Halaman

Selasa, 26 Julai 2011

Karpal, pemimpin yang disanjung Melayu?




Dulu Karpal Singh sangat dikagumi dan di hormati kerana kelantangan, keberanian dan keadilan menerusi mahkamah. kini pada usia tua, saat menghitung hari kematian sambil menyelususri ruang mahkamah dengan menggunakan kereta soorong, beliau kelihatan sedang mencalar rekod cemerlang perkhidmatannya dengan membela seterunya satu masa dahulu Anwar. Pada suatu ketika dulu seakan diseretnya ke mahkamah dalam skandal kes liwat.

Sebenarnya Karpal sangat bingung fasal Anwar. Kes liwatnya belum pun selesai kini timbul pula cerita wayang lucah. Kalau diikutkan hati tentu Karpal dah tukul pecah kepala Anwar tetapi Karpal terpaksa bertahan dan bersabar sebab Anwar seorang sahaja masih kuat pengaruh pada orang Melayu. Sekarang ni Karpal terpaksa makan hati ulam jantung menelan prinsipnya demi cita-cita politik, bersabar dan bertahan. Kepada saudara Anwar, adakah anda ingat Karpal, Ambiga, Lim Kit Siang sayang kepadamu?  

Semua maklum bahawa Karpal dari dahulu amat teguh kepada prinsip, dia menyokong sehingga sanggup menjadi peguam Anwar semata-mata mahu menggunakan peluang yang ketika ini adalah yang terbaik untuk menguasai negara ini. Anwar pula berusaha menjadikan Karpal sebagai satu senjata menangkis segala tuduhan yang dilemparkan ke arahnya. Masing-masing tahu niat sebenar sekutunya namun demi keperluan yang berlainan mereka menjalankan helah yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai.

Karpal hanya mahu mempergunakan Anwar. Kenapa? Dia akan meminta Anwar membayar harganya dengan melantik anggota DAP sebagai TPM seperti mana yang telah Anwar janjikan sekiranya PR menang pilihanraya nanti. 

Rahsia Anwar sudah sarat dalam beg yang Karpal bawa. Rahsia sejak masih menjadi TPM dahulu lagi. Pelbagai Kes yang telah disiasat sebelum ini (ketika Anwar adalah musuhnya) disokong pula bukti terbaru. Semua ini akan menjadi bahan ugutan yang paling berkuasa untuk memaksa Anwar mematuhi segala apa yang DAP usulkan termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, jika Anwar memungkiri janji, bukan sahaja DAP akan mengugut untuk keluar dari PR malah akan membuat hebahan terbuka segala rahsia Anwar yang ada pada mereka. Mereka sejak dahulu lagi tidak mempercayai Anwar tetapi atas helah politik, Karpal mempergunakan situasi semasa ketika Anwar sedang tersepit.

Pengaruh Anwar menyeret orang Melayu menyokong DAP amatlah ketara. Ini amat dikehendaki oleh mereka kerana sebelum ini umat Melayu amat membenci parti chauvinis cina ini.

Semua tahu Karpal sengaja melengah-lengahkan kes bicara, sebab dia sendiri tidak mahu banyak berbohong dalam mahkamah yang disanjungnya selama ini tempat dia menegakkan kebenaran. Sebab itu dia mencipta pelbagai helah seperti memohon pertukaran hakim, meminta bicara dalam bicara dan ada masanya meminta ditukarkan mahkamah. Begitulah liciknya peguam yang mempunyai tahap tertinggi kebenciannya terhadap Islam ini. Jika Anwar itu seorang pejuang Islam dan bakal memertabatkan negara Islam, adakah Karpal bersetuju untuk bersekongkol dengannya?

Perlengahan masa sangat penting untuk survival politik Anwar, juga menjadi laluan politik DAP. Jika Anwar jatuh sebelum pilihanraya, DAP juga tergugat bukan setakat PKR sahaja.

Melengahkan masa, dan berharap PM akan membubar dewan dalam masa terdekat. Karpal menjadi bingung kerana PM masih belum umumkan pembubaran dewan. Bila kehabisan usaha, mereka gagaskan demo jalanan pula untuk menarik perhatian rakyat dari menumpukan pada kes Anwar di mahkamah.

Lanjutan dari kes demonstrasi, banyak masalah baru telah timbul. Polis dilabelkan sebagai ganas dan zalim. Niat sebenarnya menjadikan negara ini sebuah negara yang huruhara dan menekan pemerintah melakukan kesilapan. Tools untuk mendapat simpati rakyat.

SPRM dituduh tidak berlaku adil kepada pembangkang (sehingga UMNO hilang 2 negeri kepada pembangkang ???). 

Karpal sudah mengetahui, PRU 13 ini adalah satu-satunya harapan untnk mencipta sejarah. Kalau PR menang DAP akan mendapat kuasa walaupun diterajui Anwar. Selain ini tidak ada lagi situasi orang Melayu mahu berkompromi soal meletakkan bukan melayu sebagai TPM. Inilah keupayaan yang ada pada Anwar memaksa pengikut PAS dan PKR menerima DAP sebagai TPM Malaysia. Jadi inilah peluangnya. Karpal bukannya tidak percaya fasal video seks itu. Jika Anwar masih dalam kerajaan, pastinya Karpal sendiri akan menggunakan isu tersebut untuk menjatuhkannya.

Seperti yang diketahui, dia lebih inginkan jawatan TPM itu sehingga terpaksa mengorbankan prinsipnya yang sentiasa inginkan kebenaran

"ASYIK POSPON.. POSPON.. BILA MAU ABISSS DAAA! "- Anak Bapak

Opps!
sumber... rahsia DAP.


Semua orang tahu UMNO jahat dan dari dahulu hanya mengkayakan juaknya. Sejahat-jahat UMNO tidak akan rela negara ini diperintah oleh orang kafir apatahlagi yang nyata memusuhi Islam. Berbeza dengan PAS dan PKR. 

1 ulasan:

  1. That's a pretty astute observation. KS is gone now. Maybe KS just didn't feel like working with Anwar anymore. And it is a political pattern everywhere in the world when the alternative or progressive wants to get rid of the establishment they will always back someone with a lot of skeletons in the closet for "political leverage".

    DAP is a party full of people without integrity. The Chinese don't support DAP as much as they don't have an alternative after Gerakan failed so miserably.

    We can't make DAP go away but we can make sure Malaysia stays united so that western countries don't control us through puppets that are known as Social Justice Warriors.

    BalasPadam