntu memikirkan bagaiman acara untuk mengekang kekejaman komunis. Mahu tidak mahu, Melayu perlu bergantung harap kepada Inggeris untuk memerangi komunis.


Pengganas Komunis Malaya

Adakah komunis itu ditaja Inggeris bagi memastikan orang Melayu terus bergantung harap kepada Inggeris dan demi menjayakan Malayan Union? Kebarangkalian itu sangat hampir kerana communist internationale 

juga lahir dari idea seorang Mason. Komunis digunakan untuk mencapai cita-cita demokrasi dunia. Apabila komunisme ditolak, maka kapitalisme dan demokrasi akan dipilih. Mereka menawarkan ubat kepada Melayu. Ubat itu adalah demokrasi.

Kita sibuk menentang Malayan Union dan juga sibuk memerangi komunis, di sebalik kesibukan itu, negara haram Zionis dibina di Palestin tatkala kita sedang sibuk memerdekakan tanah air. Ketika itu jugalah, proksi-proksi baru ramai dilantik di kalangan komunis dan di kalangan orang Melayu. Malaysia juga terus sibuk menyelesaikan ancaman komunis sehingga 1989.


Penentangan Malayan Union

Proksi-proksi itu terus dilantik dan dijaga oleh Mason sehingga hari ini, dan berhubungan rapat pula dengan entiti-entiti Mason seperti National Endowment for Democracy dan sebagainya yang dipantau oleh pertubuhan-pertubuhan Masonic.

Demikian adalah rentetan ringkas bagaimana Mason merencanakan huru hara di Malaya dan sehingga Malaysia kini. Mereka mahu kita bergantung kepada mereka melalui proksi-proksi mereka. Proksi komunis masih ada di Malaysia, begitu juga dengan proksi Mason. Andai komunis sekali lagi mencetus huru hara, kita mungkin akan jatuh ke kancah kebergantungan mengharapkan bantuan seperti separuh abad yang lalu.

Kini, Masons berbangga kerana mempunyai seorang proksi terbaik di Malaysia. Proksi yang memiliki jumlah pengikut yang sangat taksub terhadapnya sehingga menolak segala kewarasan demi perjuangan yang dinamakan politik baru yang diperbaharui. Biarpun datang pelbagai petunjuk daripada Allah, petunjuk kebenaran itu tetap dinafikan oleh para pengikut taksub sang proksi ini.

New Politics, New Order, New World.


THE BEST zion PROXY in Malaysia


MINDA sebilangan rakyat Malaysia dikawal rapi oleh proksi The Hidden Hand (THH), itu adalah satu kenyataan. Proksi ini adalah tokoh politik yang paling berjaya dalam mengawal minda para pengikutnya walaupun tidak majoriti, dia juga berjaya menutup segala potensi yang boleh membawa pemikiran semua pengikutnya daripada titik wajar kepada titik yang tidak wajar.

Mind Game adalah kepakarannya sehingga membuatkan seluruh proksi lain menjadi takjub melihat kebolehannya mengemudi minda para pengikutnya yang semakin hilang kewarasan terhadap sebarang pertimbangan yang tidak menyebelahinya.


Dia faham pola pemikiran orang Melayu, dia faham mengenai segala kelemahan yang ada dalam kotak minda orang Melayu, dia juga faham paten persepsi yang memandu kewarasan pemikiran orang Melayu yang akan menjadi pembelanya yang paling tegar, dan dia juga faham mengenai pemikiran orang-orang yang mahu menentangnya.

Proksi Melayu ini mungkin adalah yang terbaik bagi sang THH. Proksi terbaik dari kalangan semua proksi yang berada di negara-negara sedang bergolak, cuma bezanya negara ini (Malaysia) masih belum bergolak sebagaimana negara-negara terbabit. Dikatakan terbaik itu ialah, dia tidak seperti proksi-proksi lain yang mengaku apabila tembelangnya terbongkar dan masih mampu mengawal kewarasan para pengikutnya walaupun tembelangnya jelas terbongkar. Dia mungkin sekali proksi terbaik.


Kerjasama Pelampau Cina

Kewujudan proksi ini tidak lebih daripada menjerumuskan Tanah Melayu ke kancah neo-imperialism yang bersistem dunia baru. Neo-imperialism ini pula berselindung dalam wajah-wajah pertubuhan dunia, antaranya International Monetary Fund (IMF), National Endowment for Democracy (NED) dan beberapa lagi, sekadar menyebut beberapa nama yang mempunyai kaitan rapat dengan dana Zionis.

Pertubuhan-pertubuhan yang berada di bawah lidah George Soros itu mempunyai agenda besar. George Soros, pemusnah nilai mata wang dan penjahanam ekonomi dunia pada dekad akhir 1990-an itu mempunyai pertalian Yahudi Zionis dan mempunyai cita-cita besar dalam konteks yang hanya difahami oleh Zionis.

Selain Soros, banyak nama lain seperti William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn yang mempunyai kaitan Zionis turut ada jaringan kerjasama dengan proksi ini. Untuk memetik banyak keterangan perkaitan proksi itu dengan nama-nama tersebut memerlukan banyak helaian yang berjela-jela panjangnya meskipun dokumen mengenainya tampil dengan pelbagai keterangan yang sukar dijawab oleh proksi itu sendiri. Untuk kali ini, kita hanya melihat perkaitan proksi ini dengan Soros. Manakala Soros pula jelas berpihak kepada keuntungan Zionis.

Pada akhir dekad 1990-an iaitu sekitar 1997 dan 1998, Soros bertindak menjahanamkan ekonomi beberapa buah blok negara melalui spekulasi mata wang. Akibatnya, blok-blok negara di seluruh dunia termasuk blok ASEAN mengalami kesan kejatuhan ekonomi yang teruk. Di blok ASEAN, Indonesia dan Malaysia mengalami kesan paling buruk.

“if you build a playground, the children will play. if you give them guns, they will shoot themselves”


Keadaan menjadi lebih buruk apabila Indonesia menerima tawaran pinjaman daripada IMF bagi tujuan memulihkan ekonomi. Dalam dasar kapitalis, wang mampu melakukan segala-galanya termasuk memulihkan ekonomi. Namun, pinjaman wang daripada IMF menjadi kesilapan buat Indonesia apabila menanggung bebanan hutang beserta faedah dalam tempoh yang sangat lama. Selama menanggung hutang, Indonesia terpaksa akur kepada segala kehendak IMF yang mahu wangnya dikembalikan, IMF masuk campur dalam hal ehwal ekonomi kerana kononnya mahu memastikan hala tuju ekonomi republik itu dipandu dengan baik bagi membolehkan wangnya dikembalikan.

Pencipta Krisis

Malaysia juga mungkin terjerumus dalam bebanan hutang IMF. Badan tabung kewangan dunia itu bagaimanapun terpaksa akur dengan pendirian Malaysia untuk menangani krisis ekonomi dengan kaedah tersendiri tanpa campur tangan pihak asing. Dalam masa yang sama, IMF tetap mengintai peluang untuk menjadikan Malaysia sebagai subjek dalam senarai Receivable Accounts mereka. Malaysia juga ada ‘pencadang’ yang mencadangkan negara ini menerima tawaran pinjaman IMF.

Hasil kerja tangan Soros dalam menjahanamkan ekonomi dunia pada lewat 1990-an adalah sampel terbaik untuk kita menilai niat jahat seorang manusia berdarah Yahudi campuran itu. Contoh Soros ini diambil kerana ia mungkin contoh terbaik sebelum kita melihat kepada benang halus yang melingkari proksi terbaik ini.



Nilai matawang jatuh merudum

Kejatuhan ekonomi dunia pada dekad itu adalah contoh terbaik untuk kita menilai niat sebenar Soros dalam memastikan seluruh dunia berada dalam belenggu hutang yang mengikat segala kemampuan perkembangan ekonomi sesebuah negara daripada terus berkembang, bebanan hutang terhadap IMF atau terhadap negara-negara lain akan membuat sesebuah negara penghutang (debtor) itu sukar untuk maju dan stabil secara ekonomi, malah terpaksa akur terhadap negara pemiutang dalam sebarang keputusan ekonomi. Lihatlah saudara kamu di Indonesia.

Negara penghutang terpaksa akur kepada negara pemiutang dalam membuat sebarang keputusan ekonomi kerana negara pemiutang itu mahu wang mereka dikembalikan. Keadaan yang tercipta adalah tidak berbeza dengan penjajahan, tetapi dalam bentuk skim baru. Andai ada di kalangan kita yang mengatakan Soros itu tidak sejahat yang disangka atau ada pula yang menganggap Soros sebagai wira ekonomi dunia, sila jelaskan.

Untuk melihat kewujudan proksi Melayu ini dalam kedunguan politik Malaysia, kita wajar melihat siapa Soros terlebih dahulu. Soros adalah penyangak yang menjahanamkan ekonomi banyak negara pada ketika itu. Selepas ekonomi banyak negara telah tumbang disebabkan oleh tangan Zionis itu, maka Soros menawarkan ubat iaitu pinjaman melalui IMF seperti dalam kisah kemelut ekonomi dunia pada 1997 dan 1998.

Soros juga adalah individu berhati Zionis yang menyumbangkan dana kepada golongan-golongan pelampau dan pemberontak di beberapa buah negara. Malah, NED yang dibayangi Soros juga secara rasmi membuat beberapa kenyataan umum mengenai peranannya menyediakan dana kepada beberapa siri pemberontakan di Asia Barat sehingga mencetuskan huru-hara yang bersistematik dan risiko pemberontakan itu cukup terhitung dengan kemas dan baik.

Semasa kemelut ekonomi dunia, Malaysia hampir diseret ke kancah hutang IMF. Misi NED dalam mewujudkan huru-hara di beberapa buah negara di dunia adalah satu usaha yang serius. Ia adalah satu usaha untuk menjulang ‘demokrasi baru’ melalui ‘politik baru’ dalam ‘dunia baru’. Malaysia juga sedang menuju ke arah kehancuran itu kerana proksi itu mempunyai perancangan yang lebih dahsyat pada masa akan datang.

“Let them themselves pull the trigger.” 


Kekacauan tidak menguntungkan sesiapa dalam sesebuah negara. Kesan dalam tempoh yang panjang akibat kekacauan itu pula lebih merugikan. Apabila sesebuah negara menghadapi kekacauan atau huru hara, maka pertumpahan darah akan berlaku kerana masing-masing mahu menjaga survivalmasing-masing. Itu adalah peraturan survival yang didasari kepentingan diri. Dalam konteks ini, proksi itu lebih mementingkan survival politiknya.

Untuk melihat proksi ini, kita harus melihat Soros, Cohen, Albright dan Wolfensohn kerana proksi itu berada di belakang mereka semua. Nama-nama itu sentiasa membayangi setiap tindak tanduk proksi Melayu itu. Apabila ada orang yang mahu menjahanamkan proksi itu, maka musuh proksi itu akan sentiasa dihimpit para ejen Zionis dan sebilangannya pula terpaksa lari ke luar negara.

Siapakah proksi terbaik itu. Teka-teki ini akan terjawab dengan sendiri apabila semua pengikut taksub mula menangis menyesali setiap perbuatan mereka dalam menjerumuskan negara sendiri ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

Apabila timbul huru-hara akibat kedunguan pengikut taksub itu yang gagal berfikir dengan waras setelah pelbagai keterangan dan bukti datang daripada pelbagai sudut, aku tidak akan teragak-agak untuk kembali ke negara ini bersama orang-orangku dan memerangi pengikut-pengikut taksub itu sekiranya mereka gagal memperbetulkan setiap kesalahan mereka semasa bersama memperjuangkan perjuangan sia-sia sang proksi itu.


-  CRUDGEL


matlamat mereka menawarkan NWO
sebagai jalan keluar dari masalah

Selamat menuju era baru kolonial baru 


Isnin, 5 Disember 2011

Amerika bersembunyi di belakang Soros membantu PR. 2013 - BN akan kecundang?

Tekateki - mampukah DS Anwar selaku peneraju PR menumbangkan kerajaan BN pada PRU13 ini dan menjadi PM Malaysia ke 7? Ia bakal terjawab sedikit waktu lagi. Jika BN memandang rendah kemampuannya, pasti mereka akan mengahadapi malapetaka yang memalukan. DS Najib akan menjadi satu-satunya PM tersingkat dalam sejarah negara. Bangsa Melayu dan agama Islam akan dihina serta hilang kredibiliti akibat dari longgokan wang Soros (Amerika?).  .

APAKAH KEISTIMEWAAN YANG DIMILIKI OLEH DS ANWAR IBRAHIM SEHINGGA DALAM DIAM TELAH MENJADI RAKAN RAPAT YAHUDI AMERIKA (trio Zionis AS – Al Gore, Wolfowitz dan Soros)? ATAU ADAKAH BELIAU SEMEMANGNYA SENGAJA DIPANCING OLEH YAHUDI UNTUK DIJADIKAN PROKSI?

Tidak dinafikan DS Anwar mempunyai kelebihan  dan keistimewaan yang diperlukan oleh Yahudi.

Telitilah bukti yang diketengahkan oleh beberapa penulis antarabangsa tentang peranan DS Anwar dalam jaringan perancang NWO sepanjang tempoh waktu kehadirannya dalam politik.



Senjata Terakhir Anwar


Empat bulan selepas Pilihan Raya Umum ke -12, Anton Chaitkin, Editor di Executive Intelligence Review (EIR), sebuah majalah mingguan berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan satu maklumat berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Mahathir bin Mohamad, Malaysia’s Prime Minister from 1981 to 2003, attacked Soros as a menace to humanity. In the brawl between Mahathir and the Soros faction, Malaysia jailed its finance minister, Anwar Ibrahim, an ally of the IMF and of the Mont Pelerin Society, on charges of corruption and sodomy”, dedahnya dalam rencana bertajuk “The Zimbabwe Trust Gang In Other Capers“.

Bagi sesetengah pihak, pendedahan wartawan AS berkenaan penglibatan Anwar Ibrahim dengan IMF (International Monetary Fund) merupakan sesuatu yang biasa, namun pengesahan wartawan Barat berkenaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi ‘proksi’ kepada penyangak matawang Yahudi, George Soros adalah luar biasa.


Kerana sebelum ini, sangat jarang di kalangan wartawan sama ada tempatan atau luar negara, benar-benar yakin dan pasti untuk mengesahkan hubungan Anwar dengan Soros tersebut.

Sebaran maklumat pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia hanya menyebut hubungan Anwar dengan Al Gore, William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn dan Michel Camdessus dan nama Soros tidak disebut langsung.

Ketika itu tokoh-tokoh di atas adalah sangat penting kerana mereka adalah Naib Presiden AS, Setiausaha Pertahanan AS, Setiusaha Negara AS, Presiden Bank Dunia dan Pengarah Urusan IMF.

Berbeza dengan Chaitkin, wartawan EIR dalam rencananya Julai 2008 hanya memfokuskan kaitan Anwar dengan satu nama iaitu Soros.

Lebih luar biasa lagi, apabila wartawan itu menyebut satu maklumat yang asing kepada rakyat Malaysia iaitu penglibatan Anwar dalam satu badan bernama Mont Pelerin Society.

Apa itu Mont Pelerin Society dan kenapa wartawan AS itu begitu yakin Anwar termasuk dalam rangkaian organisasi tersebut ?

Sebenarnya pendedahan wartawan dari EIR, sebuah majalah berkaitan dengan gerakan politik Lyndon LaRouche di AS ini adalah di bawah kerangka besar bertajuk “The Dirty Operation Against Zimbabwe: Soros, Abramoff, and British Africa“.

Dalam rencana itu, Chaitkin yang bekas calon Mayor of New York City pada tahun 1973, mendedahkan bagaimana pakatan Soros, NED (National Endowment for Democracy), Abramoff dan tokoh British di Afrika beroperasi secara haram untuk menumbangkan sebuah kerajaan Zimbabwe.

Apakah Soros, NED, IMF, Mont Pelerin Society dan proksi tokoh tertentu berada dalam satu rangkaian dan merupakan resipi modus operandi untuk menumbangkan sesebuah kerajaan ?


Soros

Seorang lagi wartawan AS dari EIR yang mengesahkan hubungan Soros dengan Anwar adalah Mike Billington yang menulis secara lebih fokus dan menyeluruh berbeza dengan maklumat-maklumat wartawan lain sebelum ini.

Dalam rencananya, ‘Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back‘ (29 April 2005), wartawan itu mengesahkan Anwar menjadi proksi kepada Soros sejak 1997, zaman berlaku kegawatan ekonomi Malaysia, ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia.

Menurut maklumat Billington, sebagai Menteri Kewangan, Anwar menyokong polisi IMF dan Soros dan berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rencana Billington bertajuk “Anwar Ibrahim Defends Asia’s Colonial Masters” (29 April 2005), beliau mendedahkan bahawa falsafah yang dianuti Anwar, ‘Asian Renaissance‘ merupakan kunci utama Soros dan Wolfowitz menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dalam rencananya, “Gore’s Racist Assault Against Malaysia” (11 April 2008), wartawan itu mendedahkan ketika Anwar dipecat 1998, dipenjarakan dan dibebaskan pada tahun 2004, bekas Timbalan Perdana Menteri itu disokong dan dibantu oleh trio Zionis AS – Al Gore, Wolfowitz dan Soros.

“Dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata Soros dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, yang menyalahkan Dr Mahathir, apabila proksinya dipenjarakan dan menggesa agar proksinya dibebaskan segera.

Dan rencana terakhir Billington, “British Empire Tool To Recolonize Malaysia” (12 September 2008), wartawan itu mendedahkan bagaimana pakatan trio Zionis membantu Anwar dari segi memberi jawatan-jawatan selepas Anwar menetap di AS sebagai punca pendapatan dan membina semula karier politiknya.


Demokrasi

Tanpa pendedahan wartawan AS, rakyat Malaysia tidak mengetahui secara jelas, bagaimanakah Soros membantu Anwar.

Lebih menarik lagi satu laman fordemocracy.net mendedahkan bagaimanakah Soros membantu Anwar dan partinya, ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipenjarakan di Sungai Buloh kerana kesalahan rasuah dan liwat.




Pada Jun 2000, wakil Soros di Malaysia, Elizabeth Wong (seperti yang disebut Senator Ezam Mohd Noor) mengiringi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menghadiri World Forum on Democracy (WFD) di Warsaw, Poland.

Selain Elizabeth yang ketika itu terlibat aktif dalam NGO hak asasi manusia, Adlin Zabri, felo di Institut Kajian Dasar (IKD) juga turut hadir.

Wan Azizah yang ketika itu Presiden Parti Keadilan Nasionaldijemput hadir sebagai salah seorang panel bertajuk “Culture and Democracy“.

Forum Wan Azizah bersama Kavi Chongkittavorn, Editor Eksekutif, The Nation (Thailand) dan Nasser Hadian, Pengarah Graduate Faculty of Law and Political Science, Universiti Tehran (Iran) dipengerusikan oleh Kenneth Adelman, Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah, Freedom House, sebuah yayasan yang berpengkalan di AS.

Kenneth Adelman adalah juga salah seorang rakan Anwar dalam ICG (International Crisis Group), satu lagi badan yang ditaja Soros.


Program itu dirasmikan oleh Madeleine K. Albright yang ketika itu Setiausaha Negara AS adalah tajaan the Stefan Batory Foundation(badan tajaan Soros) dan Freedom House. Maka tidak hairan Soros dan rangkaiannya disenaraikan penceramah utama dalam program tersebut.

Turut menjadi ahli panel adalah Aryeh Neier, Presiden Open Society Institute (OSI), Bette Bao Lord, Pengerusi Freedom House, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy(NDI), Peter Eigen, Pengerusi Transparency International, Thomas Melia, Naib Presiden National Democratic Insititute (NDI), Aleksander Smolar, Presiden Stefan Batory Foundation dan lain-lain.

Soros yang menjadi mastermind projek demokrasi dalam ucap utamanya menyebut tentang agenda demokrasinya di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

“Forum ini adalah bertujuan untuk meraikan demokrasi di seluruh dunia…Empayar Soviet telah runtuh; banyak rejim autoritarian telah dihanyutkan; dan kebencian mula meningkat terhadap orang-orang yang tinggal di negara-negara seperti Iran, Peru, Malaysia dan Zimbabwe berkembang. Tetapi ia masih terlalu awal untuk mengisytiharkan sebagai kemenangan”, kata Soros - sumber AIDC


PERJUANGAN RAKYAT?
Kita tiada masalah dengan PR dan ketuanya DS Anwar. Apa yang menjadi tanggung jawab kita ialah mempertahan Islam. Tidak lebih dari itu. Jika sebelum menjawat jawatan PM dia sudah berani meremehkan agama, bagaimana keadaannya sekiranya berjaya? 

Yahudi Amerika bergitu bersungguh-sungguh membantu PR dengan dana yang melimpah ruah (dari mana PKR mendapat dana untuk pilihanraya?). Apakah PAS juga turut mendapat sumbangan melalui PKR, masih disangsikan. Semua ini amat menguntungkan musuh Islam iaitu DAP. Mahukah Yahudi menerima Islam sebagai agama negara sebagaimana yang dihajati PAS? Semoga penyokong PAS akan sedar permainan ini sebelum terlambat.

Lihatlah semua bukti yang diangkat untuk kita analisa. Menolak PR bukan bermakna beralih menjadi ahli BN. Kita harus menjadi cerdik segera demi maruah bangsa dan agama. Matang sebagai pengundi bukan taksub membabi buta. Jika Melayu tidak lagi dominan dalam pemerintahan, Islam juga bakal hanyut. Liberalisasi mengambil tempat dan negara akan menjadi negara maksiat. Sanggupkah anda?


Sekarang terselahlah siapa sebenarnya SUPER PROKSI yang kita bincang sebelum ini. Sesiapa yang menyokongnya samalah dengan pengkhianat kepada bangsa dan agama. Tidak layak dihormati.



PAKAR demonstrasi dan arkitek rusuhan revolusi (spring) pendokong liberalisasi, pengatur permusuhan antara agama.. ... pemecah kesatuan bangsa sendiri bagi menyediakan laluan kepada zionis antarabangsa menjajah (menguasai) negara. Rela mengorbankan segalanya termasuk agama demi memenuhi (terpaksa?) perintah penajanya.

SUNGGUH ANEH!

seorang yang berwatak alim dan pintar serta mempunyai ahli keluarga yang bertudung litup, telah menghadapi tuduhan salah laku yang paling mengaibkan di mahkamah. Masih mampu berhelah dan memutar fakta.

LEBIH ANEH
Penyokongnya menyahut: KAMI PEDULI APA?


Fakta FREEMASON
Anwar Ibrahim is a Freemason.. Recently his name popped out in Ottawa Masonic Centre, Canada under Civil Service Masonic Lodge No. 148. Certainly you have heard that. But I agreed that Freemason is not the world biggest menace. As I've put it in my article, most members of the Masonry are harmless. In America most of them thought they were being patriotic. Some in the world even believe they're serving the Lord. But, lack of understanding on how the Devil's mind work does caused some organization to deviate from the path it originally intended.

Veered into that path and serve Luciferian purpose
So the Freemason, the Jesuits, The Bilderberg Group, Ordo Templi Orientis, The Black Hand, The Knights of the Golden Circle, The Rosicrucianism etc etc .. I'm sure none of them actually wanted to start out as servants of Satan but eventually they veered into that path anyway and serve Luciferian purpose. As avid reader and researcher of Freemason's history, I'm sure you would agreed that Anwar's choice of emblem for his political party ('an open eye which lighten up the path') is very very conspicuous indeed.. -  AfterDarkWrites

Khamis, 1 Disember 2011

DAP: Kelahiran semula Bintang Tiga menuju "13 mei" baru


Kelahiran semula Bintang Tiga, Parti Komunis Malaya melalui hati dan lidah pemimpin DAP. Dengan beraninya mereka melaungkan slogan yang menghiris hati orang Melayu, menghina raja-raja Melayu, Paling menyakitkan ialah menpermainkan Islam.dan mengadu domba penganutnya. 

Mereka bakal menjerumus Malaysia dalam kekacauan baru persis peristiwa 13 Mei. Mereka lebih beruntung kali ini kerana ramai orang Melayu PKR dan PAS berada dihadapan mereka dan sanggup mati untuk membela mereka. Melayu bakal berbunuhan sesama sendiri.  Satu kemungkinan yang cukup menggerunkan.

Bekas pengganas komunis termasuk Melayu akan keluar dari sempadan Thailand bersama-sama mereka menghuru harakan negara. Sudah bersediakah anda semua?

Chin Peng bersama DAP komunis baru
Malangnya disokong secara mutlak oleh beberapa Melayu yang biul


Perjuangan DAP yang disokong brutali oleh PAS dan PKR ini tak ubah umpama perjuangan pengganas bintang tiga dahulu. Satu peristiwa malang orang Melayu yang tidak dapat dimaafkan sampai bila-nila. Bersiaplah menerima kekacauan bila sahaja PR menang PRU13 nanti. Melayu bakal dimalukan semalu malunya.


JANGAN BIARKAN MEREKA LAKUKANNYA

DEB -  diberhentikan

Raja Melayu -  dibersarakan

Agama Islam agama Persekutuan - ditamatkan menuju negara sekular bebas agama

Bahasa Melayu bahasa resmi - mesti disama tarafkan dgn bahasa mandarin. Bahasa Inggeris bahasa rasmi

Hak-hak istimewa bumiputera dalam Perlembagaan - dipinda dan ditamatkan

Tempat di IPTA - kuota bumiputera diganti dengan meritrokasi

Penjawat awam Melayu - dikurangkan melalui pemberhentian kakitangan

Pembinaan masjid - disama banyakkan dengan gereja, tokong cina, patung buddha dan kuil hindu.

Perkahwinan - bukan islam boleh kahwin dengan islam tak perlu peluk islam

Perdana Menteri - mesti diundi dalam PRU bukan dilantik oleh Y D Pertuan Agong.




Melayu Hebat Pejuang Islam?



Penggadai maruah bangsa kepada komunis

Melayu yang bodoh akan terus diperkudakan demi cita-cita di atas

Ada Melayu yang bertepuk tangan dan bertakbir bila DAP nak hancurkan Islam. Amat memalukan.


TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 1969







Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

Persepsi

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Angka korban


Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [5]

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Mageran telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang. Diantara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP



Terdedah satu rahsia yang cuba disenyapkan selama ini disebabkan kebiadapan DAP yang semakin memuncak. Kegawatan situasi semasa yang mungkinkan berlaku lagi peristiwa berdarah 13 mei selepas PRU13 juga menyebabkan ada pihak yang terpaksa menceritakan apa yang terjadi di belakang tabir.

Siapa sebenarnya rasis yang menjadi punca peristiwa malang itu.


Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.

LKS dalang peristiwa berdarah!

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekatil dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu", Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”


Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.

Nasihat saya kepada Melayu, janganlah sesudah terjadi baharu hendak menangis sesal. Nasib anak cucu anda terletak atas apa yang anda lakukan sekarang.