Halaman

Jumaat, 13 Mei 2011

Sekutu kuat Ahmadinejad di tuduh mengamalkan sihir


Saeed Kamali Dehghan
guardian.co.uk, Thursday 5 May 2011 19.23 BST

Perselisihan pendapat dan pergelutan kuasa dalam kerajaan Iran antara Presiden dan Pemimpin Tertinggi Iran telah menyebabkan berlakunya penangkapan chief of staff, Esfandiar Rahim Mashaei kerana “menggunakan pengaruh yang tidak sepatutnya” sebagai Ketua Kakitangan Kerajaan.

Chief of staff, Esfandiar Rahim Mashaei adalah sekutu kuat Ahmadinejad malah telah dianggap “presiden sebenar” negara itu (kuasa belakang tabir) oleh sekutu Pemimpin Tertinggi Iran..

Gambar di atas menggambarkan kebenaran dakwaan ini

Sekutu rapat kepada Presiden Iran, telah dituduh menggunakan kekuatan supernatural (sihir) untuk mendapat kelebihan dalam mengatur polisinya di tengah-tengah perebutan kuasa yang semakin sengit antara dia (Ahmadinejad) dan Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Beberapa orang yang rapat dengan presiden dan kepala stafnya, Esfandiar Rahim Mashaei, telah ditangkap dan didakwa sebagai 'ahli sihir' dan menggunakan jin.

Ayandeh, sebuah laman berita Iran, menggambarkan salah seorang yang ditahan ialah Abbas Ghaffari, 'seorang ahli dalam bidang metafizik dan boleh berhubung dengan alam ghaib'.

Penangkapan ini berlaku ketika wujud keretakan dan ketegangan hubungan antara Ahmadinejad dan Khamenei sehingga mendorong beberapa ahli parlimen menuntut supaya presiden tersebut dipecat.

Ahmadinejad kembali semula ke pejabatnya selepas menyertai mogok 11hari memprotes perlantikan semula Menteri Perisikan oleh Ali Khamenei yang telah melepaskan jawatab atas nasihat Ahmadinejad.

Penentangan belum pernah terjadi sebelumnya, Ahmadinejad dikritik keras oleh kalangan konservatif yang memberi amaran bahawa dia mungkin akan menghadapi nasib yang sama dengan Abdulhassan Banisadr, Presiden pertama Iran pasca-revolusi yang telah disingkirkan kerana dipercayai cuba untuk menentang kuasa ulama.

Ayatollah Mesbah Yazdi, ulama yang bersikap keras juga dekat dengan Khamenei, memberi amaran bahawa jika tidak mematuhi Pemimpin Tertinggi – (yang mempunyai kuasa tertinggi di Iran) - seumpama 'mengingkari Tuhan’.

Ahmadinejad setakat ini menolak secara rasmi penggunaan kuasa Khamenei terhadap Heydar Moslehi. Dalam mesyuarat kabinet pertama selepas Presiden kembali, Moslehi tidak hadir.
Penyokong Khamenei percaya bahawa konfrontasi bermula dari peningkatan pengaruh Mashaei yang sedang dipersiapkan oleh Ahmadinejad sebagai pengganti. Mashaei adalah penentang utama penglibatan ulama dalam politik,

Apa yang menarik, perseteruan memuncak selepas keluarnya sebuah filem dokumentari Iran mengenai hampirnya masa Imam Mahdi - penyelamat mazhab Syiah yang amat disanjung dan dinanti, kembali semula. (Umat kristian melihat ia hampir serupa dengan kepercayaan pengamal kristianisasi tentang kembalinya Jesus – kemunculan ke 2).

Ulama konservatif menyatakan bahawa waktu kembalinya Mahdi tidak boleh diramal dan ia ‘menyalahi hukum’ . Ulama mengatakan semua ini termasuk bertanggung jawab mengeluarkan filim tersebut diatur oleh Presiden dan Mashaei. Ahmadinejad terkenal sebagai orang yang obses terhadap “imam menyembunyikan diri” (hidden imam) tersebut.

Ia sering menyebut perkara ini dalam ucapan-ucapannya dan pada tahun 2009, pernah mengatakan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Amerika Syarikat sedang berusaha untuk menghalang kemunculan semula Mahdi.

Sejak kembalinya Ahmadinejad minggu ini, sekurang-kurangnya 25 orang, yang diyakini hampir dengan Mashaei, telah ditangkap. Di antara mereka adalah Abbas Amirifar, Ketua Jawatankuasa Kebudayaan Kebangsaan dan beberapa wartawan surat khabar kepunyaan Mashaei, Haft-e-Sobh yang baru saja dilancarkan.

Pada hari Sabtu, Mojtaba Zolnour, Timbalan Perwakilan Pengawal Revolusi yang dikawal Ali Khamenei, berkata: " Mashaei adalah presiden yang sebenarnya. Ahmadinejad hanya memegang tali busuk yang dipergunakan Mashaei. "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan