KENAPA IA BERLAKU?
Persoalan:
1. Bagaimana seorg adun boleh ada wang tunai 250k di rumah ?
2. Kenapa tidak berani buat laporan polis ?
# dari housepk
jawapannya kerana mahu menyelamatkan kerjanya politik anuwar. sekiranya khalid kekal sebagai mb selangor pasti khalid tidak akan menyalurkan dana kepada siri demonstrasi menyelamatkan anuwar yang akan dijalankan semasa anuwar dalam penjara nanti. ini dapat dilihat dari sikap khalid yang tidak mahu terlibat dalam siri demonstrasi yang telah dibuat oleh pakatan rakyat pada tahun lepas. ini merbahaya untuk kelangsungan politik anuwar kerana khalid tidak akan ambil port dalam siri demonstrasi yang akan anuwar lancarkan semasa dalam penjara nanti. sedangkan untuk anjurkan siri demonstrasi sejumlah wang yang banyak diperlukan. azmin juga tidak akan membantu anuwar dalam perancangan siri demonstrasi. sebagai mb azmin perlu membina reputasi mb yang cemerlang agar dia kekal ditampuk kerusi mb untuk beberapa siri pru yang akan datang.
anuwar hanya perlukan wan azizah sebagai mb selangor. keperluan itu adalah pada masa sekarang kerana anuwar tahu dia pasti dipenjarakan. dengan azizah sebagai mb banyak wang boleh digunakan untuk siri demonstrasi. banyak aset di selangor boleh digunakan untuk merancang siri demonstrasi. team pemikir boleh diserap masuk dalam kerajaan selangor untuk merancang siri demonstrasi bagi menyelamatkan anuwar. itulah yang anuwar perlukan sebenarnya. dengan itu anuwar tidak akan menerima cadangan pas agar calon lain diberi bagi mengantikan azizah. anuwar tahu pas adalah partai konservatif dan tidak akan menerima wanita sebagai mb. tetapi anuwar mengharapkan puak anuwarinas di dalam pas mampu mempengaruhi puak ulamak yang konservatif ini menerima gagasannya tetapi dalam hal ini puak ulamak nampaknya bertegas mungkin kerana merasakan bahawa perjuangan pas telah jauh tersasar dari perjuangan asal dan ia perlu diperbetulkan semula.
langkah kajang kini menjadi langkah kejung untuk anuwar kerana pas tidak akan berkompromi dalam melantik calon lelaki sebagai mb. apatah lagi dalam perlembagaan negeri selangor jelas menyatakan “he” dalam perlantikan mb selangor. jika azizah dibenarkan menjawat jawatan mb pastinya umno akan membawa kes ke mahkamah dan ini tidak baik untuk kelangsungan pemerintahan pakatan rakyat di selangor. inilah bahayanya yang disedari oleh puak ulamak dan puak anuwarinas dalam pas setelah mereka mengkaji perlembagaan negeri selangor.