Ini adalah matawang Singapura (Sekarang Singapore) gambar yang tertera di matawang ini adalah presiden pertama Singapura Almarhum Tuan Yusuf Ishak .
Kenapa saya post ini?..
Kerana untuk kita sama sama berkongsi bagaimana agenda PAP dan DAP. Setelah Singapura diberi kemerdekaan oleh Malaysia selepas peristiwa 13 Mei 1969, Singapura menggubal perlembangaanya mirip kepada perlembagaan Malaysia yang memberikan hak dan keistimewaan org melayu dan perlembagaan berkenaan hak tersebut masih kekal sehingga hari ini. Agenda DAP 100% mirip kepada PAP yang akan menyingkirkan orang orang melayu secara sistematik sehingga segala hak melayu akan terus dihakis sehingga melayu seumpama kaum yang sudah tiada tempat di Singapura.
Dengan agenda halus meletakan Presiden Pertama Singapura daripada orang melayu kini sudah tiada lagi dan ia hanya tinggal kenangan di matawang nya sahaja. Begitu juga DAP hari ini terpaksa menggunakan orang melayu untuk mencapai cita cita mereka mentadbir Malaysia. Dan jika ini berlaku maka segala hak hak melayu akan terus dihakis mengikut cara pentadbiran mereka hatta tanpa mengubah apa apa pun didalam perlembagaan Negara. Orang orang melayu harus sedar bahawa untuk meruntuhkan dominasi melayu ia perlu meruntuhkan UMNO dan tidak hairan UMNO terus diserang dari segenap sudut untuk melemahkan organisasi dan kesatuan melayu.
Kini amat jelas bahawa agenda DAP semakin hari semakin menampakan kejayaan apabila satu pakatan pembangkang dengan sokongan orang orang melayu yang kunun berteraskan Islam berganding bahu untuk melumpuhkan UMNO bagi mentadbir Negara. Dalam sistem demokrasi kita ia tidak boleh dihalang kerana ia dibenarkan didalam perlembagaan. Namun suka saya mengingatkan bahawa dimasa mendatang jika orang melayu masih tiada kesedaran dalam memilih kerajaan maka sedikit demi sedikit kita pasti akan menjadi Singapura di dimana melayu dan islam hanyalah tinggal pada nama mereka sahaja. Oleh itu berhati hati lah dalam memilih kerajaan kerana ancaman dan hakisan kekuasaan melayu itu sendiri datangnya daripada kalangan kita juga. Dan jika ini berlaku maka kita akan terjerumus didalam kancah seperti yang berlaku di Iraq, Mesir, Tunisia dan Syria
Salleh Amiruddin
Yes, great US Military force. Also, in his post you have given a chance to listen about US Military. I really appreciate your work. Thanks for sharing it. web design buy
BalasPadam