Satu Petanda
2.0 mempunyai perancangan dahsyat yang bakal menghantui negara menjelang hari kiamat. Langkah RADIKAL mencabar kerajaan semasa melalui aturcara yang digarap rapi oleh George Soros rakan DSAI. Apa lagi yang akan dapat diharapkan dari mereka yang sedang bermuafakat menjahamnamkan Melayu di bumi bertuah ini melalui orang Melayu sendiri. Melayu yang usahakan kemerdekaan, kini melayu juga akan menjual kemerdekaan tersebut kepada kaum pendatang. Urrrgh tak dapat dibayangkan kesan dari kecerdikan kumpulan ini.
MENGAPA STADIUM MERDEKA?
Sebab nostalgia "kemerdekaan". Kini di lokasi yang sama orang Melayu akan melelong kemerdekaan tanpa mereka sedari. DAP berlapang dada menanti peluang terhidang untuk memerinyah negara. PAS dan PKR bakal melopong menangis malu.
Sengaja stadium yang kecil dan nak roboh itu dipilih. Muatkah stadium itu menampung perhimpunan 300 ribu manusia bersih (yang dikatakan mungkin akan dihadiri oleh 500,000 orang penyokong tu)?
2.0 itu yang niatnya kelihatan semakin kotor dan busuk, setelah DYMM memerintahkan ia dibatalkan, mereka membuat aturcara baru yang akan mebolehkan niat asal mereka tetap dapat dijalankan. Bagaimana nak isikan ratusan ribu pendemo ini dalam stadum yang hanya dapat memuatkan 25 ribu penonton itu? Apakah mereka bodoh? Memiilih Stadium Merdeka tu? Tidak! Sebab mereka pandai dan bijak berhelahlah mereka memilihnya.
Stadium kecil ini bakal melimpahkan pendemo di luar kawasan stadium di Ibu Negara.Akan ada alasan untuk membuat kacau di sekitar stadium itu. Maka niat mereka menimbulkan huru hara tetap dapat dijalankan.
Dalam perjalanan ke stadium, mereka melalui berbagai lokasi dari tempat perkumpulan yang starategik yang telah diaturkan. Bagaimana? hanya berbeza dahulu hendak ke Istana Negara, kini hanya di ubah ke Stadium Merdeka. Perkara yang lain semuanya sama seperti asal.
Siapa lebih bijak antara DSAI dan DSNTR. Kita tunggu!
Kata seorang pengintip:
Rancangan mereka adalah untuk berkumpul di tempat seperti Kg Baru, Sogo, Dataran DBKL, dan Masjid Negara untuk berarak ke arah Stadium Merdeka. Rancangan asal hanya beza sikit arah dari Istana ke arah Stadium Merdeka.
Oleh kerana perarakan ini tidak mendapat permit polis, maka polis perlu bertindak. Mereka akan engkar arahan dan masa itulah mereka provokasikan polis.
Bila polis bertindak, masa tulah massa media mereka dan luar negara akan gambarkan kerajaan dan polis sebagai zalim.
Mereka tak tunjuk pemberontak melakukan provokasi. Mereka tak sebut Bersih persatuan haram yang tidak boleh dapat permit bawah undang2.
Mereka tak tunjuk pembangkang menghasut untuk menumbangkan kerajaan melalui cara tidak mengikuti perlembagaan dan mereka akan justifikasikan dengan pembohingan kononnya pilihanraya pun tipu. Padahal mereka menang 4 negeri dan 82 kerusi serta 8 PRK dan 12 kerusi Sarawak.
Mereka tak sebut dari 8 tuntutan, 4 saja ada kena mengena dengan SPR. Mana hilang 13 lagi tuntutan lain? Tak sebut juga PRN Sarawak yang dikatakn korot tapi mereka hanya buat satu saja protes yang tak ikut prosedur.
Kedudukkan Stadium Merdeka di tengah bandar akan pasti menyebabkan traffic jam, kacau peniaga, orang ramai dan pelancong, berlaku kerosakkan yang boleh disalahkan polis dan kerajaan serta UMNO.
Semua mereka lakukan hanya untuk menghuru haradan harap ianya berlaruatan seperti di Tahrir Square.
Kata PERKASA pula....
Nampaknya Datuk Ibrahim Ali juga ingin popular melalui kaedah yang sama. Maklumlah DIA juga ahli kuat demonstrasi pelajar dipimpin oleh DSAI satu masa dahulu (aku baru masuk U masa itu) DIA amat kenal DSAI dan Hisamudin Rais.
KUALA LUMPUR 7 Julai - "Kerajaan Kena Tegas." Itu kata Presiden Perkasa sambil menghentakkan meja memarahi Kerajaan yang semakin berlembut dengan permohonan Pemimpin Pakatan.
Ibrahim Ali kelihatan semakin bosan dengan tindakan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang dilihat membiarkan Pemimpin Pakatan Rakyat terus menerus menuduh Kerajaan memprovokasi dengan pertuduhan demi pertuduhan tanpa sebarang tindakan susulan.
Beliau mendesak pihak polis menyiasat penggunaan senjata merbahaya yang disyaki dilakukan Penyokong-Penyokong BERSIH.
"Mereka kata ini seolah perancangan Kerajaan dan Polis. Ini pandangan jahat. Kita (PERKASA) nak polis menyiasat berita-berita yang berkaitan yang disebut tadi (penggunaan senjata merbahaya).
Beliau sempat dengan nada sinis membaca pemikiran Pemimpin Pakatan yang seolah-olah direka-reka Kerajaan setiap kali berlakunya sebarang pertuduhan jahat.
"Macam Video Anwar Ibrahimlah (individu yang dituduh) direka-reka. Jadi semua dalam Malaysia ini direka-reka. Kecuali kalau kena dengan orang Kerajaan baru ianya tidak direka-reka. Walaupun tak betul."
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian ketika membuat Sidang Media berkenaan status Perhimpunan Gerak Aman Perkasa di sini, semalam.
PERKASA dilihat tidak berganjak dengan pendirian untuk meneruskan perhimpunan seperti yang dirancang dan mengikut rentak BERSIH menganjurkannya di dalam Stadium.
Perhimpunan ini sedang dirancang untuk mengemukakan permohonan berhimpun di Stadium Negara ataupun di Stadium Merdeka.
PERKASA juga akan mengadap Yang DiPertuan Agong bagi memperjelaskan rasional perhimpunan ini diadakan sebagaimana yang dimohon Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga.
P/S Kalau Perkasa tak dapat Stadium Merdeka, Bersih lagi tidak boleh dapat pasal Perkasa dah masuk mohon bertulis lebih awal nakkan Stadium Merdeka.
Lagi satu sila ingat, Perkasa pertubuhan HALAL!!!
sumber asal
CATATAN SEJARAH MALAYSIA
ini kata nordin peguam bekas peguam anwar... yer le kot!
Apa pun, yang paling patut malu dengan majlis mengadap Tuanku YDP Agong oleh Ambega ialah PAS. Cuba bayang yop, Ambega sikit pun tak pandang kepada Timbalan setia dia Matsabu. Sepatutnya Ambega wajib bawa Matsabu bersama semasa mengadap Tuanku, kerana Matsabu tanpa rasa malu beriya-iya menjadi pembantu setia Ambega. Tetiba bila time glamer nak mengadap Tuanku, nama Matsabu pun Ambega tak sebut, jauh sekali nak bawa sekali. Tinggal Matsabu terkonteng-konteng sorang-sorang bersama kaumnya yang tak abis bertakbeer nak ngikut mama Ambega, tapi akhirnya kena koner je yop.
Takkanlah kaum Anwarinas tak nampak-nampak, masih terhegeh-hegeh nak membontoti si Ambega ni. Ni lah orangnya yang kaum Anwarinas dan kaum Kunyit-2 maki hamun dulu. Siap isytihar jihad. Orang yang mendalangi IFC, menyokong murtadnya Lina Joy, penganjur forum "masuk Islam" yang jelas menghina Islam. Kini dinobatkan oleh kaum Anwarinas dan Kunyit-2 sebagai kalipah dema yop, dengan diiringi gema takbeer yang membuatkan iblis pun menangis yop! Ni kerja gila babi yop, babi gila pun tak buat kerja macam ni.
Tapi nak kata apa lagi yop, bila dah gila nak berkuasa, kalkatu pun akhirnya musnah kepada api yang dikejarnya! Nasihat teman kepada kekawan kaum Kunyit-2 dan Anwarinas, hentikanlah tindakan memperbodohkan diri ini membontoti si Ambega ni. Dia ada agenda tersendiri, buat apa mike memperlembukan diri kepada agenda dia. Kalau nak sangat, buat himpunan sendiri. Kan mike semua dah biasa buat solat hajat dan himpunan dalam stadium. Tak perlu bergantung, apatah lagi nak membontoti orang lain, tambah-tambah kapior harbi laknatullah yop.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan