Halaman

Selasa, 1 November 2011

"Queer Without Fear" tunggu ulasan Nik Aziz (ketua ulama)

SEX BEBAS inspirasi baru Perosak Umat


Pemimpin terhebat himpunan 09 Julai2011 yang juga penganjur IFC (Datuk?) Ambiga Sreenavasan bakal menjadi heroin JESUITS sekali lagi, melakar pelancaran satu program himpunan gila yang dinamakan KEBEBASAN SEKSUALITI pada 09 November ini di Annexe Gallery bersebelahan Pasar Seni, Kuala Lumpur.Tempat yamg menjadi tumpuan orang ramai perbagai kaum dan juga pelancung. Himpunan ini diberi tajuk "Queer Without Fear" simbol kaum homosex.

Ia merupakan cabaran terhebat masa kini kepada negara yang majoritinya penganut Islam. Kepala Muslimin ditenyeh tanpa rasa malu dan takut. Tiada pula bimbang terhadap mengganggu ketenteraman dan mengguris perasaan kaum lain sebagaimana HIMPUN? Apakah agenda mereka masa hadapan? Tentunya akan lebih berani, lebih menyayat perasaan kaum Muslimin. Terutama anak buah Nik Aziz yang begitu komited tentang hukum hakam Islam, bakal menangis kesedihan tak terkata lagi.

Kita tunggu dan lihat apa yang bakal diperkatakan oleh kaum "Islam Sejati" binaan PAS ini yang semakin tenggelam arah dan terus menerus tersilap langkah. PAS menjadi dominan orang Islam di masa lalu kini menghadapi kemelut ternista abad ini. Dikerumini lipas dan serangga perosah di segenap arah. Dulu mereka melaungkan ayat-ayat alQuran dan Hadis, petikan pandangan Ulama Tersohor dan sering menyalahkan pemerintah terutamanya UMNO jika berlaku sesuatu perkara yang menyalahi syarak. Kini semuanya terbalik ke belakang dan menghinggap di atas batang hidung sendiri. Nasib malang Nik Aziz yang kini semakin tenggelam keulamakannya dan mula kehilangan sanjungan kaum Muslimin.

Semua ini kerana tertarik dengan perserikatan dengan Anwar yang dilihat cukup bergaya memimpin "pemberontakan" terhadap UMNO suatu ketika dahulu iaitu sebelum segala rahsia peribadinya terbongkar. Anwar pula telah tersalah pilih kawan yang sebelunya pernah labelkannya sebagai kaum chauvinis yang tidak akan pernah merasa puas selagi Melayu tidak dapat di"hambakan" sepenuhnya. Mungkin kerana beliau masih merasa dirinya mampu memutar ligat kepala Karpal dan Kit Siang, maka dia berani mengambil risiko tersebut.

Pada mulanya kelihatan amat cantik dan memihak, tetapi semakin lama kelihatan semakin longlai dan ia disokong pula oleh tindakan Karpal yang semakin menghimpit kredibilitinya, DAP telah mula menunjukkan wajahnya yang  sesebenar. Syaitan yang berselindung dalam jubah PAS dan PKR.

Ambiga Sreenavasan bijak menyembunyikan niat sebenar. Jelas sekali dia menjadi anjing betina peliharaan DAP secara rahsia. Mengucar kacirkan perpaduan Melayu melalui merosakkan banirnya iaitu Islam. DAP sering melepaskan diri dari dituduh melaksanakan sikap anti Islam secara langsung dengan mempergunakan beberapa ekor anjing peliharaan (Karpal suka anjing) menghuruharakan PAS. PKR dan UMNO. DAP juga menjayakan projek anjuran JESUITS tanpa berselindung lagi (kes DUMC). Para Masons pula telah berjaya menguasai DAP dan PKR (melalui lobi wang) sepenuhnya malah sedang menyusup ke dalam PAS tanpa Nik Aziz sedari (atau diperangkap).


Dimana sahaja Anwar bercakap atau berpidato, tindak tanduk Ambiga tidak pernah ditegur apa lagi diserang. Malah sejak akhir-akhir ini, Anwar sudah tidak ambil peduli lagi apa yang akan terjadi pada Islam. Tindakan Ambiga menjadi aset penting Pakatan Rakrat pula dengan memberi petunjuk bahawa UMNO atau BN telah tidak berkemampuan menghalang perilaku Ambiga dan rakannya merosakkan akidah dan syariat Islam.

UMNO kini berada atas landasan yang sangat kritikal. Goyah dan tidak sekuat dahulu. Kebijaksanaan semacam mana lagi yang diperlukan untuk menangkis semua kejahatan musuh-musuh jahat dan licik ini? Selama ini kecederaan parah telah dapat diubati walaupun meninggalkan parut yang tebal. Kini luka lama itu mulai bernanah menujukkan ia belum sembuh sepenuhnya kerana dijangkiti kuman. Semakin menyakitkan. Serangan dari luar cukup padu dan menggentarkan disebabkan beberapa kesilapan masa lalu. 

Walau apa pun akibatnya, Islam juga yang menjadi mangsa. 

DAP menyerang dari luar bersama-sama beberapa NGO tajaan mereka diketuai AMBIGA mendesak itu dan ini disokong pula beberapa kerat ahli BN yang terketar-ketar menari irama yang sama, menggeliat dan kemabukan. PKR bertindak menyerang dari rusuk kiri atau kanan dengan beberapa isu terpilih khususnya berkaitan salah laku pemimpin kerajaan dan aktiviti rasuah. PAS pula menyerang dari dalam dengan kempen membenci UMNO yang dikatakan tidak Islamik. Kelansungan UMNO untuk dominan semakin getir. Belum diambil kira kemelut beberapa parti politik di Sabah yang kini sedang memerhati keadaan.

Islam dijadikan mangsa dan bermatlamat menjerat parti pemerintah dalam apa sahaja bentuk yang dirasakan menguntungkan. Memberi gambaran bahawa pemerintah sekarang telah lemah dan tak berwibawa. Setelah kes MURTAD kini satu lagi wabak yang mereka bawa. Mulut PAS akan dikunci rapat demi menjamin peluang memenangi pilihanraya.



Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda hak asasi manusia! SUHAKAM juga turut sama membantu. 

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat saperti seks bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina.

Adalah jelas 'amalan yang hendak dipromosikan oleh program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI yang akan dilancarkan oleh wakil Anwar, Ambeega Sreenavasan ini bercanggah sama sekali dengan amalan dan norma kehidupan manusia bertamadun. Apa lagi Islam yang amat jelas mengharamkannya.

Sikap biadap DAP dan kekurang ajaran puak-puak ini yang tidak putus-putus mencari helah untuk menimbulkan suasana provokatif terhadap rakyat Malaysia khasnya umat Islam! Kenapa?

Apakah tujuan mereka mahu membuat himpunan Kebebasan Seksualiti ini dalam suasana umat Islam sedang menjalani 'ibadah haji di Makkah dan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut 'Eidul Adha pada 06 November 2011. Fikirkanlah. Sekali mereka membenci Islam, mereka tidak akan senang melihat Islam harmoni dan tenang.

Kepada penyokong Ambiga, Anwar dan tidak terkecuali Hj Hadi (Tok Guru?) - Adakah kamu mahu memperjuangkan amalan seks bebas tanpa batas dalam negara ini? Adakah ianya dibenarkan?

Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu gejala sosial, pelacuran semakin merebak, perzinaan terbuka dan melampau, kegiatan homoseksual dan lesbian yang keterlaluan, gejala pembuangan bayi dan banyak lagi. Malahan sudah mula kedengaran amalan pesta bertukar pasangan diantara pasangan berkahwin bertukar laki dan bini masing-masing dengan orang lain. Hidup bagaikan binatang malah lebih buruk dari itu. Inikah yang kamu kehendaki tanpa rasa malu dan bersalah?

Nik Aziz (seorang Mursyid) boleh memberikan jawapan memuaskan terhadap isu ini.  Semoga kita tak dengar bisikan garau sesia sebegini:

"Kita tak perlu halang mereka, kita dakwahkan mereka dan beri kefahaman tentang Islam kepada mereka, kita perbetulkan akidah orang Islam dahulu sebelum menngganggu orang bukan Islam. Jaga keharmonian kaum, kita adakan perbincangan kerana ia lebih bertamaddun... lagi.. lagi.."


Lebih memeranjatkan, ada kaum yang sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan dimansuhkan. Alasan mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan seks LBGT yang menjadi tonggak himpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dicadangkan pada 09 November ini. Mereka mendakwa bahawa banyak negara sudah memansuhkan Seksyen 377A-D, antaranya Britain, India dan Singapura! PAS bakal menyokonnya juga? Keletah PKR akan dapat dilihat nanti.

Sejauh itu keberanian mereka, setelah mereka melihat kecacatan Umat Muslimin Malaysia. PAS dan PKR telah berjaya diarahkan dalam senyap untuk memulaukan "HIMPUN" 22 haribulan lalu. Inilah salah satu kesan dari tindakan PAS yang lalu. Terpaksalah menelan muntah sendiri.

Seksyen 377A-D adalah peruntukkan dimana 'amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti seks melalui dubur, samada antara lelaki dan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isteri sendiri), samada secara sukarela mahupun secara paksa, termasuk dengan haiwan adalah menjadi satu kesalahan yang dipandang serius dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan!

Adakah selain dari mendapat keuntungan dari segi kecelaruan kehidupan manusia moden dan mencengkam kekuatan Islam Malaysia, ia juga bertujuan membantu Anwar dari pertuduhan yang sedang beliau hadapi?

SEKSYEN YANG SAMA DIMANA ANWAR IBRAHIM DIKENAKAN PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR (1998) DAN PEMBANTU PEJABATNYA SAIFUL BUKHORI AZLAN (2008)!!

Sebagai Umat Islam kita wajar mengutuk keras program KEBEBASAN SEKSUALITI yang mahu dianjurkan ini. program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI ini wajib ditentang dan dibantah habis-habisan. Malahan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan mengharamkan himpunan ini. Jika tidak mahu kejahatan yang lebih besar muncul selepasnya.

Zaman LUT kembali semula dengan galaknya ke dunia dan apa yang pasti dari petunjuk alQuran, kita bakal mendapat azab yang pedih dari Allah. Semua pihak termasuk manusia beriman juga akan menerima bala' yang keras dari Allah Subhana Wa Taala. Semoga kita mendapat pertolongan dari Allah menghadapi bencana akhir zaman ini. Amin.

Relatifnya, Ambiga telah diangkat sebagai pejuang Islam melalui himpunan haram 09 Julai. PAS amat mengkagumi keberanian Ambiga. Adakah PAS akan menafikannya? Kini Ambiga bertindak semakin jauh ke dalam api. Adakah pemimpin PAS yang hebat seperti Nik Aziz, Hj Hadi dan Mat Sabu serta pengikut setia PAS akan menyokong SEKSUALITI BEBAS ini sebagaimana BERSIH 2.0? 

Terserahlah kepada anda jika anda masih merasakan anda seorang yang beragama Islam. Apa yang diharap, semua penganut Islam (yang lain) walaupun bukan penyokong UMNO, teruskanlah komitmen menghalang berlansungnya permainan Jesuits ini yang bakal mendapat kemurkaan Allah Subhana Wa Taala. Sokonglah tanpa berbelah bagi sekiranya kerajaan bertindak menghalangnya semoga mendapat sedikit habuan pahala dari Allah. Amin.


Terimakasih ZN... atas maklumat ini. kredit untuk anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan