Halaman

Jumaat, 4 November 2011

Terima Kasih Nik Aziz


Syukur Alhamdulillah. Saya dapat rasakan sesuatu kelainan dari pimpinan PAS ini. Sekurang-kurangnya dia menyatakan pandangannya secara pribadi sebagai seorang ulama. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada ia merupakan pandangan resmi PAS terhadap tindakan Ambiga. Selagi Hj Hadi dan Mat Sabu tidak membuat sebarang komen, kita anggap ia hanyalah pandangan peribadi Mursyidul Am PAS ini bukanlah keputusan para pemimpin PAS. Semoga tekaan saya salah.


Sehingga kini belum ada sesiapa pun di kalangan pemimpin PAS berani menghukum keterlaluan Ambiga dan BARC dalam tindak-tanduk mereka menghina Islam. Semoga selepas ini PAS akan lebih mengutamakan Islam dari kepentingan politik mereka. Itu adalah harapan ramai penganut Islam negara ini.

Berbalik kepada perjuangan Ambiga dan BARC, Suaram, Suhakam dan berbagai lagi NGO pro DAP sering kita lihat mereka gemar memperomosikan kebebasan tanpa had bagi menarik sokongan terhadap DAP dan khasnya PR. Kebetulan pula (kebetulan?) apa yang dilakukannya seiring dengan perancangan zionis menghancurkan negara Islam.

Kali ini mereka cuba membuat tohmahan seolah Islam ini milik UMNO. Untuk membenci UMNO mereka mengadakan serangan bertubi ke atas Islam yang sekaligus berharap kerajaan akan tersalah langkah. UMNO dipaksa menentukan kedudukan mereka dalam menjaga Islam.

Jika gagal membendung gejala ini, PAS mempunyai alasan kukuh untuk mempersalahkan UMNO kerana tidak mampu menjaga agama dan sebaliknya jika berjaya pula, UMNO dipersalahkan oleh kumpulan non Muslim sebagai kerajaan yang menghalang kebebasan bersuara dan menyalahi kebebasan rakyat. Kerajaan kejam dan sebagainya akan dilabel untuk mengundang kebencian rakyat terutama bukan Islam.

PAS dan UMNO mesti dijarakkan supaya Umat Islam tidak bersatu sampai bila-bila. Penyatuan akan merosakkan perancangan DAP dan mengundang permusuhan antara kaum dan agama.

Selain dari mencari peluang merosakkan Islam di negara ini, mereka juga akan dapat membantu Ketua PR menyelamatkan diri dari pertuduhan yang dihadapi. Ketua PR memainkan peranan utama merosakkan perpaduan Melayu dan Islam, ini amat menguntungkan DAP yang mendapat sokongan padu kaum Cina dan penganut Kristian.

Amat jelas BARC dan Ambiga begitu bersungguh-sungguh mempermainkan isu sensitif sebegini. Mangsanya ialah Islam tidak kira dari kalangan PAS, bebas, PKR atau pun UMNO. Pastinya mereka tidak akan berhenti di sini kerana agenda mereka tentunya untuk memenangkan PR yang bakal dikuasai DAP (bukan PKR). DAP yang akan meruntuhkan Islam dari persada negara. PAS harus sedar permainan ini.

Jika UMNO ingin selamat, kembalilah kepada agama selayaknya sebagai umat Muhammad. Campak keluar semua algojo yang rasuah dan emlakukan amalan negatif. Jangan sesekali mencari kemurkaan Allah, siksaNya amatlah pedih.

PAS wajar bersama seluruh umat Islam menjaga agama tercinta ini dan mula peka terhadap perancangan zionis melalui proksi mereka. Berhati-hatilah dengan kumpulan pro Islam Liberal yang semakin kukuh dalam pimpinan PAS, mereka bakal mengenepikan golongan ulama bila berpeluang.

Islam harus diutamakan dalam apa situasi sekali pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan