Halaman

Sabtu, 16 Ogos 2014

Tah Ye Tah Tidak .. krisis Selangor



KENAPA IA BERLAKU?

Kediaman Adun Morib,Selangor, Hasnul Baharuddin di Taman Muhibah,Banting dipecah masuk kira-kira jam 4 pagi tadi. Mengikut sumber keluarga terdekat, wang tunai RM 250ribu, barang kemas dan beberapa barang berharga berjaya dilarikan pencuri. Bagaimanapun Adun berkenaan dan keluarganya selamat. Difahamkan sehingga jam 1 tengahari ini Adun berkenaan belum membuat sebarang laporan polis.
Persoalan:
1. Bagaimana seorg adun boleh ada wang tunai 250k di rumah ?
2. Kenapa tidak berani buat laporan polis ?

# dari housepk

kemelut mb di selangor adalah berpunca dari strategi menyelamatkan anuwar dari persada politik tanah air. selangor sebenarnya telah utuh di bawah pakatan rakyat. umno kalah teruk dan gagal menjadi pembankang yang efektif. umno tidak dapat berbuat apa2 untuk menguasai kembali selangor kerana majoriti besar pakatan rakyat. umno sebenarnya telah berkubur di selangor. jika pakatan rakyat membiarkan khalid menjadi mb sehingga pru 14 dan semasa pru 14 ini khalid tidak dicalunkan sebagai adun tetapi sebagai ahli parlimen … khalid tidak akan menjadi mb lagi. wan aazizah atau azmin bolehlah ditabalkan sebagai mb. kerana pakatan pasti akan menang di selangor. dari segi politik langkah kajang tak perlu pun. tetapi kenapa langkah kajang digerakkan?

jawapannya kerana mahu menyelamatkan kerjanya politik anuwar. sekiranya khalid kekal sebagai mb selangor pasti khalid tidak akan menyalurkan dana kepada siri demonstrasi menyelamatkan anuwar yang akan dijalankan semasa anuwar dalam penjara nanti. ini dapat dilihat dari sikap khalid yang tidak mahu terlibat dalam siri demonstrasi yang telah dibuat oleh pakatan rakyat pada tahun lepas. ini merbahaya untuk kelangsungan politik anuwar kerana khalid tidak akan ambil port dalam siri demonstrasi yang akan anuwar lancarkan semasa dalam penjara nanti. sedangkan untuk anjurkan siri demonstrasi sejumlah wang yang banyak diperlukan. azmin juga tidak akan membantu anuwar dalam perancangan siri demonstrasi. sebagai mb azmin perlu membina reputasi mb yang cemerlang agar dia kekal ditampuk kerusi mb untuk beberapa siri pru yang akan datang.

anuwar hanya perlukan wan azizah sebagai mb selangor. keperluan itu adalah pada masa sekarang kerana anuwar tahu dia pasti dipenjarakan. dengan azizah sebagai mb banyak wang boleh digunakan untuk siri demonstrasi. banyak aset di selangor boleh digunakan untuk merancang siri demonstrasi. team pemikir boleh diserap masuk dalam kerajaan selangor untuk merancang siri demonstrasi bagi menyelamatkan anuwar. itulah yang anuwar perlukan sebenarnya. dengan itu anuwar tidak akan menerima cadangan pas agar calon lain diberi bagi mengantikan azizah. anuwar tahu pas adalah partai konservatif dan tidak akan menerima wanita sebagai mb. tetapi anuwar mengharapkan puak anuwarinas di dalam pas mampu mempengaruhi puak ulamak yang konservatif ini menerima gagasannya tetapi dalam hal ini puak ulamak nampaknya bertegas mungkin kerana merasakan bahawa perjuangan pas telah jauh tersasar dari perjuangan asal dan ia perlu diperbetulkan semula.

langkah kajang kini menjadi langkah kejung untuk anuwar kerana pas tidak akan berkompromi dalam melantik calon lelaki sebagai mb. apatah lagi dalam perlembagaan negeri selangor jelas menyatakan “he” dalam perlantikan mb selangor. jika azizah dibenarkan menjawat jawatan mb pastinya umno akan membawa kes ke mahkamah dan ini tidak baik untuk kelangsungan pemerintahan pakatan rakyat di selangor. inilah bahayanya yang disedari oleh puak ulamak dan puak anuwarinas dalam pas setelah mereka mengkaji perlembagaan negeri selangor.